
Kuih Dangai memang sedap. Andai ke pasar malam, pasti nampak peniaga yang jual. Bau harum kelapa yang dibakar memang menaikkan selera. Kalau nak tahu, kuih ni mudah je nak buat dan boleh dihasilkan sendiri di rumah. Jom lihat resipi perkongsian saudara Akhmal Mustafa ni. Memang terbaik.
CARA MASAK KUIH DANGAI 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji kelapa parut saiz sedang
- 2 senduk gula – sukat guna senduk nasi
- 1 sudu teh garam
- 1 cawan tepung pulut
CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk dan gaul sebati. Pastikan adunan tidak berketul.
2. Sapukan sedikit minyak masak ke dalam loyang dan masukkan campuran kelapa tadi. Tekan-tekan manja supaya adunan agak padat. Fungsinya supaya bila keluarkan nanti kuih yang dah masak, ia tidak akan pecah.
3. Panaskan ketuhar / oven pada suhu 160C selama 10 minit, masukkan loyang kuih dan bakar selama 30 minit menggunakan api atas.
4. Bila Kuih Dangai dah masak dan keperangan, angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & gambar: Akhmal Mustafa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuih Sagu Merah, Cara Kukus Lagi Cepat Dan Mudah

Isi Kandungan
ToggleKuih sagu merah ini mudah saja cara nak membuatnya. Yang penting, sedap. Rasa manis dan lemak. Warna merah itu juga menarik perhatian. Anak-anak mesti teruja kalau dihidangkan saat berbuka nanti.
Tambahan pula sekarang nak beli di bazar Ramadhan pun kena fikir panjang. Selain harga dah makin naik, kadangkala rasa pun tak menepati cita rasa kita. So, baik buat sendiri. Lagi puas hati.
Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Sha Husman ini ye.
Kuih Sagu Merah
Bahan-bahan:
3 cawan air
2 cawan sagu – boleh beli online di sini
3/4 cawan gula pasir (nak manis tambah gula. Ikut selera masing-masing) – boleh beli online di sini
6 titik sirap pekat – boleh beli online di sini
1/2 biji kelapa parut
1 sudu teh garam – boleh beli online di sini
Cara Memasak Kuih Sagu Merah:
Campur kelapa parut dan garam, gaul rata. Ketepikan. Rendam sagu sekitar 5 minit dengan air tiga cawan. Kemudian masukkan gula dan kacau gula sampai larut.
Masukkan ke dalam acuan lompang dan kukus 10 minit atau sampai masak.
Biarkan sejuk baru golekkan dengan kelapa parut. Selamat mncuba.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tips Goreng Kuih Bijan Tak Meletup, Kekal Lembut dan Kenyal Berjam-jam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Senang Betul Nak Masak Bendi Sambal Kering Macam Di Restoran

Hari ni masak Bendi Sambal Kering ala Chicken Rice Shop. Ingat susah sangat nak masak, rupanya senang saja.
Masak pula kari ikan untuk lawankan dengan sayur bendi ni. Memang menyangkut habislah makan.
Senang je nak buatnya dengan ikut langkah yang dikongsi Umi Watie ini.
BENDI SAMBAL KERING
BAHAN-BAHAN:
Bendi
1 sudu besar udang kering | rendam & tumbuk halus – beli online di sini
6 ulas bawang putih | cincang – beli online di sini
2 sudu besar kepingan cili flake
2 sudu besar sos tiram – beli online di sini
2 sudu besar sos ikan – beli online di sini
2 sudu besar kicap manis – beli online di sini
TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live
TONTON Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung | Dapur Rasa Live
CARA MASAK:
1. Mula-mula, tumiskan bawang putih cincang sampai sedikit keperangan. Api kecil saja tau, jangan sampai hangit. Nanti tak sedap.
2. Bila bawang putih dah keperangan, masukkan udang kering dan kepingan cili. Kacau-kacaukan semua sama rata sama rasa.
3. Bila bahan tumisan kita dah wangi, masukkan sos tiram, sos ikan dan kicap manis.
4. Masukkan air dalam ¼ cawan. Biarkan semua bahan ini mereneh. Api tak mahu besar ya.
5. Bila dah memekat, bolehlah matikan api. Saya tak bubuh garam dan gula sebab rasa dia dah seimbang. Nanti adjust ye ikut selera.
*Petua untuk bendi celur nampak cantik elok. Bubuh sesudu minyak dalam air. Rebuskan bendi lebih kurang 30 saat. Lepas tu bilas dengan air sejuk tau.
Kredit resipi: Umi Watie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Paling Mudah, Ikan Siakap Goreng Rangup Minyak Cili Thai
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
5 Menu Olahan Laici Nampak Pelik Tapi Sedap, Korang Boleh Cuba Ni.

