Sedapnya Kuih Cara Berlauk. Lembut dan ada inti yang enak. Memang tak puas makan. Jika terasa nak puas makan, lebih baik buat sendiri.
Kuih Cara Berlauk ini boleh dipelbagaikan intinya mengikut selera masing-masing. Tidak semestinya menggunakan daging semata-mata. Jika suka, anda boleh gantikan dengan isi ayam dan udang. Malah jika suka, anda juga boleh menggunakan sardin dan juga tuna. Sedap tau!
Seperti mana membuat Kuih Cara Gula, Kuih Cara Berluk ini juga ringkas. Bahan-bahan tak susah dan boleh dapat dalam jumlah banyak. Sangat jimat berbanding kuih yang dibeli. Bagi anda yang suka sangat makan kuih muih yang pedas dan savoury, resipi perkongsian saudari Qaseh Izzaty ni memang patut dicuba.
CARA MASAK KUIH CARA BERLAUK DAGING YANG SANGAT SEDAP
BAHAN INTI:
- 200gm daging kisar
- 2 sudu besar rempah raja kari faiza (bancuh dgn sedikit air) – beli online disini
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu besar udang kering – beli online disini
- Sedikit daun bawang/sup – diracik
- Cili merah – dipotong serong
- Garam dan sedikit gula
BAHAN UNTUK ADUNAN TEPUNG:
- 2 cawan tepung gandum – beli online disini
- 3 1/2 cawan santan sederhana pekat
- 1 biji telur
- Pewarna kuning – beli online disini
- Sedikit garam
CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI:
- Kisar atau tumbuk bawang putih dan bawng merah sehingga lumat. Tumbuk udang kering sekadar hancur sedikit sahaja.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang ditumbuk. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis hingga naik minyak.
- Masukkan daging kisar. Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
- Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
- Setelah siap, angkat dan ketepikan dulu.
CARA MENYEDIAKAN ADUNAN TEPUNG:
- Pukul telur bersama sedikit garam.
- Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
- Jika adunan berketul-ketul, tapis dahulu adunan. Kemudian titikkan sedikit pewarna. Adun sekata.
- Untuk lebih mudah, kisar adunan menggunakan pengisar.
CARA MEMASAK KUIH CARA:
- Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
2. Tuang adunan hingga 3/4 penuh acuan sahaja.
3. Kemudian masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong hirisan cili merah.
4. Taburkan juga daun sup dan daun bawang.
Tutup kuih cara guna tutup periuk selama 4 minit atau sehingga kuih masak. Keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Qaseh Izzaty
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI