Resipi & Cara Buat Kuih Lapis Yang Lembut & Sedap

Share

Kuih lapis merupakan sejenis kuih yang berasal dari Indonesia. Kuih ini terdiri daripada beberapa lapisan dan boleh didapati dalam pelbagai warna.

Teksturnya yang lembut dan warna yang menarik, pasti anak-anak suka. Kuih lapis simple yang biasa kita makan waktu minum petang, makan dengan kopi ‘O’ pun sedap.

Resipi kuih lapis yang dikongsi Azmalaini Abd Rahman ini, diolah daripada resipi orang lain dan dipermudahkan cara membuatnya. 

 

KUIH LAPIS SIMPLE

BAHAN-BAHAN:

400gm tepung beras cap teratai – beli online di sini


125gm tepung jagung – beli online di sini
125gm tepung gandum – beli online di sini
300gm gula – beli online di sini
Sedikit garam
3 cawan santan (saya guna santan segar tanpa campuran air – resepi asal guna 2 cawan)
5 cawan air

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MENYEDIAKAN:

1. Masak gula bersama dengan air yang telah disukat. Kalau nak wangi, masukkan daun pandan (ambil dalam 2 cawan).
2. Satukan semua bahan, kacau dan tapis.
3. Alas loyang 10 x 10 dengan plastik 16x 16/14×14.
4. Guna api yang sederhana kuat.


5. Sebelum masukkan tepung, panaskan loyang/letakkan loyang dalam kukusan.
6. Mula melapis. Lapisan 1 saya guna 400 ml. Banyak sedikit untuk cover tepung dalam kukusan, kadang kukusan kita tak sama bila berada di atas dapur.


7. Lapisan ke-2 dan seterusnya, saya guna 300 ml bancuhan tepung.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


8. Penggunaan api; untuk lapisan pertama, dalam 4 minit, jangan lama kerana nanti dia mengelembung/terlebih masak. Tekan dengan jari atau tengok warna tepung dah berubah jadi cerah.


9. Lapisan seterusnya 5 minit/6 minit sahaja.


10. Resipi ini akan dapat 8 layer. Setiap satu warna tu, saya buat 2 lapisan. Akan ada sedikit lebihan tepung, jika tidak mahu membazir anda sukat siap-siap ye.
11. Bila dah faham dengan rentak kuih anda, dengan resepi yang sama kita boleh buat jadi 10 layer.
12. Dari segi penggunaan warna, terpulang pada pilihan masing-masing.

Kredit: Azmalaini Abd Rahman

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff