Kuih muih tradisional seperti Kuih Bingka Pandan ni memang ada ramai peminat. Namun tidak ramai yang berani nak cuba masak sendiri kerana rasa ia susah untuk dihasilkan. Nampaknya persepsi anda bakal berubah kerana resipi perkongsian saudari Siti Zubaidah ini memang mudah. Jadi bolehlah cuba nanti. Pasti puas hati.
CARA BUAT KUIH BINGKA PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan gula
- 1 cawan air kisaran pandan (boleh juga guna air + esen pandan)
- 2 cawan tepung gandum
- 1 1/4 cawan santan
- 2 sudu makan mentega
- 3 biji telur
- 1/2 sudu teh garam
- Pewarna hijau secukupnya
- Bijan secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan ( kecuali bijan) dan kisar @ pukul hingga sebati.
- Ambil loyang bersesuaian, masukkan 2 sudu makan minyak masak. Ratakan.
- Panaskan loyang dalam ketuhar. Bila minyak dah panas, masukkan bancuhan kuih tadi. Tabur bijan dipermukaannya ( jika suka).
- Bakar kuih bingka pada suhu 180C sehingga nampak keperangan, garing dan masak di dalamnya.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Siti Zubaidah