Resipi Kuih Cakar Ayam Paling Senang & Comfirm Jadi

Share

Siapa suka makan Kuih Cakar Ayam? Ia adalah salah satu snek tradisional orang lama yang masih kekal relevan dan jadi kegemaran ramai sehingga kini. Sedap kan rasanya. Krupp krup rangup bila digigit.
Ada sahaja yang jual snek ini di pasaran namun ada kalanya, rasa tu tak kena dengan selera. Jika terbeli yang lama, ada yang sudah lemau dan juga tengik. Tak sedaplah rasanya.
Jangan risau, anda sebenarnya boleh buat sendiri kuih ini di rumah hanya dengan menggunakan 3 bahan yang paling ringkas. Ikut resipi perkongsian saudara Are Peace

ini, hasilnya pasti tidak mengecewakan. Senang, sedap dan dijamin menjadi. Jom cuba!

CARA BUAT KUIH CAKAR AYAM PALING MUDAH & DIJAMIN MENJADI

BAHAN-BAHAN:
Ubi keledek putih – parut kasar
Gula pasir
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali.
2.Kemudian masukkan gula pasir ke dalam minyak panas tadi. Kacau hingga gula cair dan jadi keperangan. Sukatan gula & ubi adalah – 2 cawan ubi parut:4 sudu besar gula pasir)
3.Seterusnya masukkan ubi yang telah diparut. Kacau jangan berhenti ya hingga ubi jadi keperangan.

4.Bila sudah berwarna keperangan, angkat dan toskan minyak.
5.Semasa ubi masih panas, terus bentukkan menjadi bulat. Caranya adalah dengan memasukkan ubi ke dalam acuan dan tekan dengan sudu. (empunya resipi guna botol yang dipotong menjadi bentuk gelang)
6. Sejukkan dan bila sudah mengeras, bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.

Kredit resipi & foto: Are Peace

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur