Resipi Kuih Koci Pulut Hitam Leleh Terlajak Sedap & Tak Perlu Kukus

Share

Kuih Koci Pulut Hitam merupakan antara kuih tradisional Melayu yang digemari ramai. Kena yang sedap, makan dua tiga biji pun tak cukup. Bagi anda yang suka makan kuih ni dan nak belajar cara-cara buatnya. Tak sukar pun lebih-lebih lagi kalau dapat resipi mudah seperti yang dikongsi oleh saudari Noriza Awang Hamat ni. Jom cuba.

 

CARA BUAT KUIH KOCI PULUT HITAM LELEH TANPA KUKUS

BAHAN DOH:

  • 1/2 paket tepung pulut (beli online disini)
  • 1/2 cawan pulut hitam – dikisar halus
  • Air untuk menguli doh secukupnya

BAHAN INTI:

  • Kelapa parut secukupnya – ambik bahagian putih sahaja
  • Gula Melaka (beli online disini)
  • Gula pasir (beli online disini)
  • 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan – disimpul
    *Masak semua bahan sehingga kering. Kemudian sejukkan.

BAHAN DADIH SANTAN:

  • 2 cawan santan pekat
  • 1 sudu makan tepung beras (beli online disini)
  • 1 sudu makan tepung jagung (beli online disini)
  • Garam secukup rasa
  • Daun pisang secukupnya – layurkan terlebih dahulu
    *Satukan semua bahan (kecuali daun pisang) dan masak guna api perlahan. Bila santan mula mendidih (meletup-letup), angkat dan ketepikan,

CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung pulut dan pulut hitam yang telah dikisar halus tadi.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.

3. Bulat-bulatkan doh dan masukkan int. Lakukan hingga habis adunan.

4. Didihkan air dan rebus doh seperti merebus doh buah melaka. Bila doh terapung, angkat dan toskan airnya.

5. Kemudian masukkan doh ke dalam bekas berisi dadih santan.

6. Ambil doh bersalut dadih santan dan bungkus menggunakan daun pisang dengan kemas.

7. Kuih Koci Pulut HItam sedia untuk dinikmati.

NOTA: Kuih Koci ini tidak perlu dikukus kerana doh dan dadih santannya memang telah siap dimasak.

 

Kredit resipi & foto: Noriza Awang Hamat

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur