Sedapnya Kuih Cara Berlauk. Lembut dan ada inti yang enak. Memang tak puas makan. Jika terasa nak puas makan, lebih baik buat sendiri. Bahan-bahan tak susah dan boleh dapat dalam jumlah banyak. Istimewanya resipi ni, walaupun kuihnya sudah sejuk, tetap terasa sedap dan lembut. Malah sangat jimat berbanding kuih yang dibeli. Jom cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK KUIH CARA BERLAUK INTI PENUH
BAHAN ADUNAN TEPUNG:
2 cawan tepung gandum (membukit) – beli online disini
2 cawan air
1 cawan santan – beli online disini
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning – beli online disini
BAHAN INTI:
150gm daging kisar
1/2 biji bawang besar – potong dadu
2 ulas bawang putih – potong dadu
1/2 sudu makan cili kisar – beli online disini
1 sudu makan serbuk kari daging – beli online disini
Sedikit garam, gula dan perasa
BAHAN HIASAN:
Daun sup – hiris halus
Cili merah – hiris serong
CARA MEMASAK INTI:
1.Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan hiris dan cili kisar hingga garing.
2. Masukkan rempah kari. Tumis lagi.
3. Seterusnya masukkan daging kisar, garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Masak hingga kering.
4. Inti siap dimasak. Biarkan sejuk seketika.
CARA MEMASAK KUIH CARA BERLAUK:
1. Satukan bahan-bahan adunan tepung. Kacau sebati. Masukkan ke dalam blender dan kisar supaya semua bahan bercampur rata dan tidak berketul. Masukkan ke dalam jug.
2. Panaskan acuan bahulu atau acuan kuih cara guna api sederhana besar.
3. Sapu sedikit minyak pada acuan. Bila acuan sudah panas, tuang adunan tepung.
4. Masukkan inti dengan secukupnya, tabur daun sup dan letak hirisan cili merah. Tutup acuan guna tutup periuk.
6. Ulang proses hingga adunan habis.
7. Kuih Cara Berlauk sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official