
Biasa lihat tuna dalam tin yang tertera ‘ketulan tuna dalam air’ yang banyak dijual di pasaraya? Kalau nak tahu, tuna jenis ini didatangkan tanpa campuran perisa lain dan anda boleh gunakannya untuk hasilkan pelbagai jenis masakan enak. Sangat mudah dan menjimatkan masa. Salah satu menu paling best yang boleh masak guna tuna ni ialah jadikannya sebagai inti Kuih Cara Berlauk. Memang sedap! Jom cuba. Pasti puas hati.
KUIH CARA BERLAUK EKSPRESS INTI TUNA
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 200ml santan
- 1 ½ cawan air
- Sedikit pewarna kuning
- Secubit garam
BAHAN INTI:
- 1 tin tuna dalam air
- 1 biji cili merah
- 1 tangkai daun bawang
- 1 tangkai daun sup
- Tomato ceri secukupnya | dipotong 4
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum, telur dan santan. Gaul sebati.

2. Letakkan pewarna, garam dan air. Bancuh adunan hingga sebati dan tak berketul. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Ketepikan.

3. Dalam mangkuk lain, campurkan tuna, daun bawang, daun sup dan hirisan cili. Gaul rata.

4. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
5. Sapu sedikit minyak pada acuan dan panaskan menggunakan api kecil.

6. Tuang adunan tepung ke dalam acuan dan sudukan inti serta tomato ceri.

7. Tutup acuan menggunakan tudung periuk dan biarkan masak.

8. Setelah kuih masak, angkat dan ulang langkah hingga adunan habis.

9. Sedia untuk dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Apam Tokyo Homemade Macam Dekat Pasar Malam

Suka makan Apam Tokyo macam yang jual dekat pasar malam tu? Resipi perkongsian saudari Ain Afiqah Rafar ni antara yang boleh dicuba. Nanti bolehlah buat sendiri secara homemade. Lagipun tak semua pasar malam ada jual kuih sedap ni kan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Sekali cuba pasti puas hati.
CARA MASAK APAM TOKYO HOMEMADE YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN KULIT:
1 cawan tepung gandum – beli online disini
1/2 sudu teh baking powder – beli online disini
1 biji telur
1/4 cawan gula
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air
1 sudu makan majerin cair – beli online disini
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang.
2. Dalam bekas lain, satukan bahan-bahan kering seperti tepung. Ayak.
3. Kemudian masukkan susu dan air. Kacau sebati dan barulah masukkan telur yang dipukul kembang tadi.
4. Sebatikan dan akhir sekali tuang majerin cair dan garam. Kacau sebati.
5. Tuang sedikit adunan dalam kuali tahan lekat. Bila kulit kelihatan masak, sudukan inti. Lipat dan angkat.


6. Sedia untuk dinikmati.
BAHAN INTI KASTARD:
1/2 cawan gula – boleh kurang jika tak suka manis
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung kastard – beli online disini
1/2 cawan air pati pandan pekat – boleh guna pes pandan yang dicampur air
1 cawan santan – beli online disini
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Masak semua bahan dia atas sehingga pekat dan likat. Sentiasa kacau untuk elak inti kastard hangit. Padamkan api.
2. Pastikan inti kastard tadi disejukkan dan pekat likat. Seeloknya buat inti lebih awal sebelum buat kulit.

TIP MEMASAK:
1. Pastikan inti kastard betul-betul pekat.
2. Letak inti semasa kulit masih di dalam kuali supaya bila dikepit, ia akan melekat. Jika kulit sejuk, kulit tidak akan melekat sempurna.
Kredit resipi & foto: Ain Afiqah Rafar
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Suka makan? Dapatkan lebih banyak resipi harian yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan terbaru yang mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kuih Tradisional Daripada Pulut, Menu No 5 Tu Tapai Sedap Melampau

Bila disebut kuih Melayu Tradisional, tepung dan beras pulut memang di antara bahan ‘popular’ terkandung dalam ramuannya. Pulut menjadikan kuih mengenyangkan dan sesuai disajikan waktu sarapan esok mahupun petang.
Jom kita cuba warisan resipi zaman berzaman. warisan budaya usah dilupa
PULUT INTI MANIS

BAHAN-BAHANNYA:
Bahan inti :
- 50 gm gula merah
- 2 sudu makan gula pasir
- 1 cawan air
- Garam secukup rasa
- 300 gm kelapa parut | diambil putih sahaja
Bahan pulut : - 100 gm beras pulut | direndam 3- 4 jam toskan
- 100 ml air
- 50 ml santan
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
1. Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali.
2. Masak hingga gula larut.
3. Masukkan garam dan kelapa parut.Gaul sebati.
4. Biarkan agak kering, tutup api dan ketepikan.
CARA MASAK PULUT / PENYEDIAAN :
1. Masukkan beras pulut, santan dan sedikit garam ke dalam loyang. Kacau rata.
2. Masukkan loyang dalam pengukus dan kukus hingga naik wap. Angkat dan ketepikan.
3. Ambil sedikit beras pulu yang sudah masak tadi, letak di atas daun pisang yang telah dilayurkan dan dilap.
4. Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus daun pisang kemas-kemas
5. Sedia dihidang
Saiz hidangan : 2-3 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Pulut dimakan dengan kelapa parut manis memang lazat
Anggaran kos : RM 5
INFO CHEF : Memasak dengan membungkusnya dalam daun pisang menambah aroma dan citarasa yang amat membangkit selera.
2 .TEPUNG GOMAK

BAHAN-BAHAN :
Bahan salutan :
- 500 gm kacang hijau
Bahan inti : - Air secukupnya
- 200 gm gula Melaka
- 1/2 cawan gula pasir
- Garam secukup rasa
- 1 helai daun pandan
- 1 sudu makan tepung gandum
- 1 biji kelapa parut
Bahan Kuih: - 500 gm tepung pulut
- Garam secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
Cara masak bahan salutan:
1. Basuh dan toskan kacang hijau.
2. Goreng kacang hijau, angkat dan sejukkan
3. Kisar kacang hijau hingga halus seperti tepuk. Ayakkan dan ketepikan.
Cara masak inti :
1. Masak gula Melaka, gula pasir, garam dan daun pandan.
2. Biarkan gula larut, angkat dan tapiskan
3. Masukkan tepung gandum dan kelapa parut ke dalam air gula.
4. Kacau hingga inti masak dan sebati.
5. Angkat dan sejukkan dahulu.
6. Bulat-bulatkan dan ketepikan
Cara memasak :
1. Bancuh tepung pulut dengan garam dan air. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan kental.
2. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan.
3. Masukkan inti dan leperkan dengan kemas.
4. Masak air, selepas mendidih masukkan kuih. Masak hingga kuih timbul dan angkat.
5. Gaul atau golekkan dengan bahan salutan, siap dihidangkan
Saiz hidangan : 30- 40 orang makan
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Rebus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kenyal dan kaya rasa kacang hijau
Anggaran kos : RM 6
INFO CHEF : Selain inti kelapa manis boleh juga menggunakan inti kacang hijau yang dicampur kelapa parut dan gula Melaka. Cuma inti kelapa manis gula Melaka memberi variasi rasa.
3.KUIH BOM

BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
- 2 cawan tepung pulut
- 2 sudu makan tepung gandum
- Garam secukup rasa
- 1 cawan air
- Bijan secukupnya untuk salut
Bahan inti kelapa :
- 1 biji kelapa parut/ putih sahaja
- 1 cawan gula merah atau gula Melaka
- 2 sudu makan gula pasir
- 2 helai daun pandan /disimpul
- Sedikit air untuk melarutkan gula
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
1. Gaulkan kesemua bahan inti dalam kuali dan jerangkan di atas api yang sederhana.
2. Kacau inti hingga melekit dan separa kering
3. Angkat dan ketepikan
4. Bila sudah sejuk kepal inti bulat-bulat.
CARA BUAT DOH:
1. Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
2. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
3. Jika terlembik tambahkan sedikit lagi tepung beras pulut
4. Sapukan sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah dikepal bulat-bulat tadi.
5. Golekkan di atas bijan. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.
6 .Angkat dan toskan.
Saiz hidangan : 9 biji kuih bom bersaiz bola ping pong
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kulit ini agak liat dan kenyal kulitnya, salutan bijan mengenakkan lagi rasa
Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF : Selain inti kelapa manis, kuih bom ini juga didapati dengan inti kacang hijau dan kacang dal. Lebihan inti boleh disimpan untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih koci, ketayap dan pulut inti.
4.TAPAI PULUT

BAHAN-BAHAN :
- 1 kg beras pulut | basuh bersih dan rendam selama tiga jam
- 1/2 biji ragi
- Daun pisang atau daun getah untuk membungkus
CARA MEMASAK :
1. Tanak pulut hingga masak. Sukat pulut menggunakan 5 cawan air panas untuk 5 cawan pulut. Boleh gunakan periuk elektrik
2. Selepas pulut masak letakkan dalam dulang dan sejukkan.
3. Ayakkkan ragi di seluruh permukaan pulut, terbalikkan dan ayak lagi di atas bahagian sebelah.
4. Bungkus pulut dengan daun getah atau daun pisang dan peram selama dua hari dalam periuk besar bertutup yang sudah dialas dan ditutup dengan daun pisang.
5. Sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Tanak dan peram
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Peram selama 48 jam untuk dapatkan hasil tapai yang cukup rasa manis dan masaknya.
Anggaran kos : RM 5
INFO CHEF : Jangan masukkan tapai yang belum cukup tempoh peraman ke dalam peti air kerana ia akan membantutkan proses menapainya. Sedap dimakan sejuk.
Lepat Sagu Tanpa Tepung Gandum, Tak Perlu Kukus. Mudah & Sedap!

Lepat Sagu memang sedap. Rasa lemak-lemak manis, memang sesuai sangat dijadikan sajian untuk minum petang malah boleh juga dinikmati pada bila-bila masa. Bagi anda yang suka makan kuih tradisional ni, resipi perkongsian saudari Opah Mas Cotek ni antara yang mudah boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK KUIH LEPAT SAGU YANG MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung jagung – beli online disini
- 2 sudu makan tepung Hoen Kwe – beli online disini
- 1 cawan gula
- 5 ½ cawan santan – beli online disini
- 1 sudu teh garam
- 1/2 cawan sagu – beli online disini
- 3 cawan air
- 2 helai daun pandan – disimpul
- Daun pisang secukupnya – untuk membungkus
CARA MEMASAK:
1.Didihkan air dalam periuk. Masukkan sagu.
2.Masak sagu hingga jernih. Kemudian tos, basuh dan ketepikan.
3. Satukan tepung jagung, tepung Hoen Kwe, santan, gula dan garam. Sebatikan.
4. Masukkan daun pandan. Masak guna api perlahan hingga adunan jadi berkilat (letup-letup).
5. Masukkan sagu. Sebatikan dan terus tutup api.
6. Ambil daun pisang dan bungkus adunan Lepat Sagu tadi ketika masih panas. Lakukan hingga habis.

7. Sejukkan Lepat Sagu dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum sedia untuk dinikmati.


Kredit resipi & foto: Mas Cotek
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

