Sedapnya Kuih Cantik Manis ni. Sesuai dengan namanya. Bagi anda yang suka makan kuih berasskan sagu, resipi kuih perkongsian saudari Hazila Baharudin ni sesuai untuk dicuba. Mudah, sedap dan tidak menggunakan banyak bahan. Berbaloi buat untuk hidangan keluarga.

CARA MASAK KUIH CANTIK MANIS

Resipi Kuih Cantik Manis, Lemak & Lembut Memang Sedap
BAHAN-BAHAN:
60gm sagu beli online disini
Pewarna pilihan – beli online disini
60gm tepung Ang Kwe (*) beli online disini
300ml santan (*) beli online disini
300ml air (*)
1/2 sudu teh garam (*)
120gm gula pasir (*) beli online disini
Sehelai daun pandan (*)
1 sudu teh pes pandan beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan dan rebus sagu dengan pewarna kegemaran hingga masak. Kemudian tapis dan ketepikan seketika.
2.Masukkan kesemua bahan bertanda (*) ke dalam periuk. Masak hingga likat. Pastikan sentiasa dikacau dan tak tinggal.
3. Bila adunan sudah likat, tutup api. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
4. Satu bahagian dicampur dengan pes pandan dan satu bahagian lagi dicampur dengan sagu.
5. Ambil acuan dan sapu minyak. Masukkan adunan tadi sebelah-sebelah macam dalam gambar.
6. Biarkan kuih sejuk dalam 1 jam. Kemudian sudah boleh dikeluarkan dan dinikmati.
Resipi Kuih Cantik Manis, Lemak & Lembut Memang Sedap7. Selamat mencuba
Kredit resipi & foto: Hazila Baharudin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Ayam Masak Bawang Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

Resipi Ayam Sweet Sour Chinese Style Yang Sedap & Mudah

Resipi Kek Keju Meleleh Pandan Kukus. Lembut Gebu Memang Sedap

Cara Mudah Buat Whipping Cream Secara Homemade

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI