Makan

Resipi Kuih Bom Bijan Sukatan Cawan Lebih Mudah. Cara Goreng Pun Kena Tahu Supaya Tak Meletup

Share

Kuih bom bijan atau onde-onde ini antara kuih tradisi yang selalu kita beli walaupun cara membuatnya agak mudah.

Sesekali boleh cuba untuk buat sendiri untuk makan pagi atau petang. Boleh letak inti yang kita suka sama ada inti kelapa atau kacang merah.

Bagi yang kali pertama mencuba boleh gunakan resipi Roslina Shaari Ina Kie  menggunakan sukatan cawan. Lebih mudah dan katanya, insya-Allah tak meletup bila digoreng.

Buat sendiri kuih bom bijan

Bahan-bahan

3 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 sudu makan gula
2 biji kentang (rebus dan lenyek)
Bijan – secukupnya
Garam dan air suam secukupnya
Inti yang siap dibulatkan (inti kelapa, kacang merah atau kacang hijau).

Cara membuat

1. Larutkan gula dalam air suam.

2. Kemudian campur semua bahan dan tuang sedikit demi sedikit ir suam.

3. Uli sampai sebati. Pastikan adunan jangan lembut nanti susah nak dibentuk.

4. Ambil adunan lebih kurang sebesar bola golf, leperkan dan letak inti. Bulatkan semula dan golek dalam pinggan berisi bijan. Biar semua bahagian melekat bijan.

5.Letak ke tapak tangan dan golekkan supaya bijan melekat dengan elok. Buat sehingga habis adunan.

6. Bila dah siap, boleh terus goreng tak perlu perap.

7. Goreng guna api sederhana, insya-Allah tak meletup.

Selamat mencuba.

Kredit resipi & foto: Roslina Shaari Ina Kie.

 

Published by
Rose