Kuih keria biasanya dibuat menggunakan keledek namun kalau ada kentang kat rumah, boleh juga dijadikan bahan untuk buat kuih keria. Rasanya mungkin agak berbeza tapi tetap sedap.
Disira bersama gula, kudapan ini sesuai untuk dijadikan hidangan seisi keluarga. Brain Nobles kongsikan resipinya.
Kuih Keria Kentang
Bahan-bahan:
5biji kentang
1cawan tepung gandum (ayak)
Garam secubit rasa
1sudu besar majerin (agak jer jangan penuh sudu sangat)
*Majerin ni optional..tak yah bubuh pun takper..nak bagi rasa-rasa berlemak jer..kalau majerin yang dah memang masin tak perlu bubuh garam yer..
Cara membuatnya:
Basuh bersih & rebus ubi kentang bagi betul-betul empuk..
Kemudian dah empuk terus lenyekkan bagi sebati..dah sebati baru bubuh majerin lenyekkan lagi bagi sebati semuanya..
Ads
Rehatkan doh seketika bagi betul-betul sejuk yer..
Baru bubuh tepung gandum tadi sedikit demi sedikit..uli sampai jadi doh..
Bentukkan doh macam donat ikut nak besar mana..sapu tangan dengan minyak..senang nak bentukakn doh tak melekat dijari..
Goreng keria bila minyak dah panas api sederhana besar..ala macam goreng karipap jugak..
Biarkan sejuk sikit baru sira
Ads
Bahan sira
6 sudu besar gula pasir
6 sudu besar air biasa
*Bahan sira ni ikut kita nak banyak mana kita buh..kuantiti gula & air kena sama banyak yer..
*Kacau sampai gula larut & mendidih berbuih betul baru masukkan kuih keria tadi..gula dah nak agak mengeras tutup api & teruskan gaul..dah betul kering baru akan nmpk gulanya timbul..siap & makan..
Resipi puding karamel pandan ini diolah tanpa telur namun tetap sedap rasanya. Teksturnya yang lembut bergedik, puding ini sangatlah enak bila makan sejuk-sejuk.
Memang terasa nikmatnya bila lalu di tekak. Usah risau puding ini tidak terlalu manis, ‘just nice’ rasanya. Cara membuatnya juga mudah saja, hanya memerlukan beberapa langkah dah siap.
Resipi puding karamel pandan sedap tanpa telur
Bahan karamel
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air panas
Bahan puding
1 tin susu cair
2 cawan air
2 cawan air daun pandan -kisar 5 helai daun pandan bersama air & tapis
1 cawan susu pekat manis
1 sudu besar serbuk agar-agar
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu teh emulco pandan (jika ada)
Pewarna hijau epal
Cara membuat
1. Untuk membuat caramel, cairkan gula di atas api kecil hingga perang.
2. Campur air, kacau hingga sebati dan gula cair semula. Tuang ke dalam acuan sebanyak satu sudu besar. Ketepikan dulu.
3. Seterusnya satukan semua bahan puding dalam kuali. Kacau sebati dulu, baru buka api. Kacau sentiasa hingga mendidih.
4. Tuang adunan ke atas karamel hingga penuh. Sejukkan dalam peti ais selama 3-4 jam atau semalaman.
5. Terbalikkan acuan di atas pinggan kemudian keluarkan acuan. Sedia dimakan.
Kuih Lapis antara kuih tradisional Melayu yang sedap gabungan pulut kukus wangi dengan aroma daun pandan disalut dengan kelapa yang lemak serta dimakan dengan sos gula Melaka, memang terbaik. Cara menyediakannya pun sangat senang. Kalau tak tau cara, resipinya dikongsikan di bawah:-
KUIH LOPES BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air daun pandan
1/2 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau
1 helai daun pandan
1 mangkuk kecil kelapa parut | putih saja dan gaul dengan sedikit garam BAHAN SOS GULA MELAKA:
2 keping gula melaka
3 sudu makan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam CARA MEMASAK:
Cuci beras pulut, kemudian rendam dengan persama air pewarna hijau dan air kapur selama setengah jam.
Panaskan pengukus, sambil itu, toskan pulut dan masukkan dalam loyang, gaulkan bersama santan, daun pandan dan sedikit garam. Gaul rata dan kukus.
Bila santan kering, kacau rata supaya pulut masak sekata, dan kukus lagi hingga masak.
Sementara tunggu pulut sejuk sedikit, kukus kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam tadi. Kukus lebih kurang 5 minit.
Pulut yang telah dikukus tadi masukkan dalam loyang yang dialas dengan plastik, padatkan pulut tersebut. Kemudian terap dengan acuan bulat.
Seterusnya gaulkan dengan kelapa parut. Ketepikan.
Untuk sediakan sos gula melaka. Masukkan semua bahan dalam periuk, renehkan dengan api kecil.
Bila air gula sudah likat, tutup api dan biarkan sejujk.
Setelah sejuk boleh hidangkan dengan pulut tadi.
INFO: Selain dikukus, pulut juga boleh dimasak menggunakan periuk nasi biasa.
Kuih bakar memang sedap. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut, wangi bau daun pandan, memang puas hati. Namun, agak susah nak jumpa kuih yang betul-betul menepati selera dan citarasa. Ada yang nak cuba buat sendiri? Tak susah pun. Jom cuba!
KUIH BAKAR TRADISI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
3 biji telur
2 cawan santan ( empunya resipi guna santan Kara)
1 cawan air ( kisar bersama 6 helai daun pandan) – tapis
Secubit garam
Pewarna hijau jika suka
Bijan sangai secukupnya – hiasan
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan( kecuali bijan sangai) ke dalam mangkuk. Adun sebati dan tapis bagi memastikan adunan tidak berketul.
2. Sapu sedikit minyak pada loyang. ( empunya resipi panaskan loyang dengan minyak supaya kuih bakar tidak melekat).
3. Tuang adunan kuih bakar dan tabur bijan sangai.
4. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar menggunakan api atas bawah pada suhu 180C selama 40 minit.
5. Untuk menikmatinya, biarkan kuih sejuk sedikit terlebih dahulu dan baru dipotong.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.