Resipi Kuih Gunting Sedap Dan Rangup, Mudah Saja Cara Buatnya

Share

Kuih gunting ini memang sedap. Dapat yang rangup dan rasa daun kari serta bilisnya, memang tak berhenti mengunyah. Mudah saja resipi buatnya.

Ada pelbagai resipi untuk menghasilkan gunting yang sedap dan rangup. Kali ini, ikuti resipi mudah membuat kuih gunting hasil perkongsian daripada Miera Rahim ini. Menurutnya, ini merupakan resipi daripada ibunya. Seronok juga kalau dapat buat beramai-ramai dengan anak-anak. Jom kita buat.

KUIH GUNTING

BAHAN-BAHAN:

½ kg tepung gandum – Boleh beli online di sini

½ cawan minyak panas (yang dipanaskan sebentar atau suam) – Boleh beli online di sini

½ cawan air

1 sudu teh garam

Daun kari sesedap rasa (dihiris)

1 biji telur gred A

3 ulas bawang merah* – Boleh beli online di sini

Segenggam ikan bilis* – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Kisar bahan bertanda (*). Tak nak letak pun tak apa.

Gaulkan semua dan bolehlah digunting.

Setelah itu, panaskan minyak di dalam kuali dan mula menggoreng.

Angkat dan toskan setelah bertukar kuning keemasan. Siap. Boleh dimasukkan ke dalam balang.

Kredit: Miera Rahim

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Fazida