Resipi kuih keria keledek oren ini memang sesuai untuk dihidangkan ketika berbuka puasa. Dapat pula hidangkan hasil air tangan sendiri buat keluarga. Bahagia sangat kan?
Tak susah sangat nak buat kuih keria keledek oren ini. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Siti Husni ini ye.
Basuh, potong dan rebus keledek sampai empuk. Biarkan suam kemudian lenyekkan.
Masuk semua bahan yang lain ke dalam keledek yang dilenyek tadi. Uli dengan tangan sampai jadi doh yang tak melekat di tangan.
Sapu tangan dengan minyak kemudian buat bulat-bulat doh tu. Kemudian tekan dan buat lubang di tengah-tengahny, macam buat donat. Buat saiz kecil sikit supaya senang nak makan nanti.
Sudah siap, panaskan minyak, gunakan api sederhana besar ye. Gorengkan keria sampai nampak warna kekuningan keemasan. Angkat dan toskan.
Untuk membuat air gula, masukkan semua bahan dalam kuali. Gunakan api sederhana. Masak hingga mendidih dan berbuih. Kacau sampai pekat dan bertali. Tutup api.
Ads
Masuk kuih keria tadi. Gaul cepat-cepat ye bagi sira gula salut rata semua kuih keria Gaul sampai gula tadi kering dan salut elok pada kuih keria tu. Siap!
EKSTRA: Jangan tutup bekas kuih keria yang dah disira ketika masih panas. Nanti kuih jadi lembik dan gula akan cair.
Dulu kalau sebut Puteri Ayu, ia hanya ada perasa pandan je. Sekarang dah pelbagai, sesuailah dengan selera semasa. Sekarang ni dah ada yang perasa coklat dan Red Velvet. Untuk mak-mak yang ada anak suka coklat dan Red Velvet, bolehlah cuba. Atau mungkin perasa lain boleh je olah, kerana kita yang buat kuih ni. Untuk memudahkan anda semua ini RASA kongsikan tiga versi berbeza Puteri Ayu.
PUTERI AYU CHEESE RED VELVET BAHAN-BAHAN: BAHAN CHEESE: 250gm cream cheese 1/2 cawan gula halus 1 biji telur gred A 2 sudu makan tepung gandum 11/2 sudu makan susu segar Sedikit esen vanilla BAHAN RED VELVET: Bahan A: 250gm tepung gandum 1 sudu makan serbuk koko 1/2 sudu teh soda bikarbonat Bahan B (buttermilk): 1 cawan susu segar 1 sudu teh cuka masakan Bahan C : 3 biji telur gred A 1 cawan gula halus
1 sudu kecil ovalete sedikit esen vanilla Bahan D : Pewarna merah secukupnya
CARA MEMBUAT:
Putar cream cheese hingga licin dan tidak berketul.
Masukkan gula. Putar lagi hingga sebati dan licin.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan tepung dan susu segar.
Putar sebati dan pastikan adunan licin tidak berketul. Ketepikan.
Campurkan bahan B, kacau rata dan ketepikan.
Sementara itu, ayak bahan A, ketepikan
Satukan Bahan C dan putar dengan kelakukan perlahan selama 5 minit.
Kemudian tukar pada kelajuan tingg hingg adunan menjadi putih dan fluffy (ebih kurang 15 minit, namun bergantung pada mixer).
Masukkan adunan A dan B secara berselang seli ke daam adunan C yang telah kembang tadi.
Putar lagi hingga sebati, kemudian masukkan pewarna merah tadi.
Oles acuan dengan sedikit minyak, letakkan adunan cheese 1/4 acuan, kukus selama 5 minit.
Kemudian masukkan adunan red velvet hingga penuh acuan, kukus selama 15 minit.
Resipi oleh Ain Kamis.
PUTERI AYU CHEESE COKLAT BAHAN-BAHAN: BAHAN A:
1cawan tepung gandum
1sudu teh baking powder
1sudu teh soda baikarbonat BAHAN B:
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair
¾ cawan susu pekat manis
¾ cawan gula pasir BAHAN C:
3 biji telur ayam |blender hingga berbuih ADUNAN CHEESE:
250gm cream cheese
80gm gula kastor
25ml susu cair
40gm tepung gandum
1 biji telur ayam
CARA MEMASAK:
Satu bahan A, ayak dan ketepikan.
Masukkan semua bahan B dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga gula larut dan adunan sebati.
Masukkan bahan A ke dalam Bahan B sambil diselang seli dengan bahan C. Sebatikan adunan.
Seterusnya sediakan bahan adunan cheese.
Masukkan semua bahan mangkuk pengisar, putar hingga sebati.
Masukkan adunan dalam piping bag, Ketepikan.
Panaskan mengukuks dan balut penutup kukus dengan tuala.
Oleskan acuan dengan minyak, kemudian paipkan adunan cheese lebih kurang 1/4 acuan.
