1. Satukan semua bahan (kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati. 2. Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi. Rehatkan adunan selama 10-15 minit. 3. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
NOTA:
1. Tujuan guna marjerin ialah untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila digoreng nanti. Malah ia juga menghalang minyak dari terserap ke dalam isi. Cekodok akan menjadi wangi tetapi masih mengekalkan rasa asli.
2. Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana nanti akan hangit dan tidak masak di dalam. 3. Untuk hasil cekodok yang cantik, hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak. Nanti ia akan membulat dengan sendiri (jika bancuhan tu dibuat dengan baik)
1. Panaskan kukusan. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan. 2. Kisarkan pisang, telur, gula, garam dan minyak hingga hancur dan sebati. 3.Tuangkan ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata secara kaup balik.
4. Sudukan adunan ke dalam acuan/loyang kecil-kecil (sapukan sedikit minyak pada acuan terlebih dahulu). 5. Kukus dengan api sederhana selama 15 minit (jika gunakan loyang besar, masa mengukus adalah 40 – 45 minit).
NOTA:
*Boleh gantikan tepung gandum dengan tepung naik sendiri tapi tidak perlu tambah baking powder dan soda bikarbonat. *Boleh tambah coklat urai ke dalam adunan jika suka. Jika guna acuan kecil-kecil, masa mengukus 15 minit sudah memadai.
1. Kisar semua bahan bertanda *. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan digaul rata. 2. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan mentega. 3. Bakar dengan suhu 180C selama 1 jam atau lebih untuk dapatkan kerak yang hebat. 4. Sejukkan kemudian baru dipotong. Nak lagi sedap boleh masukkan dalam peti ais.
1 kg pisang Abu | lenyekkan 300gm kelapa parut | ambil putih sahaja 250gm tepung gandum | jika kurang boleh tambah 5 sudu makan gula kabung – beli online di sini Sedikit garam halus Daun pisang secukupnya
1. Campurkan kelapa di dalam mangkuk adunan yang berisi pisang yang sudah dilenyek. 2. Gaul rata, kemudian tambahkan garam, gula kabung yang telah dihancurkan. 3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat bancuhan yang diperlukan. 4. Panaskan kuali non-stick, letakkan daun pisang di atasnya dan tepekkan adunan lempeng pisang di atasnya dan panggang hingga masak. Enak dihidangkan panas-panas.
BANANA FILLED FRENCH TOAST
BAHAN-BAHAN:
Roti Bata Nutella/Peanut Butter Lady’s Choice 3 biji telur ½ cawan susu kotak 1 sudu kecil esen vanilla 2 biji pisang | dihiris bulat Mentega
1. Masukkan telur, susu dan esen vanilla dalam mangkuk, kacau sebati. Ketepikan. 2. Potong roti bata lebih kurang 1 inci, buat poket di tengah. Sapu nutella di bahagian dalam poket, kedua belah. Kemudian, susun hirisan pisang di dalam poket. 3. Celupkan roti ke dalam campuran telur dan goreng dalam kuali dengan sedikit mentega. Biarkan masak kekuning-kuningan. 4. Sudah boleh dihidangkan (boleh ditabur dengan gula icing)
1. Bagi menghasilkan kerak, campurkan biskut, serbuk badam dan gula. Kisar halus. 2. Kemudian cairkan mentega dan gaul bersama bahan kisar tadi. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit suhu 170⁰C. Sejukkan dalam peti sejuk. 3. Untuk krim pula, campurkan semua bahan dan masak di atas air kukusan sehingga kental dan sejukkan. 4. Pukul krim putar sehingga separa kental, masukkan krim yang dimasak tadi dan teruskan pukul sehingga kental. 5. Tuang susu pekat manis yang direbus ke atas kerak dan taburkan hirisan pisang. 6. Paip krim di atasnya dan taburkan hirisan coklat. Sedia untuk dinikmati.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Bila kreatif buat apa je mesti menjadi, contohnya bila sebut biskut florentine, terbayangkan macam-macam kandungannya adalah kekacang dan bijian. Apa kata ubah isiannya dengan cornflakes, rasanya sedap dan rangup. Ternyata idea bernas ni, boleh tambah koleksi biskut raya.
FLORENTINE CORNFLAKES BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung Florentine 4 cawan cornflakes baby (saiz kecil) 1 cawan badan nip (secukupnya, ikut suka)
CARA MEMBUAT:
Gaulkan tepung florentine dengan cornflakes serta nib badam, kemudian masukkan dalam papercup.
Bakar lebih kurang 20 minit dalam ketuhar yang sedia dipanaskan dengan suhu 170-180C, bergantung kepada ketuhar masing-masing.
