Kuih getas merupakan kuih tradisional yang sangat unik kerana rasanya yang lemak manis. Ada yang juga memanggil getas-getas atau gegetas. Cara penyediaannya antara yang paling senang berbanding kuih tradisional yang lain. Uli, gentel dan goreng je. 10 minit dah boleh siap! Rasanya yang lembut dan kenyal itu menjadikan ia amat diminati dan sering dijadikan sebagai hidangan minum petang seisi keluarga.
KUIH GETAS
BAHAN-BAHAN
- 1/2 biji kelapa parut
- 2-1/2 cawan tepung pulut
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cwn air (atau secukupnya)
- 1 sudu teh garam
Untuk sira gulanya
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan air
CARA PENYEDIAAN
Satukan kelapa, tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas, masukkan garam, gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit (jangan cair sangat.. nanti susah nak bentuk), uli hingga jadi doh lembut. Bentukkan doh mengikut citarasa.
Bentukkan doh sebesar nugget
Goreng dengan api sederhana.
Air dan gula dimasak dalam kuali, biar betul-betul pekat baru masukkan kuih yang telah digoreng tadi. Kacau hingga kering.
Air dan gula dimasak hingga pekat. Berbuih macam ni tanda gula telah pekat.
Masukkan kuih yang telah digoreng dan boleh tutup api, kacau hingga jadi seperti ini.
Kredit resipi & foto: Yatteomar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiga Resipi Terbaik Aunty Aini & Adam Didam Dalam Rasa: Ketuhar Kuali Ep10.
Tak sempat nak tonton dan salin resipi-resipi menarik dalam Rasa: Ketuhar Kuali episod ke 10? Tak mengapa…RASA kongsikan kembali resipi penuh ketiga-tiga hidangan yang Adam Didam dan Aunty Aini masak iaitu Yong Tau Foo, Rendang Itik dan Kek Coklat Fudge. Nanti bolehlah cuba ya.
<<Klik disini untuk resipi penuh RASA: Ketuhar Kuali Ep 9>>
Disini kami kongsikan resipi-resipinya. Selamat mencuba!
1. YONG TAU FOO
BAHAN-BAHAN:
- 2 Batang Terung Panjang
- 4 Cili Merah
- 4 Cili Hijau
- 5 Biji Bende
- 4 Tauhu Lembut
- 1 Peria Besar
- 1kg Isi Ikan Tenggiri
- 4 Biji Bawang Merah
- 5 Ulas Bawang Putih
- Daun Bawang
- Daun Ketumbar
- Lada Hitam
- Minyak Masak
- Halia
- Stok Ikan Bilis
- Minyak Bijan
- Garam
CARA MEMASAK:
- Kisar kering isi ikan, bawang putih, bawang merah, daun bawang, daun ketumbar. minyak bijan, garam dan serbuk lada hitam.
- Sumbat isi ikan yang telah dikisar kedalam bende, cili, peria, terung dan tauhu.
- Goreng bahan-bahan sehingga layur dan kekuningan.
- Tulang dan kulit ikan digoreng dan ditumis untuk dijadikan sup yong tau foo bersama sedikit minyak, garam, stok ikan bilis, bawang putih dan bawang merah.
- Hidang yong tau foo yang telah siap digoreng bersama sup.
- Untuk sos, kisar cili merah, cili padi, bawang putih, bawang merah dan sedikit halia bersama sup yang telah dimasak.
- Masak sos sehingga pekat dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
- Siap untuk dihidang.
2. RENDANG ITIK
BAHAN-BAHAN:
- 1 Ekor Itik Potong 12
- Cili Kering (direbus, dikisar)
- 6 Biji Cili Padi
- 2 Inci Lengkuas
- 5 Batang Serai
- 2 Inci Kunyit
- 5 Ulas Bawang Putih
- 6 Biji Bawang Merah
- 1 Sudu Besar Jintan Manis
- 1 Sudu Besar Jintan Putih
- 1 Sudu Besar Biji Ketumbar
- ½ Sudu Besar Lada Hitam
- 2 Pek Kecil Kerisik
- 2kg Santan
- 5 Biji Buah Keras
- Serbuk Lada Hitam
- Asam Keping
- Garam
CARA MEMASAK:
- Tumis kering jintan manis, jintan putih, biji ketumbar dan buah keras.
- Panaskan minyak untuk memasak.
- Kisar bahan tumis kering bersama serai, cili padi, bawang merah, bawang putih, serbuk lada hitam, kunyit dan lengkuas bersama air.
- Tumis bahan kisar bersama cili kering yang telah direbus dan dikisar.
- Tumis sehingga naik minyak dan bau.
- Masukkan itik kedalam kuali. Kecut daging dengan memperlahankan api, dan masak sehingga satu jam.
- Masukkan santan, asam keping, dan garam.
- Apabila kuah telah mengering dan memekat, masukkan kerisik.
- Masak hingga daging melembut.
- Siap untuk dihidang.
