1. Sangai serbuk kacang hijau di dalam kuali sehingga bau wangi. Sejukkan dan kisar sehingga halus bersama gula aising. Ketepikan ramuan. 2. Panaskan santan sehingga mendidih. Kemudian tutup api dan sejukkan di dalam air. Masukkan santan dalam bekas yang bahagian bawahnya direndam dengan air sejuk.
3. Campurkan tepung gandum, tepung beras, telur ayam dan garam. Masukkan juga santan yang telah disejukkan tadi. 4. Gaulkan semua sehingga menjadi doh yang tidak melekat. Canai nipis dan potong ikut saiz anggaran 2cm x 3cm. Gulungkan menjadi seperti silinder berlubang.
Buat biskut ni tidak mengira musim raya. Bila-bila pun boleh membuatnya. Tambah pula ada biskut kegemaran anda. Nak beli pun harga boleh tahan mahal. Jadi berbaloi kalau buat sendiri.Cuti sekolah ni bolehlah buat cookies kegemaran bersama anak-anak seperti snow almond ni untuk kudapan.
Snow Almond Cookies / Badam Salju
Bahan A
260g butter
150gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
50gm serbuk badam
Bahan B
300gm tepung gandum
50gm tepung kastard
50gm susu tepung
40gm tepung jagung
Bahan hiasan:
Coklat masakan -cairkan cara double boiler
Serbuk roti putih -untuk menyalut
Cara membuat:
1.Pukul bahan A hingga berkrim.
2.Masukkan bahan B, uli hingga jadi doh yang lembut.
3.Canai dan terap dengan acuan yang digemari.
4.Susun dalam loyang, bakar pada suhu 170° 25-30 minit atau bergantung pada oven masing-masing.
5.Setelah bakar, sejukkan biskut.
6.Celup biskut ke dalam coklat masakan yang dicairkan cara double boiler.
7.Golekkan biskut ke dalam serbuk roti (breadcrumb)
Pecal sayur antara menu sihat yang sangat sedap oleh dimakan dengan nasi sebagai sayur dan dijadikan appetizer, menu pembuka selera bila berbuka puasa.
Kalau buat lebih sambalnya, bolehlah disimpan dan bila-bila teringin tinggal bancuh dengan air panas je, sangat mudah dan boleh divariasikan sayurnya. Terpulang pada selera anda.
PECAL SAYUR
BAHAN-BAHAN :
BAHAN SAMBAL PECAL:
250gm kacang tanah | goreng sangai dan tumbuk
15 biji cili padi | buang tangkai
4 biji bawang merah| hiris
2 ulas bawang putih | hiris
4-6 biji cekur |saiz kecil
1 inci belacan
1 sudu makan air asam jawa
3-4 sudu makan gula merah dan gula putih
Garam secukup rasa
Air panas secukupnya
Sedikit minyak
BAHAN SAYUR:
Kacang panjang | potong dan celur
Tauhu goreng | hiris nipis
Tampe goreng | potong dadu
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit hirisan timun
Pucuk ubi kayu | rebus
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak.goreng cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan. Angkat dan toskan. 2. Kemudian tumbuk. Campurkan skali biji cekur. 3. Bila hampir lumat masukkan gula dan juga garam. Tumbuk lagi. 4. Masukkan air asam jawa. Kacau rata. 5. Seterusnya masukkan kacang tanah tumbuk dan air panas secukupnya. 5. Seimbangkan rasa pedas, masin, lemak kacang dan manis. 6. Jika suka campurkan sekali hirisan daun cekur. 7. Setelah cukup rasa, tuangkan sambal pecal ke atas sayur-sayuan yang telah sedia dihidangkan.
INGIN MENCARI AIR FRYER YANG TERKINI DENGAN HARGA BERPATUTAN, BOLEH LAYARINYA DI SINI.
Nasi Komok atau Khao Mok Gai, begitulah sebagaimana yang dinyatakan berkenaan nasi ini. Inilah rupanya nasi Beriani Siam. Perkongsian yang cukup lengkap dari Puan Tengku Zaharah. Selamat mencuba!
RESIPI NASI KOMOK
BAHAN UNTUK NASI:
1 kg beras basmati(bersihkan & toskan)
2 sudu kunyit serbuk
5 sudu serbuk nasi komok
1 paket kakas kasar
Ayam 3/4 ketul
CARA MEMASAK:
Tumis kakas kasar,serbuk nsi komok&kunyit smpai naik bau..bau gini aummm 😝pah tu msukkan ayam,cukup rasa&air ikut sukatan beras&last sekali beras
UNTUK PERAPAN AYAM:
1 labu bawang putih
4 batang serai
Kunyit fresh & serbuk
Halia
Ketumbar
1 sudu tepung gandum
Sedikit pewarna merah
Cukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar dan perap ayam sekurang2nya 1jam
UNTUK COLEK PENCICAH:
3-4 ulas bawang putih
4 tangkai lado bsr(meroh)
4-5 tangkai lado cengit(cili padi)
2 sudu cuka
5-6 sudu gula
Garam
Akar daun ketumbar@pakci
CARA MEMASAK:
Kisar & masak atas dapur sampai pekat & last skali tabur daun ketumbar.