Halia biasa kita guna untuk menghilangkan hanyir ayam , ikan dan daging dalam masakan kan. Ia juga memberi aroma dan rasa yang sedap dalam masakan .
Tahukah anda sebenarnya halia juga adalah salah dari makanan yang ada disebut dalam Al-Quran. Dalam Ayat 17, surah Al Insan yang bermaksud: “Dan mereka dalam syurga itu diberi dari sejenis minuman yang campurannya zanjabil’. (ayat17, Surah Al-Insan).
Halia dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal dari negara tersebut.Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu.
Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.
Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.
Foto : canacopepgdl;.com
Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampurkan dengan lada hitam boleh menghilangkan angin di perut. Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin dalam badan.Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.
Halia juga boleh mengubati penyakit, kekurangan tenaga, pening kepala, dan demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut.
Ni 2 resipi yang menggunakan halia dalam ramuan, cubalah dah tentu dapat khasiatnya sekali.
IKAN JENAHAK KICAP HALIA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan jenahak | siang dan bersihkan
1/2 cawan minyak sayuran
1/4 cawan hirisan halia segar
2 biji bawang merah | cincang
1 biji cili merah | hiris
2 sudu makan kicap soya
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit daun ketumbar | hiris
CARA MEMASAK: 1. Kerat ikan kepada tiga atau empat bahagian. 2. Panaskan kuali dan masukkan minyak sayuran. Goreng ikan hingga bertukar menjadi kekuningan di kedua bahagian. Angkat ketepikan. 3. Masukkan hirisan halia dan tumis hingga wangi dan lembut. Tambah hirisan bawang merah, cili merah, daun ketumbar dan kicap soya. Masak untuk beberapa ketika dan tambah air secukupnya. Jika ingin berkuah, masukkan lebih air. Begitu juga sebaliknya. 4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan kembali ke dalam kuali. Gaul sebati. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef:Tak perlu tambah garam jika sudah cukup masin.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 45 minit Jenis hidangan : Moden Keistimewaan : Rasa ikan berlemak , manis dan berjus Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Tumis dan goreng
ORANGE, LEMON, CARROT & GINGER ZINGER JUICE
BAHAN-BAHAN:
2 biji oren | buang kulit dan biji
1 biji lemon | buang kulit dan biji
1 inci halia segar | buang kulit
10 – 12 batang lobak merah
CARA MEMASAK: 1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar minuman dan kisar hingga ia lumat. 2. Tuang ke dalam gelas dan sedia dinikmati.
Bosan dengan menu yang sama untuk sarapan, cuba gabungkan pilihan resipi timur dan barat ini. Yang penting cara memasaknya mudah dan cepat. Jika mahu cepat lagi siapkan bahan-bahannya di sebelah malam. Sajian sarapan paling penting untuk memulakan hari anda dan anak-anak. Dengan menu ringkas ini, pasti anda ada masa untuk memasaknya.
POPIA LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
250 gm sengkuang } disagat halus memanjang
150 gm lobak merah }disagat halus memanjang
5 gm bawang putih
25 gm udang kering } disangai dan ditumbuk
15 gm serbuk lada hitam
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit tepung gandum dan air } satukan untuk dijadikan ‘gam’
Kulit popia secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis bawang putih hingga terbit wangi.
Masukkan udang kering, garam, gula, serbuk lada hitam dan teruskan menggoreng hingga sebati.
Masukkan sengkuang dan lobak merah. Gaul sebati dan tutup api.
Toskan supaya tiada air lebihan di dalam inti tersebut.
Ambil sekeping kulit popia,letakkan sedikit inti di tengah-tengah kulit popia, tutup penjuru kiri dan kanan.
Kemudian gulung dari hujung atas ke bawah. Gunakan campuran air dan tepung sebagai gam untuk mengemaskan lipatan gulungan. Ulangi langkah hingga selesai.
Setelah itu, panaskan minyak di dalam kuali dan bolehlah menggoreng popia. Angkat setelah cukup masak dan kulitnya bertukar kekuningan.
Toskan dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jangan masak inti terlalu lama setelah memasukkan sengkuang dan lobak merah ke dalam kuali kerana ianya akan melayukan sengkuang dan lobak merah serta tidak rangup.
NASI GORENG TOM YAM
BAHAN-BAHAN :
2 sudu besar minyak masak
1 biji telur
1/4 bawang besar
75 g isi ayam
5 ekor udang
3 sudu besar sayur campuran
1/2 sudu besar pes tom yam
250 g nasi sejuk
1 sudu kecil sos ikan
Sedikit perahan jus limau
CARA MEMASAK:
Panaskan ½ sudu minyak dalam kuali dan goreng telur yang dipukul cara dadar.
Potong telur dadar dalam kepingan kecil. Ketepikan.
