Resipi Kuih Cucur Topi Mudah Hanya Guna 4 Bahan.

Share

Kuih Topi @ Cucur Topi. Salah satu kuih tradisional yang digemari ramai. Lebih terkenal di negeri Pantai Timur seperti di Kelantan dan Terengganu. Jika di kawasan lain, ada yang panggil kuih ni dengan nama Cucur Jawa. Bagi yang dah lama teringin nak makan kuih ni tapi tak ada yang jual, nah…cubalah buat sendiri. Mudah je.

RESIPI KUIH CUCUR TOPI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula – kurangkan jumlah jika kurang gemar manis
  • 1 cawan air
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

1. Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas. Bancuh sampai cair, sebati dan tidak berketul. Biarkan adunan seketika.

2. Panaskan minyak dalam kuali ( kuantiti sedang-sedang sahaja).

3. Sendukkan sedikit adunan tepung tadi ke dalam kuali. Masak menggunakan api sederhana. Kena pandai adjust 

suhu api.

4. Goreng kuih seperti menggoreng telur. Jangan biarkan kuih hangit. Bila terbalikkan, kuih akan gelembung seperti topi.

5. Angkat dan toskan minyak. Ulang langkah hingga adunan habis.

6. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: HuDa Seman

 

ANDA JUGA BOLEH CUVA RESIPI NI:

 

 

Published by
Nur