Sedapnya kuih Cek Mek ni. Kuih ini merupakan salah satu kuih tradisional Kelantan yang sangat sedap dan mudah disediakan. Hanya menggunakan bahan-bahan mudah didapati, kuih ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa sama ada di waktu pagi, petang atau di majlis-majlis keraian. Nak cuba? Saudara Mohd Azmy ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT KUIH CEK MEK KELANTAN YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi keledek
1/2- 1 cawan tepung gandum – beli online disini
1 sudu teh baking powder – beli online disini
Gula – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Rebus ubi keledek dengan secubit garam hingga empuk. Empunya resipi guna ubi kuning kerana rasanya yang lebih manis.
2. Bila ubi telah empuk, toskan air dan lenyek menggunakan lesung batu hingga lumat.
3. Masukkan tepung gandum dan juga baking powder. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambal diuli. Jangan letak banyak nanti kuih akan keras. Pastikan jumlah ubi lebih banyak dari tepung.
4. Uli hingga adunan tidak melekat di tangan.
5. Sediakan minyak dan juga gula. Minyak untuk memudahkan proses menguli doh. Gula pula dijadikan inti kuih.
6. Cubit doh dan leperkan. Letak 1 sudu teh gula.
7. Bentukkan doh menjadi bentuk bujur.
8. Lakukan proses yang sama hingga habis adunan.
9. Panaskan minyak masak yang banyak dan goreng cek mek tadi hingga keperangan.
10. Angkat dan toskan. Tunggu kuih sejuk seketika barulah dinikmati.
11. Kuih Cek Mek sedia untuk dihidang. Berhati-hati jika makan sebaik diangkat dari kuali kerana air gulanya masih panas.
Kredit resipi & foto: Mohd Azmy
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official