Panaskan baki 1 ½ sudu besar minyak dalam kuali. Masukkan bawang ke dalam kuali dan tumis sehingga wangi.
Masukkan ayam, udang dan kacau sehingga ia separuh masak, diikuti dengan sayur campuran.
Masukkan pes tom yam dan kacau sebati sebelum masukkan nasi sejuk.
Tambah sos ikan dan telur ke dalam kuali. Kacau secara berterusan untuk rasa yang sebati dengan semua bahan-bahan.
Sendukkan nasi goreng yang telah siap dan masukkan perahan jus limau.
Siap untuk dihidangkan.
SPAGHETI KEJU
BAHAN-BAHAN :
340g spagheti
2 sudu besar minyak zaitun
3 ulas bawang putih dicincang
200ml krim berat
200ml sup ayam
300g keju Itali dicincang
Secubit Garam
lada hitam secukup rasa
2 sudu besar parsley segar dicincang
CARA MEMASAK :
Didihkan air dalam periuk besar dengan sedikit garam untuk merebus spagheti.
Buang sebahagian air yang direbus, tinggalkan sedikit dalam anggaran satu cawan air, di dalam periuk.
Sementara itu, dalam kuali yang lain dengan api yang sederhana, panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum, kemudian tambah krim berat, sup ayam, dan 1/2 cawan air.
Tambah spagheti dan gaul sebati. Biarkan seketika.
Padam api dan tambah keju. Kacau atau kiraikan, tambah lebih banyak spagheti sehingga sos mencapai rasa yang diinginkan.
Perasakan dengan garam dan lada hitam, hiaskan dengan pasli, dan siap untuk dihidangkan.
FRITTATA BERKEJU
BAHAN-BAHAN :
5 biji telur
30 gram susu segar
25 gram cendawan butang (dihiris)
25 gram bawang merah (dipotong dadu)
25 gram lada benggala merah (dipotong dadu)
25 gram lada benggala kuning (dipotong dadu)
10 gram daun bawang
25 gram keju Cheddar (diparut)
25 gram keju Mozzarella (diparut)
10 gram mentega
Garam
Lada putih
CARA MEMASAK :
Pukul telur bersama susu segar, garam dan lada putih hingga sebati.
Kemudian, panaskan kuali dan cairkan mentega. Tumis bawang merah, cendawan, lada benggala merah dan kuning sehingga naik bau.
Seterusnya, masukkan adunan telur tadi dan kacau bersama bahan tumisan berserta sayuran tadi.
Apabila sekata, masak campuran telur berisi sayur dan taburkan dengan hirisan daun bawang hingga separa masak.
Akhir sekali, taburkan parutan keju Cheddar dan Mozzarella di atas permukaan telur dan bakar di dalam ketuhar selama 10 minit dengan suhu 170 darjah Celsius.
Sedia untuk dihidang.
VOLCANO BEEF CHEEZY ONION
BAHAN-BAHAN:
200 gram keju Mozzarella (dipotong dadu kecil)
400 gram daging cencang
3 biji bawang Holland (dibelah dua)
5 helai daun oregano (dicencang halus)
½ kg serbuk roti
2 biji telur
300 gram tepung gandum
1 sudu teh paprika
Serbuk perasa
Keju krim (untuk sos)
Minyak masak (untuk menggoreng)
CARA MEMASAK :
Gaul daging cencang bersama daun oregano, paprika dan serbuk perasa.
Belah bawang Holland kepada dua bahagian dan leraikan.
Kemudian, masukkan daging yang telah siap digaul tadi ke dalam bawang dan sumbatkan bersama keju Mozzarella.
Bulat-bulatkan dan gaul di dalam tepung gandum.
Sesudah itu, celupkan ke dalam telur dan serbuk roti.
Akhir sekali, goreng hingga berwarna keemasan.
Boleh dihidangkan bersama keju krim.
KACANG POOL
BAHAN-BAHAN :
1 tin kacang parang
300 gram daging cencang
1 tin kecil tomato puri
3 ulas bawang putih – kisar
5 biji bawang merah – kisar
Satu biji telur – digoreng
3 sudu minyak
Garam dan gula secukup rasa
Hiasan:
1 biji limau kasturi – potong dua
1 biji cili hijau – hiris
1 biji bawang merah – potong kecil
Cara Membuat:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
Masukkan daging cencang, masak hingga kekuningan
Kemudian, masukkan tomato puri. Kacau seketika.
Selepas itu, masukkan kacang parang, garam dan gula secukup rasa.
Kacau dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
Angkat dan masukkan ke dalam pinggan.
Di atas pinggan, letakkan telur mata, kemudian hiaskan dengan hirisan limau kasturi, cili hijau dan bawang merah.