Sebut je laici mesti terbayangkan air laici atau beberapa jenis dessert yang sejuk menggunakan buah laici dalam tin ini. Tapi tahukah anda bahawa buah laici ini juga boleh dijadikan bahan campuran dalam masakan, terutamanya dalam menu yang rasa masam manis. Dengan sedikit kreativiti anda boleh pelbagaikan laici dalam masakan anda. Sebagai permulaan, anda boleh cuba beberapa menu yang RASA kongsikan ini, selain sedap ia mudah disediakan.
AYAM MENTEGA LAICI
BAHAN-BAHAN:
- 250gm isi ayam | potong dadu
- 6-8 biji laici dalam tin
- 3 sudu makan mentega
- 1 cawan susu cair
- 1 pokok daun bawang | hiris 3-4cm
- 5 biji cili padi | hiris
- 4 ulas bawang putih | cincang halus
- 1/2 biji bawang Holland | dadu halus
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega dalam kuali dengan api sederhana.
- Tumiskan bawang putih, bawang Holland dan cili padi hingga wangi.
- Masukkan isi ayam, kacau rata hingga ayam kecut.
- Seterusnya masukkan pula susu cair, gaul rata dan tambahkan laici sekali.
- Perasakan dengan serbuk perasa ayam, garam.
- Biarkan mereneh seketika dan masukkan daun bawang.
- Tutup api, dan Ayam Mentega Laici sedia dihidangkan.
IKAN BAWALTIGA RASA
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan bawal | siang dan bersihkan
- 4 biji laici | hiris kecil
- 1/2 biji tomato | potong dadu
- Sedikit hirisan daun ketumbar
- 1 sudu makan cuka
- 1 sudu makan sos cili
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
- 2 biji cili merah
- 6 biji cili padi
- 1/2 biji bawang Holland
- 2 ulas bawang putih
- 2cm halia muda
- 1 pokok akar & batang ketumbar
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ikan yang telah dibersihkan tadi dengan garam halus dan serbuk kunyit.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
- Perasakan dengan sos cili, cuka, garam dan gula secukup rasa.
- Terus kacau hingga kuah pekat, baru masukkan laici, tomato dan daun ketumbar.
- Tutup api dan gaul rata.
- Tuangkan sos di atas ikan, Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
FILLET IKAN DORI LEMON LAICI
BAHAN-BAHAN:
BAHAN UNTUK IKAN DORI
- 300gm ikan dori | potong dadu, bersihkan dan tos
- 2 biji telur
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 sudu teh garam halus
- 1 mangkuk tepung gandum
- Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SOS:
- 5 biji laici dalam tin | potong dadu
- Sedikit cili banggala kuning dan merah | potong dadu
- 1 biji lemon | jus sahaja
- 2 ulas bawang putih | cincang
- 1/2 biji bawang Holland | potong dadu
- 1 sudu makan pati sanqick
- 1 sudu teh tepung jagung
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
- Gaulkan rata tepung gandum bersama garam dan lada sulah. Ketepikan.
- Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau rata.
- Celupkan ikan dalam telur, kemudian salutkan dengan tepung dan letakkan atas kertas tisu.
- Sementara itu, panaskan minyak masak dalam kuali.
- Goreng fillet ikan hingga perang keemasan. Tos dan ketepikana.
- Sediakan pula sos lemon.
- Panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga wangi.
- Masukkan pati sanquick, jus lemon dan sedikit air.
- Kacau rata dan masukkan hirisan laici dan cili benggala.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
- Kacau rata dan tutup api.
- Tuangkan sos atas fillet ikan yang telah digoreng tadi.
- Fillet ikan sedia dihidangkan.
UDANG LAICI MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 350gm udang saiz XL| bersih dan tos
- 6 biji laici dalam tin | belah dua
- Sedikit cili banggala merah dan hijau | potong dadu
- 1/2 biji bawang Holland | potong dadu
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 2cm halia muda | hiris halus
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan sos plum
- 2 sudu makan sos cili
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Gaulkan udang bersama sedikit garam halus dan serbuk lada sulah.
- Panaskan minyak, goreng udang hingga kulit bertukar warna merah. Angkat dan tos.’
- Keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumis bawang Holland, bawang putih dan halia muda hingga wangi.
- Tambahkan dengan sos cili, tomato dan plum, kacau rata dan tambah dua sudu makan air.
- Kacau rata, masukkan hirisan cili banggala dan laici.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- 8, Akhir sakali masukan semula udang goreng, kacau seketika. Tutup api.
- Udang Laici Masam Manis sedia dihidangkan.
KERABU SOTONG NANAS LAICI
BAHAN-BAHAN:
- 350gm sotong buang kulit luar, cuci dan tos
- 4 biji laici dalam tin | hiris
- 1 keping nanas dalam tin | hiris halus
- 2 sudu makan sos cili Thai
- 1 biji limau nipis | jus sahaja
- 1 biji tomato| buang biji dan potong dadu kecil
- Sedikit hirisan daun ketumbar
- 1/2 biji bawang Holland | hiris nipis
- 1 biji cili merah | cincang halus
- 5 ulas cili padi | hiris halus
- Garam dan garam | pelengkap rasa
CARA MEMASAK:
- Sotong yang telah dibersih, kelar-kelar dan hiris.
- Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.
- Celur sotong seketika, angkat dan tos.
- Seterusnya campurkan sos cili Thai, jus limau nipis, hirisan cili padi, cili merah cincang garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan sotong, hirisan tomato, nanas, laici dan daun ketumbar dalam mangkuk salad.
- Tuangkan campuran sos ke dalamnya dan gaul rata.
- Setelah sekata, kerabu sedia dihidangkan.