Kuih Dangai memang sedap. Andai ke pasar malam, pasti nampak peniaga yang jual. Bau harum kelapa yang dibakar memang menaikkan selera. Kalau nak tahu, kuih ni mudah je nak buat dan boleh dihasilkan sendiri di rumah. Jom lihat resipi perkongsian saudara Akhmal Mustafa ni. Memang terbaik.
CARA MASAK KUIH DANGAI 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji kelapa parut saiz sedang
- 2 senduk gula – sukat guna senduk nasi
- 1 sudu teh garam
- 1 cawan tepung pulut
CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk dan gaul sebati. Pastikan adunan tidak berketul.
2. Sapukan sedikit minyak masak ke dalam loyang dan masukkan campuran kelapa tadi. Tekan-tekan manja supaya adunan agak padat. Fungsinya supaya bila keluarkan nanti kuih yang dah masak, ia tidak akan pecah. 3. Panaskan ketuhar / oven pada suhu 160C selama 10 minit, masukkan loyang kuih dan bakar selama 30 minit menggunakan api atas. 4. Bila Kuih Dangai dah masak dan keperangan, angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & gambar: Akhmal Mustafa