Sedapnya Kuih Bakar Pandan ni. Lemak-lemak manis memang membuka selera. Nak cuba buat sendiri kuih ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Maizatul Ayub. Boleh hidangkan masa sarapan atau minum petang.
RESIPI KUIH BAKAR PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung gandum
- 2 cawan santan kotak
- 1/4 cawan air
- 1/2 cawan gula pasir – boleh kurangkan kalau tak nak manis
- 2 biji telur
- Secubit garam
- 1 penutup esen vanilla
- 1 penutup perisa pandan
- Sedikit pewarna hijau
- Bijan secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali bijan). Kacau sebati dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar hingga halus dan pastikan tidak berketul.
2. Ambil loyang kek cawan atau muffin. Oleskan dengan sedikit minyak atau marjerin. 3. Tuang adunan ke dalam loyang dan tabur bijan dengan secukupnya. 4. Bakar guna suhu 180C selama 25-30 minit menggunakan api atas bawah. Masa mungkin berbeza ikut jenis dan saiz ketuhat masing-masing.
5. Bila Kuih Bakar masak dan kelihatan garing diluar, keluarkan dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Maizatul Ayub