
Anda suka makan Kuih Keria? Apa kata cuba resipi yang menggunakan campuran ubi keledek perkongsian saudari Masni Bahari ni. Memang sedap dan lembut je bila dimakan. Pasti puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK KUIH KERIA UBI KELEDEK

BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan ubi keledek oren – rebus lembut & lenyek
- 1 sudu makan tepung beras
- 4 sudu makan tepung gandum
- Sedikit garam
- Gula – untuk salut kuih nanti
CARA MEMASAK:
1. Ubi yang telah direbus perlu dilenyek. Letak sedikit garam dan biarkan sejuk.
2. Bila ubi dah sejuk, masukkan kesemua tepung dan uli. Jika tepung masih melekat di tangan, biarkan sahaja. Biar adunan selama 1/2 jam.
3. Bahagikan doh dan bentukkan adunan menjadi bentuk kuih keria. Harus diingat, masa bentukkan adunanm harus sapu minyak masak pada tangan. Ia bertujuan nak elak adunan melekat.
4. Panaskan minyak masak guna api sederhana dan goreng kuih keria tadi. Angkat dan ketepikan.
5. Untuk menyediakan salutan gula, masukkan 5 sudu makan gula dan sedikit air ke dalam kuali. Masak dan kacau sampai pekat dan bertali.
6. Masukkan kuih yang digoreng tadi dan kacau sampai gula menjadi keras.
7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Masni Bahari
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Orang Lama Yang Sedap, Gulai Daging Tulang & Nangka Muda

Siapa peminat menu gulai, mesti suka dengan resipi gulai daging tulang dengan nangka muda ni.
Gulai orang lama-lama. Makan pula dengan ikan kering dan sambal belacan nenas, memang sedap tak terkata. Jom kita cuba resipi daripada Muliadi Ramli ini.
GULAI DAGING TULANG DENGAN NANGKA MUDA

BAHAN-BAHAN:
2kg daging tulang (daging direbus dulu hingga empuk)
BAHAN TUMIS
4 biji bawang merah | dimayang – beli online di sini
3 ulas bawang putih | dimayang – beli online di sini
1 inci halia | dimayang
Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih)
5 sudu besar cili giling – beli online di sini
TONTON Buko Pandan versi Ketodiet Cepat Dan Mudah | Dapur Rasa Live
TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
8 biji bawang merah
1 ½ inci halia – beli online di sini
1 inci lengkuas – beli online di sini

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
BAHAN LAIN:
Rempah cap bunga rose
4 sudu besar rempah gulai
1 ½ sudu besar rempah masak
3 sudu besar kerisik – beli online di sini
2 biji kelapa parut (kelapa tua lagi baik)
½ keping gula melaka – beli online di sini
Nangka muda (direbus hingga empuk)
3 asam keping
Sedikit air asam jawa
Belacan
Garam & gula secukup rasa
Kiub pati lembu knor (kalau tak ada tak apa)
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak. Pastikan minyak mesti lebih sedikit untuk memastikan bahan tumisan kita masak. Tumis cili boh hingga pecah minyak.
2. Masukkan bahan tumisan dan 4 sekawan. Tumis lagi sampai pecah minyak (bila lapisan minyak muncul pada atas tumisan) dan tumisan berbau wangi.
3. Masukkan bahan-bahan kisar halus. Kacau rata. Tumis lagi sampai pecah minyak lagi sekali.

4. Kemudian masukkan rempah cap bunga rose (satukan rempah gulai dan rempah masak jadikan pes) dan kacau rata. Tumis bagi sebati dan pecah minyak dan naik baunya.
5. Masukkan air rebusan daging tulang (kalau nak kuah lebih, tambah air biasa), biarkan mendidih.
6. Masukkan daging tulang, asam keping, air asam jawa dan santan. Kacau-kacau. Masukkan kerisik, gula melaka, garam dan kiub lembu.
7. Masukkan nangka muda, kacau sekata. Rasa gulai kita. Jika semua okay, tutup periuk selama 15 minit. Kecilkan api. Biarkan gulai mendidih. Tutup api.

BAHAN SAMBAL BELACAN NENAS:
*4 biji cili besar merah – beli online di sini
*15 biji cili padi – beli online di sini
*Belacan sebesar ibu jari (dibakar biar wangi)
*1 biji limau kasturi (dibuang biji)
*Garam
*Gula/gula melaka @ nissey
*½ sudu pes asam jawa
1 biji limau nipis
Nenas | dipotong kecil

CARA-CARA:
Bahan bertanda * dikisar dengan air tapi sedang-sedang saja, jangan terlalu sedikit atau banyak. Kisar jangan terlalu halus. Keluarkan. Masukkan hirisan nenas dan perah limau nipis, siap.
Kredit resipi: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sedap & Penuh Berkrim, Resipi Mudah Creamy Chicken Thai Bread
8 Resipi Sup Sedap & Mudah Dimasak, Lebih Sihat & Bebas Minyak
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Cara Masak Popia Sira Sambal Yang Sedap Untuk Kuantiti 50 Biji.

Anda suka makan Popia Sira Sambal? Ni ada resipi mudah, sedap dan ringkas perkongsian saudari NoraFiza Kamarin yang boleh dicuba. Istimewanya resipi ni, sukatannya adalah untuk 50 biji popia. Sesuai sangat dijadikan sajian jamuan atau untuk jualan. Senang nak agak kalau dah ada sukatan macam ni. Jom cuba buat. Pasti puas hati.
RESIPI POPIA SIRA SAMBAL UNTUK KUANTITI 50 BIJI
BAHAN – BAHAN ( untuk 50 biji popia):
- 1 paket kulit popia( 50 keping)
- 1 biji sengkuang saiz sederhana
- 3 batang lobak merah saiz sederhana
- 2 sudu makan udang geragau
- Sedikit serbuk perasa
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan sengkuang dan lobak merah kemudian sagat panjang-panjang.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Kemudian tumis sengkuang. lobak merah dan udang geragau. Perasakan secukupnya. Bila dah layu, angkat.
3. Tos dan sejukkan bahan tumisan tadi di dalam raga berlubang supaya lebihan air dari bahan-bahan tumis dapat dibuang. Jika inti tidak kering, kulit popia akan koyak dan tidak rangup.
4. Bila inti sudah kering, boleh mula menggulung. Sudukan inti diatas kulit popia dengan secukupnya. Pastikan tidak terlalu banyak.
5. Gulung popia jangan terlalu ketat atau padat. Sapu air pada hujung gulungan supaya gulungan tidak terbuka.
6. Panaskan minyak masak dan goreng popia menggunakan api sederhana.
7. Bila dah garing, toskan popia dan biarkan sejuk sebelum disira.
BAHAN SAMBAL SIRA ( 50 biji):
5 sudu makan cili kisar ( kisar: 10 tangkai cili kering + 1/2 labu bawang putih + air ( paras-paras bahan sahaja). Kisar halus & ambik 5 sudu makan dari bahan kisar ni.)
15 sudu makan @ 1 1/2 cawan kopi gula pasir
2 sudu makan sos cili
1 sudu teh serbuk perasa
2 sudu makan bijan
5 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis cili kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan serbuk perasa, gula, sos cili dan bijan. Kacau hingga pekat dan berbuih. Pastikan masak guna api sedang sahaja. Jangan tambah air.
3. Bila sambal sudah pekat dan meletup-letup, matikan api dan biarkan suam.
4. Bila sambal sudah suam, masukkan popia goreng dan gaul sampai rata.
5. Susun popia di dalam dulang atau talam. Pastikan ia tidak bertindan atau bertindih-tindih. Ia bagi memastikan popia kekal rangup. Bila dan sejuk, barulah boleh disusun dalam bekas.


6. Sedia untuk dinikmati.
INFO:
1. Pastikan tidak memasukkan air di dalam sambal kerana sudah ada air dalam kisaran cili.
2. Gula memang guna lebih berbanding cili. Ia merupakan tip supaya popia kekal rangup. Sos cili pula bagi menghasilkan sambal yang cantik berkilat.
3. Pastikan sambal suam atau sejuk sebelum digaul bersama popia. Ia bagi memastikan popia tidak cepat lembik.
4. Bahan inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing seperti ayam, daging, udang, kubis atau tauge. Cuma pastikan inti di tos hingga kering sebelum digulung dalam kulit popia.
Kredit resipi & foto: NoraFiza Kamarin
Sapu Butter & Minyak Bijan. Tip Buat Nasi Ayam Biasa Jadi Lebih Sedap

Sedapnya Nasi Ayam ni. Walau biasa-biasa je tapi nampak sangat membuka selera. Pasti ramai yang tengah tercari-cari resipi yang mudah dan sedap untuk dijadikan hidangan buat keluarga. Resipi perkongsian Mdm Kelly ni antara yang mudah dan sedap yang harus anda cuba. Ada rahsia tau nak masak Nasi Ayam biasa ni jadi sedap. Selain nasi, ayam juga memainkan peranan penting. Kalau sedap ayamnya, lagi enak. Resipi ini menggunakan mentega dan minyak bijan supaya ayam rasa lebih padu. Wow… Pasti ramai yang tak sabar nak cuba. Jom lihat cara-caranya.
RESEPI NASI AYAM BIASA TAPI RASA SEDAP & MUDAH DIMASAK

BAHAN-BAHAN AYAM:
2 keping ayam bahagian paha
Air / stok ayam
Halia
5 ulas bawang putih
BAHAN PERAPAN AYAM:
2 sudu makan gula perang – beli online disini
2 sudu makan madu – beli online disini
1/2 cawan kicap manis – beli online disini
2 sudu makan sos tiram – beli online disini
1 sudu teh lada hitam – beli online disini
Garam
Minyak bijan – beli online disini
BAHAN SAPUAN:
Mentega secukupnya – beli online disini
Minyak bijan secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Basuh bersih ayam dan rebus bersama halia dan bawang putih yang ditumbuk. (Air mesti banyak sebab nanti akan guna untuk masak nasi, sup, sos dan kicap.
2. Bila kuah telah mendidih, angkat ayam tadi dan toskan.
3. Letak ayam dalam bekas dan perapkan bersama bahan-bahan perapan. Lumur rasa dan biarkan selama 30 minit.
4. Tip untuk ayam yang enak dan nampak sedap, sebelum dibakar, sapu mentega dan minyak bijan pada ayam dengan rata. Masak selama 30 minit pada suhu 180C.
5. Bila ayam sudah masak, sapu mentega dan minyak bijan sekali lagi pada ayam untuk mendapatkan hasil yang menarik.

BAHAN NASI:
2 cawan beras basmathi – basuh bersih & toskan – beli online disini
Minyak sapi secukupnya – beli online disini
Mentega secukupnya
1-2 helai daun pandan
1 batang serai – ketuk
1 inci halia
Rempah 4 sekawan
3 – 3 1/2 cawan air rebusan ayam
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak sapi dan mentega dengan secukupnya dalam periuk nasi elektrik.
2. Tumis daun pandan, serai, halia dan rempah 4 sekawan hingga wangi.
3. Masukkan beras dan gaul sebati.
4. Masukkan air stok / air rebusan ayam tadi. Masukkan juga garam. Gaul sebati.
5. Alihkan periuk ke dalam sarang elektrik, tekan butang dan biar hingga masak.
6. Bila nasi sudah masak, gemburkan menggunakan sudip supaya masak sekata.
BAHAN SOS:
4 biji cili merah
1 ulas bawang putih
Air rebusan ayam
Gula
Garam
Cuka – beli online disini
Sos cili – beli online disini
Sedikit bancuhan tepung jagung – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili merah dengan bawang putih menggunakan air rebusan ayam tadi.
2. Masak bahan kisar menggunakan api perlahan.
3. Masukkan sedikit gula, garam, cuka, sos cili. Jumlahnya agak-agak sahaja supaya dapat rasa sos.
4. Jika mahu sos pekat, boleh tambah sedikit bancuhan air tepung jagung.
BAHAN KICAP:
Lebihan sos perapan ayam
Air rebusan ayam
Garam jika perlu
CARA MEMASAK:
1.Masak lebihan sos perapan ayam tadi masak bersama sedikit air rebusan ayam.
2. Rasa dan jika kurang masin, tambahkan garam dengan secukupnya.
3. Bila mendidih, padamkan api.
BAHAN SUP:
Air rebusan ayam
Garam
Kiub pati ayam – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Panaskan lebihan air rebusan ayam. Tambah garam dan juga kiub pati ayam denagn secukupnya.
2. Masak hingga mendidih kemudian padamkan api.
3. Sedia dihidang bersama Nasi Ayam, salad, timun, tomato, kicap dan sos.

Kredit resipi & foto: Mdm Kelly
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Asam Pedas Ikan Kerisi. Resipi Orang Pantai Timur Yang Sangat Sedap
Pembantu Rumah Kongsi Resipi Kacang Goreng Bawang Putih Sedap Dari Seberang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

