Kuih tradisional seperti Kuih Kole Kacang memang sedap. Kalau tabur banyak tahi minyak, lagi sedap. Namun tak ramai yang berani nak cuba buat kuih ini secara homemade kerana beranggapan ia susah untuk dihasilkan. Menerusi perkongsian saudari Sue Abdullah, beliau kongsikan resipi Kuih Kole Kacang yang sangat mudah dan sedap. Cubalah. Pasti puas hati.
2 cawan santan pekat
Sedikit garam
2 cawan air
1 ½ cawan gula merah – beli online disini
1 cawan gula pasir – beli online disini
Daun pandan
7 cawan air
2 cawan santan pekat
3 cawan tepung kacang hijau baba’s – beli online disini
Sedikit garam
Sedikit kicap pekat – beli online disini
1.Satukan bahan-bahan tahi minyak. Masak dengan api sedehana sampai jadi tahi minyak. Ketepikan.
2. Satukan 2 cawan air, gula merah, gula pasir dan daun pandan. Masak hingga gula larut dan sejukkan.
3. Seterusnya dalam mangkuk besar, masukkan air, santan pekat, tepung kacang hijau dan garam.
4. Masukkan juga air gula yang dimasak tadi bersama kicap pekat secukupnya. Sebatikan.
5. Masak campuran dengan api yang perlahan. Campurkan sedikit minyak dari tahi minyak yang dimasak tadi. Kacau sampai adunan pekat.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan tabur tahi minyak.
Kredit resipi & foto: Sue Abdullah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official