Kukus lebih kurang 3 minit, kemudian tuangkan adunan coklat 3/4 acuan.
Sambung kukus 8-10 minit.
PUTERI AYU BAHAN-BAHAN: 4 biji telur gred A 2 cawan tepung gandum| ayak 300gm gula 1 sudu besar ovallate 1 sudu teh baking powder | ayak bersama tepung gandum 200ml santan pekat | hasil yang diperah menggunakan air pandan Pewarna hijau Setengah biji kelapa putih | gaul dengan garam dan tepung ubi
CARA MEMASAK
Panaskan pengukus.
Sementara itu ayak tepung bersama baking powder bersama.Ketepikan.
Sapu acuan dengan sedikit minyak masak.
Masukkan sedikit kelaa yang digaul dengan tepung ubi dan garam.
Mampatkan di bahagian bawah acuan.
Dalam mangukuk adunan, pukul gula, telur dan ovalette hingga kembang.
Kemudian masukkan tepung yang diayak dengan baking powder, santan dan perwarna hijau. Kacau rataaaa.
Sudukan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 5-7minit.
Keluarkan dari kukusan dan sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan.
Sedapnya Cucur Kucai Udang ni. Kalau buat untuk minum petang memang sesuai sangat. Resipi yang sangat simple ini adalah perkongsian saudari Norhaniza Kamaruddin dan digunakan untuk niaga. Katanya memang laris. Bagi anda yang nak cuba boleh salin resipi di bawah ni. Malah kalau nak buat dalam jumlah yang sedikit, bolehlah bahagikan adunan bahan. Senang sangat. Selamat mencuba.
CARA MASAK CUCUR KUCAI UDANG PALING MUDAH & SEDAP
SUKATAN 1 KG TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum
1/2 paket ibu roti @ mauripan @yis
Garam secukup rasa
1 sudu makan lada sulah
2 sudu makan cili kisar
1 ikat kucai
Tauge – dalam RM1
1 biji telur – pilihan. Jika tiada, boleh abaikan.
Udang kertas secukupnya
Air masak – kuantitinya agak-agak dengan jumlah tepung
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan ( kecuali kucai dan udang) di dalam bekas bersesuaian. Adun sebati hingga tak berketul. Pastikan adunan tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras. 2. Tambahkan kucai dan udang. Gaul sekali lagi hingga sebati.
3. Biar adunan selama 30 minit sebelum digoreng. 4. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak dan goreng bancuhan cucur tadi hingga garing.
Buat satu adunan dapat donut dan cakoi, senang macam ni. Dapat dua menu untuk minum petang atau makan pagi.
Cara membuat adunan cakoi dan donut ini dikongsi oleh Sal SY, selain itu beliau turut berkongsi cara membuat kaya pandan untuk dimakan bersama cakoi.
Cara buat cakoi & donut guna satu adunan
Bahan-bahan:
250 gm tepung high protein / tepung gandum
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil vanilla powder
2 sudu besar gula
1 biji telur – jika mahu
1 sudu kecil pelembut cream super – jika mahu
Secubit garam
Air setengah cawan
Cara membuat
1. Sediakan air suam masukkan yis kemudian tunggu hingga berbuih.
2. Apabila sudah berbuih tuang ke dalam bahan kering, gaul sebatikan masukkan marjerin uli hingga doh licin.
3. Perapkan doh (kalau nak cepat boleh masuk doh dalam oven panaskan kejap dan matikan suis. 11 minit saja doh kembang dengan jayanya).
4. Apabila doh kembang boleh mula untuk membuat cakoi. Tabur tepung dan canai doh dengan penggelek. Gelek hingga doh nipis potong doh jadi empat segi.
5. Potong setiap satu panjang dalam 3 inci dan selebar 2 jari.
6. Basahkan jari sapu pada doh ambik satu lagi doh dan tekap dengan doh yang disapu air. Tekan dengan lidi secara memanjang.
7. Dah siap kesemuanya dan susun, tunggu kembang sekejap dalam 15 minit.
8. Apabila dah kembang, boleh panaskan minyak. Sebelum masuk dalam minyak pegang doh kedua-dua hujung dan tarik hujung doh kiri dan kanan tarik sikit supaya panjang. Terus goreng hingga kekuningan.
9. Doh yang sama boleh bentukkan jadi donut pula.
Cara buat sekaya pandan
Bahan-bahan
3 sudu besar tepung kastad
6 sudu besar gula
1 kuning telur
Air setengah cawan
1 sudu kecil pewarna hijau
1 helai daun pandan
Cara membuat:
Masukkan semua dalam blender kisar hingga lumat. Kemudian tapis.
2. Masak atas api perlahan hingga likat.
3. Jika apabila kaya sejuk dan likat sangat masukkan dalam blender dan tambah sedikit air panas. Blend sekali lagi supaya tak pekat dan tak cair sangat. Baru sedap makan.