Makan

Resipi Kuih Kaswi Gula Merah ‘Anti Gagal’, Kali Pertama Buat Pun Confirm Menjadi

Share

Suka makan kuih kaswi gula tak pernah buat sendiri. Tiba-tiba terbuka hati nak masak sendiri kuih ini. Kalau begini hasratnya elok guna resipi yang dikongsi oleh Marina Miskam.

Resipi kaswi gula merah ini anti gagal, kali pertama cuba pun mesti menjadi dan hasilnya memang sedap.

Resipi kaswi gula merah ‘anti gagal’

Bahan A
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
1 sudu teh garam
4 helai daun pandan

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
3 cawan air
3 sudu besar air kapur

Bahan C
Kelapa parut putih dan secubit garam (kukus sekejap untuk elak cepat basi )

Cara membuat

1. Panaskan pengukus terlebih dahulu

2. Satukan bahan A dan masak atas api hingga larut. Selepas larut dan mendidih tutup api. Biarkan seketika.

3.sebatikan bahan B dan kacau rata.

4. Satukan bahan A dan B. Kacau rata & tapis

5. Sapukan minyak dalam acuan dan tuang adunan ke dalamnya.

6. Kukus 20 minit dalam acuan kecil.

7. Kalau dalam loyang kukus 40-50 minit(pastikan alas plastik dan sapu minyak loyang tersebut).

8.Apabila sudah masak, buka penutup dan biar kuih kaswi dalam 5 minit. Tujuannya supaya permukaan kaswi kering. Selepas itu barulah keluarkan dari pengukus.

9.Biarkan sejuk sebelum dihidang bersama kelapa parut.

Kredit resipi & foto: Marina Miskam

 

IKLAN