3. KEK COKLAT FUDGE
BAHAN-BAHAN:
- 1 Biji Telur
- ¼ Cawan Minyak Sayuran
- ½ Sudu Kecil Esen Vanila
- 125g Susu Segar
- 75g Gula Perang
- 100g Coklat Gelap
- 100g Tepung Serbaguna
- ½ Sudu Kecil Sodium Bikarbonat
- ¼ Sudu Kecil Serbuk Penaik
- ¼ Sudu Kecil Garam
- 60g Coklat Susu
- Ceri
- Gula Aising
CARA MEMASAK:
- Gaul bersama telur, minyak sayuran, dan esen vanila.
- Cairkkan coklat gelap bersama susu, dan tambahkan gula perang.
- Sejukkan cecair dan tuang kedalam bekas berisi telur sebentar tadi.
- Gaul sebati semua bahan dan masukkan tepung, serbuk soda bikarbonat, serbuk penaik, dan garam yang telah diayak.
- Gaulkan adunan secara perlahan-lahan hingga sebati.
- Tuangkan adunan kedalam bekas-bekas kecil.
- Letak coklat susu didalam setiap bekas.
- Bakar selama 15minit pada suhu 180’C.
- Hias bersama buah rapsberi dan gula aising.
- Siap untuk dihidang.
Jangan ketinggalan untuk saksikan Program Rasa: Ketuhar Kuali episod ke lima minggu hadapan ya. Gabungan karektor Aunty Aini dan Adam yang mesra dan bersahaja di kaca televisyen pasti akan menghiburkan para penonton. Dan yang pasti mereka akan berkongsi pelbagai resipi menarik dan tips memasak sepanjang 13 episod program masakan terbaru Rasa: Ketuhar Kuali ini yang akan disiarkan setiap Isnin jam 12 tengah hari hanya di Saluran Astro Prima 105 dan Maya HD 135.
Menu Sayur Paling Mudah! Pak Choi Bersos Tiram Bawang Putih. 10 Minit Dah Siap Hidang.
Pak Choi ni memang antara sayur yang best. Selain dibuat sup, ia juga enak dimasak seperti resipi di bawah ni. Rangup, berjus, mudah dan murah! Tak hairanlah sayur ni menjadi kegemaran ramai.
BAHAN-BAHAN:
- 4 pokok sayur pak choi
- 5 sudu makan sos tiram
- 3 ulas bawang putih | dihiris
- 1cm halia | dicincang
- Serbuk perasa dan gula secukupnya
- Sedikit tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
- Air secukupnya | untuk mencelur
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Didihkan air dan celur sayur pak choi seketika. Toskan air dan susun di atas pinggan.
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta halia hingga kekuninggan.
- Masukkan sos tiram dan sedikit air. Tambah sedikit gula dan serbuk perasa dengan secukupnya.
- Tambahkan bancuhan tepung jagung dan biarkan memekat seketika.
- Siram sos diatas sayur. Sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Tabur bawang goreng diatas sayur untuk rasa yang lebih enak serta manis.
Resipi Kuih Apam Bakar, Hidangan Popular di Kelantan
Kuih apam bakar memang sangat sedap. Cara membuatnya ringkas namun sangat enak dimakan panas-panas. Apatah lagi dengan adanya kelapa parut sebagai pelengkap cita rasa.
Kuih ini popular di Kelantan. Apa kita kita cuba buat apam bakar ini untuk minum petang bersama keluarga. Tentu seronok.
Jom kita lihat resipinya.
KUIH APAM BAKAR
BAHAN-BAHAN
1 1/4 cawan air
1 cawan nasi
1 cawan pisang lenyek
1 ulas bawang merah
1 batang serai
1 cm halia
1/2 sudu kecil lada hitam
3/4 cawan gula
2 cawan tepung beras
1/2 sudu besar yis
Minyak masak
Resipi ini untuk 4 hingga 5 orang makan.
CARA MEMBUAT
1. Dalam mesin pengisar, masukkan air, nasi, pisang lenyek, bawang merah, serai, halia, lada hitam dan gula. Kisar sehingga halus. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk, masukkan tepung beras dan yis. Kacau sebati.
3. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Kacau lagi sehingga halus teksturnya.
4. Tutup mangkuk dengan plastik. Rehatkan selama 2 jam. Adunan akan jadi kembang.
5. Gaulkan adunan tadi.
6. Dalam kuali leper, panaskan sedikit minyak masak. Letakkan sesenduk adunan. Biarkan adunan membulat. Tutup kuali. Terbalikkan apam biar masak sekata pada kedua-dua belah.
7. Ulang langkah 6 sehingga habis adunan dimasak.
8. Hidangkan apam dengan kelapa parut.
Untuk lebih detail, boleh tonton video di bawah.
https://youtu.be/zZO3pDAwsdM
Sumber: Samsiah Hj Mat Ali
Terima kasih kerana berkongsi resipi di Rasa Share Resipi