
Kuih Bakar tradisi ni memang unik dan mempunyai rasa asli. Bahan-bahannya tak banyak malah sangat mudah didapati. Cara memasaknya juga mengekalkan gaya lama. Namun jika tiada acuan bersesuaian, boleh sahaja guna acuan Kuih Cara, acuan muffin atau sebagainya dan masak menggunakan ketuhar atau dapur gas. Paling penting, rasa aslinya tetap sama. Jom cuba resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni. Pasti menjadi dan puas hati.
CARA MASAK KUIH BAKAR TRADISI
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg tepung gandum
- 3 1/2 cawan gula
- 1 kg santan pekat
- 3 cawan jus pandan ( kisar 20 helai daun pandan)
- 2 1/2 cawan air
- 4 biji telur gred A
- 1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Dalam mangkuk besar yang bersesuaian, satukan semua bahan.
2. Adun hingga sebati dan tidak berketul. Jika perlu, boleh tapis adunan. (boleh juga campur dalam pengisar dan blend sebati)
3. Panaskan acuan dan oles sedikit minyak. Ia bertujuan supaya kuih masak dengan cantik dan tidak melekat.
4. Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar hingga masak.
5. Untuk memasak Kuih Bakar, jika tiada dapur arang, boleh juga guna dapur gas, ketuhar dan lain-lain mengikut kesesuaian.
6. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mas Cotek
Tercari-cari OVEN baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Nak lebih banyak resipi KUIH MUIH? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kecur Liur Dengan Sup Siam Paling Sedap Dan Mudah Buat

Korang yang suka menu sup pasti suka dengan sup yang dikongsi oleh Puan Liza ni. Simple dan mudah buat, yang penting rasa terangat sedap.Bila hirup je kuah sup siam ni, terasa seperti berada di Restoran Thai bertaraf kayangan. Tabur bawang goreng lagi sedap. Rasa sup masam-masam sungguh menyelerakan. Kalau ada sambal hitam lagi padu.
Sup Siam
Bahan-bahan menumis:
1/2 biji bawang Holland- dihiris
4 biji bawang putih-diketuk
3 batang serai-diketuk
2 inci halia-diketuk
2 inci lengkuas-diketuk
4 helai daun limau purut
Akar ketumbar
1 paket sup tulang bunjut
Bahan-bahan akhir masakan:
1/2 biji bawang Holland
2 batang saderi
2 biji tomato
3 biji cili padi diketuk
Daun ketumbar
3 biji limau kasturi
Jangan lupa 1/2 kilo tulang rusuk lembu
Dapatkan KARANGKRAF AL-QURAN AMAZING 6 JUZUK PERJILID EXCLUSIVE dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Cara memasak:
1 Rebus tulang dan daging sampai lembut. Kalau ada periuk tekanan elok diguna. Cepat sikit empuk dagingnya.
2.Panaskan minyak, masuk semua bahan menumis. Tumis sampai kekuningan.Bunjut berbalut putih tu la rahsia kesedapan.
3. Daging dah empuk, masuk bahan tumis dalam periuk daging. Termasuklah bunjut putih tu.
4.Perah 3 biji buah limau kasturi. Boleh juga ganti dengan lemon.Kalau ada sos ikan masuklah 2 sudu. Tak ada pun takpa.
5.Kemudian masuk semua bahan akhir masakan. Cili api boleh letak banyak kalau nak pedas terangkat.
6.Perasakan dengan garam secukup rasa.
7.Akhir sekali tabur daun ketumbar. Kalau tak suka ketumbar, gantikan dengan daun sup dan daun bawang.
Kredit: Liza Idris
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Wajib Cuba! Resipi Beef Ginger Sedap Ala Restoran Cina Muslim
Buat Pizza Guna Roti Sandwic. Idea Sarapan & Bekal Anak Ke Sekolah
Bahan Sikit, Sekejap Je Dah Siap. Resipi Bingka Susu Paling Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tip Kiraan Masak Nasi Dan Lauk Kenduri Untuk 100 Pax, Siap Ada Lebihan!

Isi Kandungan
TogglePanduan masak kenduri utk 100pax dan ada lebihan. Lengkap untuk tetamu dari sekitar 50 pax hingga 100 pax samaada makan buffet atau siap packing. Memang terbaik perkongsian Puan Sarah Zakaria ni. Sangat membantu kamu yang ingin masak sendiri untuk majlis kenduri kendara. Selamat mencuba!
Nasi 100 pax Buffet:
- Jika masak nasi utk 100pax beras cukup 8kg shj !
- Lebihan ada mayb dlm 20pax lg..
- Jika guna beras biasa dan masak nasi yg berperisa contohnya nasi ayam/nasi tomato/jagung dll..
- Beli beras yg mengandungi 5%beras hancur..Kt tepi plastik beras ade tulis.
- Beras perlulah dibasuh dan direndam dlm 15minit pastu toskn..
Cara nak masak nasik berperisa ni perlu ukur beras dan air.
Contoh: (jika guna periuk nasi biasa kita dirumah dan masak berulang kali elok guna mug tinggi ni sbg ukuran)
Jika guna periuk besar yg muat 5kg elok guna gayung mandi sederhana tu..pastikn beli gayung baru ya..)
Beras 5 mug tinggi: air 5 mug tinggi juga x termasuk rempah dan susu cair…
Jika penggunaan susu cair melebihi 3tin..
Susu cair tersebut perlu dikira sekali air…
Ukur susu dlm mug tinggi juga…
Contoh:
Beras 10mug tinggi : susu cair 2mug tinggi, air 8mug tinggi, rempah jgn kira..
4tin susu cair = 2mug tgi susu cair..
Jika guna periuk yg besar muat 5kg beras..
Ukur guna gayung yg bersih..
5 gayung beras : 1 gayung susu cair, 4 gayung air..
Rempah jgn kira..
8kg beras (100pax)
- Susu cair 6 tin
- Jagung (nasi jagung) 6 tin
- Tomato puri (nasi tomato) 6 tin
Jika masak nasi putih pun sama 8kg utk 100pax..
Guna 10% beras hancur pun ok..
Tp nasi x brape cantik la..
Ukuran air pun sama..
1 gayung beras : 1 gayung air..
Beras basmathi pun sama ukurannya..
Jika masak guna periuk kecil dan terpaksa masak byk kali..
Guna kn mug tinggi…
1 mug tinggi beras basmathi : 1 mug air..
Jika masak dlm periuk besar yg muat 5kg..
5 gayung beras : 1 gayung susu cair, 4 gayung air..
Gayung sederhana mmg muat 1kg beras..
1kg beras=7pot beras
200pax buffet:
- Beras 15kg cukup ya..
- Tp terpulang jika nk buat lebih..
50pax buffet:
- Beras 4kg cukup ya…
- Tp terpulang jika nk buat lebih..
Utk makanan siap pek (dlm polisterin atau food container)
5kg beras utk 50pax..
9kg beras utk 100pax..
Ok setel bab nasi…
Ayam dan daging utk mkn 100pax Buffet:
Ayam beli yang berat 1.7kg-1.8kg dipotong 14..
Itu dah ngam untuk kenduri.
Kalau berat kurang dari itu tak sesuai potong 14.
Elok potong 12.
Untuk lebih jimat kita kene timbang ayam yang rangenya macam kak sarah sebut diatas…
- Kalau terlalu kecil, tetamu akn ambil 2pcs..
Kalau terlalu besar akan menyebabkn pembaziran..
Sebab budak2 terpksa ambil ayam potongan besar pastu tak habis …
Potong 14 adalah amat sesuai sekali..
Dengan berat ayam sekitar 1.7kg-1.8kg..
Kalau lebih dr 1.8kg-2kg bole potong 16..
Daging yg masak berkuah contoh kari:
- 100pax = 7kg daging
Sb kari ni muai.. - Nanti nak ltk ubi kentang kan..
Ubi kentang elok ltk 3kg potong 4..
Utk siap pack sama je bhn2nya.. - Serbuk kari 1.250kg
- Serbuk cili 150g
- Santan 1kg
Daging masak kicap/hitam atau rendang atau beriani yg kuah kering 100pax:
- Adalah digalakkn utk guna 10kg daging..
- Utk siap pack bole guna 8kg daging sahaja tapi perlu bajet daging yang diletak..
Ayam masak merah 100pax:
- 9 ekor ayam potong 14..
- 500gram cili kering direbus dan dikisar..
- 1kg sos cili
- 1kg sos tomato
- Gula 700g
- Garam 2senduk
- Aji 2 sudu rata (jika suka)
Dalca 100pax:
- Serbuk kari 1.250kg
- Serbuk cili 150g
- Bawang merah 1/2kg kisar
- Bawang putih 250g kisar
- Halia 100g kisar
- Terung pjg 8btg potong kiub 1 inci
- Karot 20 btg potong memanjang 3cm
- Ubi kentang 3kg potong 6
- Kacang pjg 1kg potong 3cm
- Santan 1kg
- Gula dan garam ikut rasa masing2..
Acar nenas 100pax:
- Nenas moris 6bijik potong 6 menegak buang empulur pastu potong dlm 1cm lebar..
- Timun 10 batang saiz bsr potong 6 menegak buang biji pastu potong 1cm lebar
- Bawang besar 2kg belah dua menegak pastu potong bulat dan nipis2..
- Lada merah 1/2kg potong nipis2 serong..
- Gula 1kg
- Garam 2senduk rata
- Cuka 500ml
- Masuk semua dlm besen pastu gaul sebati..
Mi goreng 50pax buffet:
- Mee 5kg
- Taugeh 2kg
- Sawi 3 ikat
- Cili kering 100g kisar
- Bawang 5bijik kisar
- Bawang putih 2labu kisar
- Rencah ikut suka
Mi goreng 50pax siap packing:
- Mee 7kg
- Taugeh 3kg
- Sawi 4 ikat
- Cili kering 150g kisar
- Bawang 8bijik kisar
- Bawang putih 3labu kisar
- Rencah ikut suka
Mihun goreng 50pax buffet:
- Bihun 3.3kg
- Taugeh 2kg
- Sawi 3ikat
- Cili kering 150g kisar
- Bawang 5bijik kisar
- Bawang putih 2labu kisar
- Rencah ikut suka
Mihun goreng 50pax siap packing:
- Bihun 4.5kg
- Taugeh 3kg
- Sawi 4ikat
- Cili kering 150g kisar
- Bawang 8bijik kisar
- Bawang putih 3 labu kisar
- Rencah ikut suka
Kongsi resipi: Sarah Zakaria (mahn)
Sajian Pemanis Mulut Istimewa Dari Thailand

Andai berkesempatan ke Thailand, rugi tidak mencuba pemanis mulut yang ada di negara ini.Terlalu banyak dijual dengan rasa yang berbeza-beza. Setiap satu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Dalam penyediaan pemanis mulut ini bahan utama yang digunakan ialah penggunaan gula palm yang rasanya tidak manis, enak dan berbau wangi.Selain itu dimbangi dengan penggunaan santan yang memberi rasa lemak agar pemanis mulut yang dirasai tidak rasa muak. Antara yang menjadi tarikan ialah Khao Niao Mamuang, Mangga Thai dengan pulut, Chao kuai, cincau yang sering dihidangkan dengan ais parut dan gula perang.Khanom Bua Loi – keladi dicampur dengan bebola tepung ke dalam santan dan pelbagai lagi hidangan pemanis yang memikat selera.
RASA kongsikan resipi autentik ilham Chef Thiti dari Thailand yang berpengalaman luas dalam penyediaan hidangan dari Thailand. Menurutnya resipi yang dikongsi itu merupakan resipi lama yang diolah dengan cara moden.
Agar-Agar Lapis.
