Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk

Share

Kuih muih Melayu memang pelbagai dan enak-enak belaka. Salah satu yang mudah dibuat adalah Kuih Bom atau juga dikenali sebagai Onde-Onde Bijan. Resipi perkongsian saudari Surainah Hussin ni nampak sedap dan senang. Malah menurut empunya resipinya juga, kuih ini memang lembut, sedap malah tidak liat walaupun sejuk. Nak cuba? Berikut adalah resipinya.

 

RESIPI KUIH BOM BIJAN / ONDE-ONDE BIJAN

 

 

BAHAN DOH:

INTI: Pes kacang merah – boleh dibeli di kedai menjualan bahan bakeri

 

Dapatkan CUOCO PREMIUM STAINLESS STEEL KNIFE SET dengan HARGA DISKAUN DISINI!  Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMASAK:

1. Untuk membuat doh, campurkan semua bahan kering dan campurkan air sedikit demi sedikit. Uli doh hingga tidak melekat di tangan.

2. Timbang doh seberat 30gm dan bulatkan inti seberat 10gm. 

Leperkan doh dan masukkan inti. Bulatkan. Buat hingga habis.

3. Golekkan doh ke dalam bekas berisi bijan dan susun dalam loyang yang disapu minyak. Rehatkan selama 15 minit.

4. Panaskan minyak dengan api perlahan dan masukkan kuih. Biar hingga kuih terapung barulah dikacau.

5. Besarkan sedikit api dan kacau sekali sekala supaya kuih dapat masak dengan sekata.

6. Setelah kuih garing dan kekuningan, angkat dan toskan minyak sebelum dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Surainah Hussin

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

Published by
Nur