Resipi Kuih Bingka Durian Sedap Sukatan Bahan Guna Cawan.

Share

Bila musim durian, macam-macam menu yang boleh dihasilkan guna raja buah ni. Mana tidaknya, bila dah banyak, jelak juga kalau makan macam tu je. Salah satu kuih yang sedap kalau guna durian ialah bingka. Lemak-lemak manis, memang layan. Menerusi perkongsian Puan Salmah Saad

, beliau berkongsi resipi kuih Bingka Durian yang paling mudah nak buat. Sukat guna cawan je tak perlu timbang pun. Hasil nampak sedap! Jom cuba.

 

BINGKA DURIAN PALING SEDAP!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • 3 biji telur
  • 1 cawan isi durian
  • Secubit garam
  • Bijan secukupnya
  • Sedikit pewarna kuning

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan ( kecuali bijan) ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati.

2. Ambil loyang bersesuaian dan oles sedikit minyak. 

3. Tuang adunan bingka tadi ke dalam loyang. Hentak-hentak sedikit supaya adunan sekata. Tabur bijan dengan secukupnya.

4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 1 jam menggunakan api atas bawah. 

5. Angkat dan sejukkan seketika. Kemudian boleh dipotong dan dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Salmah Saad

Published by
Nur