Saiz hidangan: 2-3 org
Waktu memasak : 20-25 minit
Cara memasak : Didih
Jenis masakan : Pemanis mulut
Keistimewaan : Manis dan lemak
Anggaran kos : RM 8-10
Bahan-bahan:
1 1/4 sudu teh serbuk agar-agar
2 1/2 cawan santan
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh garam
Lapisan pandan
1 cawan air pandan
1 1/2 air
3/4 atau 1 cawan gula
1 1/4 sudu makan serbuk agar agar
Cara memasak:
1. Lapisan pandan- letak air dalam periuk ,air pandan, gula dan serbuk agar-agar. Masak hingga larut.
2. Lapisan santan -masukkan santan, air, gula, agar-agar dan garam. Masak hingga larut.
3. Setelah masak, letakkan lapisan pertama dalam acuan dan biar hingga beku.
4.Diikuti lapisan kedua iaitu lapisan santan, biarkan ia beku.
5. Ulang langkah yang sama berselang seli hingga memenuhi acuan.
6. Untuk rasa yang lebih sedap,boleh letakkan dalam peti sejuk.
Tako Sago Fancy.
Saiz hidangan: 2-3 org
Waktu memasak : 1/2 jam
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Pemanis mulut
Keistimewaan : Manis dan lemak
Anggaran kos : RM 8-10
Bahan-Bahan:
Bahan Lapisan Bawah: 20gm sago
20gm tepung Hoen Kwe (warna putih)
3 keping sengkuang cina – dipotong dadu
100gm isi kelapa muda
130ml air
40gm gula
165ml jus pandan (kisar 2 helai daun pandan dengan air dan tapis)
secubit garam
Bahan Lapisan Atas: santan
20gm tepung beras
20gm tepung Hoen Kwe (warna putih)
150ml santan
230ml air
40gm gula
sedikit garam
Cara memasak:
1. Masukkan semua bahan untuk lapisan bawah ke dalam periuk kecuali sengkuang cina dan masak sehingga ia menjadi jernih dan sebati.
2. Masak dengan api sederhana, kacau sehingga adunan jadi pekat seperti yogurt.
3. Masukkan sengkuang yang dipotong dadu dan isi kelapa muda, kacau rata dan sejukkan.
4. Hati-hati sudukan campuran sengkuang ke dalam daun pandan dan ketuk sedikit untuk ratakan permukaan.
5. Kemudian sediakan pula lapisan atas. Kacau semua bahan tadi di atas api sehingga pekat.
6. Kemudian tuangkan ke atas lapisan bawah yang telah diletakkan ke dalam acuan tadi.
7. Apabila semua adunan siap masukkan ke semua tako tadi ke dalam peti sejuk.
Pulut Mangga Thai -Khao niao mamuang.
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak : 1/2 jam
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Pemanis mulut
Keistimewaan : Manis dan lemak
Anggaran kos : RM 20
Bahan-bahan:
1 cawan beras pulut (Direndam 3-4 jam dan tuskan)
1 cawan santan cair
Sedikit garam
(Santan dibancuh dengan sedikit garam)
2 biji mangga masak (Dihiris)
1 cawan santan pekat
1 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan gula pasir
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1.Masukkan beras pulut ke dalam periuk kukus dan kukus sehingga masak (naik wap).
2.Masukkan pulut ke dalam mangkuk tahan panas dan tuangkan santan cair yang dibancuh garam. Gaul sebati.
3.Masukkan semula pulut ke dalam periuk kukus dan kukus lagi sehingga naik wap semula.
4.Masukkan santan pekat, tepung jagung, gula pasir dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap sambil sentiasa mengacau sehingga agak pekat.
5.Letakkan pulut dalam piring dan hias bersama mangga di atasnya.
Taptim Grob ( Rubies in Coconut Milk).
Saiz hidangan: 3 orang
Waktu memasak : 1/2 jam
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Pemanis mulut
Keistimewaan : Manis dan lemak
Anggaran kos : RM 10
Bahan-bahan:
Sengkuang
30gm sengkuang – dipotong dadu dan reneh
1 cawan tepung ubi
1/2 camca teh pewarna merah,hijau,kuning,oren + 1 cawan air
Sirap
1/2 cawan gula
1/4 cawan air
2 helai daun pandan* (*dimasak hingga gula hancur)
Santan
1/2 cawan santan pekat + secubit garam
Ais hancur secukupnya
Cara memasak:
1. Bersihkan sengkuang cina dan potong dadu.
2. Kemudian, rendamkan di dalam pewarna selama 10 minit sebelum ditoskan airnya.
3. Setelah itu, gaulkan sengkuang tersebut bersama tepung ubi.
4. Rebus sengkuang tersebut.Tunggu sehingga sengkuang timbul dan bolehlah diangkat.
5. Letakkan di dalam bekas berasingan yang telah dicampur dengan sedikit ais supaya tahan lama.
6. Selepas itu, panaskan santan dengan api perlahan dan masukkan sedikit garam ke dalamnya.Biar sehingga sejuk.
7. Panaskan gula dan air sehingga mendidih.
8. Angkat dan biarkan sehingga sejuk sebelum dihidang bersama santan, sengkuang dan ais.
Krong Krang Kati Sod (Caramelized crisps in coconut cream).
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak :20 minit
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Pemanis mulut
Keistimewaan : Manis dan lemak
Anggaran kos : RM 10
Bahan-bahan:
3/4 cawan tepung ubi
1/2 cawan santan (cair)
1 cawan santan (pekat)
1/2 cawan gula
1 1/2 sudu teh garam
3 sudu teh bijan putih yang disangai
Cara memasak:
1.Ayak tepung ubi bersama santan cair di dalam periuk. Reneh dalam api perlahan hingga tepung ubi larut, kacau sehingga pekat dan kering. Tutup air. 2.Uli tepung tadi hingga jadi bentuk palet ( 1 inci panjang) dan gunakan pinggan krong krang ( atau guna garfu) untuk membuat bentuk pada setiap bebola krong krang.Setelah itu letakkan bebola tadi atas tepung ubi dan tutup dengan kain linen separuh kering.
3.Masukkan bebola krong krang dalam air panas dan tunggu hingga ia timbul ke atas. Alihkan ke dalam air biasa dan toskan.
4.Campurkan santan pekat, gula dan garam di dalam periuk, reneh dengan api perlahan sehingga masak. Kemudian masukkan bebola krong krang yang dimasak, reneh sementara dan tutup api.
5.Hidang di dalam mangkuk kecil dan tabur bijan di atasnya.
Green Coconut Pudding Recipe.
Saiz hidangan: 10-15 orang
Waktu memasak :20 minit
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Pemanis mulut
Keistimewaan : Manis dan lemak
Anggaran kos : RM 8-10
Bahan-bahan:
4 cawan air kelapa
8gm agar agar
4 titis pewarna makanan
1 1/2 sudu makan gula
1 1/2 cawan kelapa
Cara memasak:
1. Rendam agar selama 10 minit di dalam mangkuk berisi air yang penuh. Selepas 10 minit, toskan.
2. Dengan menggunakan api sederhana, masukkan air kelapa, gula dan agar-agar tadi juga pewarna hijau ke dalam kuali. Biar ia masak dan pastikan adunan sentiasa dikacau.
3.Sementara itu, potong kelapa muda halus dan letak tepi. Apabila agar agar telah larut, padamkan api. letakkan hirisan kelapa dalam acuan bentuk segiempat dan tuang adunan kelapa panas tadi ke atasnya.
4. Simpan acuan ini ke dalam peti sejuk sementara. Setelah keras, keluarkan dari peti sejuk dan potong dalam bentuk kiub.
5.Puding sedia untuk dihidang. Hiaskan dengan kelapa parut dan hidang semasa sejuk.
Coconut Khao Lam.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak :45 minit – 1 jam
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Pemanis mulut
Keistimewaan : Manis dan lemak
Anggaran kos : RM 20
Bahan-bahan:
200gm beras pulut -rendam semalaman
10gm pulut hitam -rendam semalaman
10gm keladi
5gm kelapa
100gm gula
5gm garam
500gm santan
Cara memasak:
1.Basuh beras pulut yang direndam semalaman
2.Pulut yang direndam ini dikukus dahulu.
3.Apabila masak , masukkan ke dalam kelapa. Tambahkan kacang, keladi, gula, santan dan garam ke dalam kelapa muda.
4.Kukus kelapa tadi selama 45 minit.
Khanom Maw Kaeng -Mung Bean Custard ( bingka kacang hijau).
Saiz hidangan: 4-6 orang
Waktu memasak :40 minit – 1 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pemanis mulut
Keistimewaan : Manis dan lemak
Anggaran kos : RM 20
Bahan-bahan:
4 biji telur
2 bji telur itik
1/2 cawan kacang hijau (dibuang kulit dan telah direbus)
1 cawan santan
1/2 cawan gula
1/2 cawan bawang-digoreng rangup
2 sudu makan minyak gorengan bawang
3 helai daun pandan
1/4 sudu teh garam
Saiz: 8”x 8 “persegi dulang pembakar
Cara memasak:
1. Dalam mangkuk letakkan gula,telur dan daun pandan.Ramas dengan tangan hingga gula larut.
2.Masukkan garam,santan dan gaul sebati. Keluarkan daun pandan.
3.Tapis adunan untuk dimasukkan ke dalam kuali.
4.Masukkan kacang hijau yang ditumbus halus.
5.Kacau sebati hingga adunan menjadi pekat.Masak sebentar sehingga berwap,guna api kecil selama 5 minit.
6.Masukkan dalam loyang.
7.Panaskan oven 180C, sapukan minyak di sekeliling loyang dan bakar 20-30 minit sehingga bertukar kekuningan.
8.Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bawang goreng di atasnya.
9.Biarkan betul-betul sejuk barulah dipotong.
Sangkhaya fak thong -Kastard Labu
Saiz hidangan: 8-10 orang
Waktu memasak :1 jam (bergantung pada saiz labu)
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Pemanis mulut
Keistimewaan : Manis dan lemak
Anggaran kos : RM 20
Bahan-bahan:
1 biji labu sederhana besar -dikukus dahulu
4 biji telur
3/4 cawan santan
1/2 cawan gula
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh ekstrak vanila
Cara memasak:
1.Bersihkan labu, buang bahagian atasnya dan keluarkan biji labu dengan sudu hingga habis. Cuci dan ketepikan.
2.Campurkan gula, santan, garam dan ekstrak vanila dan masak dengan kepanasan yang sederhana hingga gula larut.Padamkan api dan biarkan sejuk mengikut suhu bilik.
3.Campurkan telur ke dalam adunan santan dan kacau rata hingga membentuk kastard.
4.Apabila siap, tuangkan adunan tadi ke dalam buah labu. Kukus selama 1 jam.
5.Sejukkan dahulu dan simpan di dalam peti sejuk sebelum dipotong.
Sticky Rice Cut – Khao Nieow Dtut.
Saiz hidangan: 10 orang
Waktu memasak : 20-25 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Pemanis mulut
Keistimewaan : Manis dan lemak
Anggaran kos : RM 20
Bahan-bahan:
1/3 cawan black bean (kering)
2 cawan beras pulut -rendam sekurang-kurangnya 6 jam
1 cawan santan
1/4 cawan gula
1 cawan santan pekat
Secubit garam
1/2 cawan gula
1 sudu besar tepung ubi
Sos:
1 cawan santan pekat
secubit garam
1/2 cawan gula
1 sudu besar tepung ubi
Cara memasak:
1. Rendam black bean semalaman di dalam air suam dan juga beras pulut . Keesokkannya tos kedua bahan tersebut dan kukus selama sejam. Tos dan letak tepi. Kemudian letakkan dalam bekas 8x8x2.
2 Satukan santan,garam dan gula, kacau hingga sebati dan tuang ke atas pulut. Kukus selama 30 minit sehingga lembut.Sementara pulut masak, campurkan semua bahan untuk sos. Tuang sos ke atas pulut yang dikukus. Kemudian tutup dengan pengukus dan sambung kukus selama 5 minit.
3. Buka pengukus dan letakkan black bean di atas permukaan pulut. Tutup semula dan kukus 5 minit.
4. Biarkan pulut sejuk dan kemudian dipotong empat persegi sebelum dihidang. Letakkan kelapa parut yang manis dan hidang bersama mangga.