Sedapnya Kuih Cara Berlauk. Lembut dan ada inti yang enak. Memang tak puas makan. Jika terasa nak puas makan, lebih baik buat sendiri. Bahan-bahan tak susah dan boleh dapat dalam jumlah banyak. Istimewanya resipi ni, walaupun kuihnya sudah sejuk, tetap terasa sedap dan lembut. Malah sangat jimat berbanding kuih yang dibeli. Jom cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Pasti puas hati.
BAHAN INTI: 150gm daging kisar 1/2 biji bawang besar – potong dadu 2 ulas bawang putih – potong dadu 1/2 sudu makan cili kisar – beli online disini 1 sudu makan serbuk kari daging – beli online disini Sedikit garam, gula dan perasa
BAHAN HIASAN: Daun sup – hiris halus Cili merah – hiris serong
Ads
CARA MEMASAK INTI: 1.Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan hiris dan cili kisar hingga garing. 2. Masukkan rempah kari. Tumis lagi. 3. Seterusnya masukkan daging kisar, garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Masak hingga kering. 4. Inti siap dimasak. Biarkan sejuk seketika.
CARA MEMASAK KUIH CARA BERLAUK: 1. Satukan bahan-bahan adunan tepung. Kacau sebati. Masukkan ke dalam blender dan kisar supaya semua bahan bercampur rata dan tidak berketul. Masukkan ke dalam jug. 2. Panaskan acuan bahulu atau acuan kuih cara guna api sederhana besar. 3. Sapu sedikit minyak pada acuan. Bila acuan sudah panas, tuang adunan tepung. 4. Masukkan inti dengan secukupnya, tabur daun sup dan letak hirisan cili merah. Tutup acuan guna tutup periuk.
5. Biarkan kuih seketika dalam 4-5 minit. Apabila kuih sudah masak sekata, kuarkan kuih dari acuan dengan menggunakan sudu.
Ads
6. Ulang proses hingga adunan habis. 7. Kuih Cara Berlauk sedia untuk dinikmati.
Kuih bakar memang sedap dan sesuai dihidangkan ketika minum petang. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut memang puas hati kan? Tapi agak susah nak jumpa kuih yang betul-betul menepati selera dan citarasa. Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri? Mudah je..Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak..Selamat mencuba!
KUIH BAKAR PANDAN
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula kaster
1 cawan air pandan (6 helai daun pandan kisar dengan air)
2 cawan santan
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan
CARA PENYEDIAAN
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga sebati. Whisk pun boleh.
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan dalam oven sekejap sebelum dituangkan adunan tadi ke dalamnya.
Taburkan bijan setelah dibakar dalam 10-15 minit.
Bakar 40 minit pada suhu 180C hingga masak atau boleh tambah masa membakar dalam 20 minit lagi untuk mendapatkan permukaan yang berkerak/garing. Resipi ini dibakar hampir 1 jam setengah.
JOm cuba buat pes ikan pari bakar yang mudah ni. Maklumlah di bulan puasa ni, hidangan ikan bakarmemang antara sajian yang menjadi kegemaran ramai. Jika dibeli, harganya boleh tahan mahal. Jadi apa kata anda cuba buat sendiri. Resipi pes ikan bakar ni memang sedap dan mudah disediakan. Malah nak bakar pun ada cara dan tak perlu guna arang pun. Resipi perkongsian saudari Rafiza Idayu ni sangat sesuai anda cuba!
PES IKAN PARI BAKAR MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
30 biji lada kering direbus
3 batang serai
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu makan lengkuas
1 sudu kecil belacan
Limau kasturi
Sedikit asam jawa
Ikan pari
Daun pisang
3 sudu teh gula
2 sudu teh gula merah
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan lada kering, serai, bawang merah dan bawang putih ke dalam pengisar.
2. Masukkan lengkuas, belacan dan sedikit air asam jawa.
3. Perasakan dengan garam, gula dan gula merah.
4. Kisar semua bahan tadi. Gunakan air sedikit sahaja untuk memudahkan bahan sebati. Pastikan pes pekat.
5. Letakkan sedikit minyak di dalam kuali. Letak daun pisang.
6. Letak ikan dan ratakan pes sebelah belakang ikan. Ratakan pes pada ikan dan terbalikkan.
7. Potong limau kasturi dan letakkan atas ikan. Tak perlu perah.
8. Tutup ikan. Gunakan api kecil sahaja. Ikan tak perlu dibalik balik.
9. Masak dalam 15 hingga 20 minit. Perah limau semasa nak makan. Limau kasturi untuk memberi aroma dan hilangkan bau hanyir ikan.
Jom masak Daging Bakar dan pencicah Sos Siam. Sangat sedap! Menurut empunya resipi saudari Aida Illyana, ini merupakan hidangan kegemaran beliau sampaikan sanggup tiap minggu ke Danok Thailand untuk menikmati sajian ni. Bagi yang nak cuba, boleh pakat share resipi perkongsian saudari Aida Illyana ni. Tengok gambar pun dah tau sedap! Masak sendiri ni lagi puas hati. Sekali masak dapat makan berkali-kali. Memang puas. Jom cuba!
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!