Resipi Kuih Lapis Talam Sri Delima Untuk Untuk Minum Petang Ni. Memang Layan Habis!

Share

Peminat kuih muih lama kena cuba Kuih Lapis Talam Sri Delima ni. Cara nak buatnya pun tidak susah mana. Masak pun pakai periuk kukusan. Jom cuba. Bolehlah buat makan masa minum petang nanti.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 2 cawan santan pekat
  • 5 cawan santan cair
  • 1 sudu kecil garam
  • Pewarna merah, kuning dan coklat

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada empat bahagian.
  3. Masukkan pewarna ke dalam tiga bahagian dan satu kekal putih.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang.
  5. Masukkan satu senduk adunan merah dan kukus selama lima minit.
  6. Lapiskan pula satu senduk adunan kuning dan kukus lagi selama 5 minit.
  7. Lapiskan warna coklat dan kukus selama lima minit lagi.
  8. Kemudian ulang sekali lagi lapisan.

INFO CHEF: Untuk lapisan terakhir, bungkus penutup kukus dengan kain agar air tidak menitis ke atas permukaan talam.

Published by
Nur