Sajian tradisional seperti Kuih Lepat Liat memang punya rasa serta keenakannya yang tersendiri. Kalau beli, jarang jumpa kuih yang rasanya memuaskan hati. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi perkongsian saudari Mas Cotek ni. Sangat mudah rupanya nak buat kuih ni. Bahan-bahannya pun tidak susah dan tak banyak. Lebih istimewa lagi sukatan bahannya pun menggunakan cawan sahaja. Senanglah nak sukat. Jom cuba. Pasti rasanya sedap.
KUIH LEPAT LIAT
BAHAN A:
- 3 cawan tepung pulut
- 1 1/2 cawan santan pekat
- 1 cawan gula merah
- 1/2 cawan gula
BAHAN B:
- Daun pisang untuk membungkus
- Kelapa parut ( gaul dengan sedikit garam) – untuk inti / jika suka
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dan masak atas api. Tak perlu hingga mendidih. Cukup masak hingga gula larut dan tidak berketul.
2. Angkat dan tapis bahan-bahan yang dimasak tadi. Sejukkan.
3. Kemudian tuang campuran tadi ke dalam bekas berisi tepung pulut sedikit demi sedikit.
4. Uli dan adun hingga menjadi sebati. Pastikan doh jadi lembut dan tidak keras.
5. Sediakan daun pisang dan sapu sedikit minyak di permukaannya.
6. Ambil 2 sudu makan adunan, letak atas daun pisang yang telah disapu minyak tadi. Leperkan.
7. Kemudian letakkan inti kelapa dengan secukupnya. Jika tidak mahu inti, boleh abaikan penggunaannya.
8. Bungkus kuih dengan kemas dan susun dalam periuk kukusan. Kukus hingga masak. ( empunya resipi kukus selama 40 minit menggunakan api perlahan.)
9. Bila dah masak, angkat kuih dan sejukkan. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mas Cotek
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kaswi Pandan Lemak Manis. Ekstrak Daun Pandan Beri Aroma Dan Rasa Sedapnya.
Kalau biasa kaswi berperasa gula Melaka tapi kali ni Sabarina Saharani berkongsi resipi kuih kaswi dengan keeenakan rasa dan kewangian daun pandan. Sedap bukan main lah.
Kuih tradisi ni wajib makan dengan kelapa parut, best buat makan sarapan dan minum petang ni. Kenapa namanya gedik, hihi aje tukang masaknya aje yang tahu..
KASWI PANDAN LEMAK GEDIK
BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 sudu mkn Tepung beras
1 cawan santan
1 1/2 cawan air daun pandan(3 helai)
3/4 cawan gula pasir (sapa suka manis 1cwn)
1/2 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
Pewarna hijau
Kelapa parut (putih sahaja)+secubit garam-kukus sekejap supaya kelapa tahan lama
CARA MEMASAK :
1. Satukan kesemua bahan, kisar dengan mesin pengisar agar tidak berketul.
2.Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.Kukus selama 30 minit.
3. Sejukkan. Potong dan golekkan ke dalam kelapa parut tadi.
Kredit: sabarina saharani
Macam Ni Caranya Nak Dapatkan Kulit Cucur Badak Gebu, Lembut
Jom kita kongsi step-by-step cara nak buat kulit cucur badak versi Zuraida Abdullah, yang diwarisi daripada arwah ibunya.
Bahan-bahan yang digunakan pun mudah dan ringkas. Resipi ini memuatkan kuantiti bahan untuk makan sendiri dan meniaga.
RESIPI KULIT CUCUR BADAK GEBU, LEMBUT & MUDAH
BAHAN-BAHAN (untuk makan sendiri):
1kg ubi keledek oren (ini untuk makan sendiri) | dikukus hingga lembut
200gram tepung gandum (jenama apa pun boleh) – beli online di sini
Secubit garam
BAHAN-BAHAN (untuk meniaga):
10kg ubi keledek oren (ini kalau nak buat berniaga) | dikukus
2kg tepung gandum
1 sudu bukit garam
TONTON Dapur Rasa Live: Roti Pintal Kurma
TONTON Dapur Rasa Live: Spageti Sos Rendang
CARA BUAT
1. Kukus ubinya (sifat ubi keledek oren serap air, tak boleh rebus nanti asyik tambah tepung pun tak akan cantik adunan, malah bertambah lembik).
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
2. Cucuk-cucuk ubi. Nampak dah lembut, keluarkan dan lenyek. Jangan lupa taburkan secubit garam. *Klik di sini (cara nak lenyetkan)
3. Sejukkan. Bila dah suam, boleh masukkan tepung. Uli-uli. Bila dah siap, bolehlah masukkan inti. *Klik di sini (cara nak gaulkan)
4. Bulat-bulatkan macam dalam gambar. *Klik di sini (untuk bulat-bulatkan)
BAHAN INTI:
Cili (ikut suka pedas)
Halia (besar ibu jari) – beli online di sini
10 batang serai
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4 sudu jintan manis
Serbuk kunyit (ikut suka)
Udang geragau atau kering (letak lebih)
2 biji kelapa parut
Garam, perasa & gula
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA BUAT:
1. Kisar semua bahan kecuali udang, kelapa parut dan garam. Kemudian, tumis bahan kisar tersebut.
2. Masukkan kelapa, udang, serbuk perasa dan gula. Kacau sebati.
3. Kalau ada air kelapa, boleh gunakan untuk inti. Kalau tak ada, guna air biasa. *Klik di sini (cara letak inti)
Kredit resipi: Zuraida Abdullah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Cara Buat Dumpling Wrapper Sendiri & Inti Gyoza Ayam, Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap.
Tahukah korang bahawa negara kita kaya dengan makanan tradisional yang sedap namun jarang diketengahkan terutamanya di negeri-negeri di Pantai Timur, seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang, Rata-ratanya banyak menggunakan bahan utamanya santan, gula dan tepung beras, pulut dan gandum. Untuk itu, RASA seronok dapat kongsikan 12 resipi himpunan kuih muih tradisional yang cukup dengan rasa lemak manisnya.
BEKO PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan kelapa parut | putih sahaja dan kisar sedikit
- 1/2cawan gula pasir
- 1 biji telur
- 1/2cawan air daun pandan
- 1/2 sudu teh garam
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau seketika dan ketepikan.
- Campurkan kelapa yang telah dikisar sedikit bersama gula, tepung pulut dan garam dalam mangkuk adunan.
- Tuangkan air pandan dan telur, kacau rata hingga sebati. Ketepikan.
- Panaskana ketuhar pada suhu 170C.
- Sementara itu, sapukan acuan dengan minyak masak, kemudian panaskan dalam ketuhar.
- Keluarkan, kemudian tuangkan adunan Kuih Beko dalam acuan hingga penuh dan bakar semula hingga masak.
- Setelah masak, biarkan sejuk seketika sebelum sedia dihidangkan.
APAM BAKAR KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 3cm halia
- 2cm lengkuas
- 1 sudu teh lada hitam
- 1 sudu besar yis mauripan
- 4biji pisang | lenyek3/4 cawan gula pasir
- 2 cawan tepung beras
- Air secukupnya
- Kelapa parut | putih sahaja, kemudian gaul dengan sedikit garam halus.
CARA MEMASAK:
- Halia, lengkus dan lada hitam dikisar kasar bersama dengan sedikit air.
- Tapis airnya dan ketepikan.
- Kemudian campurkan air tadi bersama tepung beras, kacau rata.
- Jika agak pekat tambah air sehigga adunan seperti bancuhan membuat roti jala.
- Tambah ke dalamnya pisang yang telah dilenyek bersama yis. Kacau rata .
- Perapkan adunan itu selama 4 jam.
- Panaskan kuali non stick, kemudian tuangkan sedikit adun di dalamnya seperti membuat lempeng tetapi saiz kecil.
- Setelah siap, hidangkan bersama dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam tadi.
NEKBAT SIRA
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung beras
- 10 biji telur
- Sedikit pewarna oren beras ta
BAHAN SIRA:
- 500ml air
- 150gm gula pasir
- 2 helai daun pandan
- 6 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
- Tepung beras digoreng sangai dengan api sederhana hingga kering. Ketepikan.
- Pukul telur hingga kembang dan berbuih, kemudian masukkan perwarna dan tepung beras yang telah disangai tadi. Kacau rata.
- Panaskan acuan di dalam ketuhar, setelah cukup panas keluarkan.
- Tuankan adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api atas bawah padaa suhu 170C.
- Bakar hingga kekuningan atau garing.
- Setelah masak keluarkan dari ketuhar.
- Sementara itu sediakan bahan sira. Masak air dan gula hingga mendidih.
- Masukkan daun pandan dan cengkih.
- Setelah masak, tuangkan di atas kuih nekbat tadi.
- Kuih sedia dihidangkan.
KOLEK LEMAK
BAHAN-BAHAN:
- 130 gm tepung beras
- 60 gm tepung Hoen Kwe
- 1 sudu teh garam
- 400 ml santan
- 600 ml air.
- Sedikit tahi minyak
- 1 sudu makan minyak masak
BAHAN KUAH:
- 1 cawan santan.
- 1 sudu makan tepung beras
- Sedikit halia | hiris nipis
- Bawang merah | hiris
- Sedikit halba
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan, kemudian tapiskan di dalam periuk.
- Masak dengan api perlahan hingga berwap.
- Sapukan loyang dengan minyak.
- Tuangkan adunan kolek lemak di dalam loyang.
- Dan taburkan tahi minyak di atasnya. Ketepikan.
- Sementara itu sediakan kuah, Satukan semua bahan di dalam periuk dan kacau rata.
- Masak dengan api perlahan hingga adunan keluar wap atau medidih sekejap.
- Potong Kolek Lemak, masukkan dalam piring hidang dan tuangkan kuah di atasanya.
- Sedia dihidangkan.
KUIH ULAT BULU
BAHAN-BAHAN:
- 1cawan tepung pulut
- 1 cawan tepung pulut hitam
- 3/4 cawan air
- 1 sudu teh air kapur
- 2 cawan kelapa parut | putih sahaja dan campur dengan sedikit garam galus
BAHAN INTI:
- 1/2cawan kacang hikau
- Sedikit gula Melaka
- 1 sudu makan gula pasir
- 1 helai daun pandan
- 1/2 kelapa parut
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan inti, rebus kacay hijau bersama daun pandan hingga empuk.
- Apabila kacang lembut dan air kering masukkan santan, gula Melaka , gula pasir dan sedikit garam.
- Kacau rata hingga garing.
- Tutup api dan biarkan sejuk.
- Campurkan kedua-dua jenis tepung pulut bersama dan gaul rata.
- Kemudian tambahkan air dan air kapur, terus adun sebati seperti adunan buah Melaka.
- Bulat-bulatkan, kemudian masukkan inti di tengah dan bentuk adunan panjang.
- Buat sampai habus.
- Didihkan air kemudian, rebus adunan.
- Bila sudah timbul angkat menggunakan penapis dan letakkan di dalama bekas berisi kepala parut.
- Golek-golekkan dan masukkan dalam piring hidangan.
- Sedia dihidangkan.
BELEBAT UBI STELO
BAHAN-BAHAN:
- 160gm tepung beras
- 200gm gula
- 125gm ubi stelo ungu | potong kiub kecil
- 125 gm ubi stelo oren | potong kiub kecil
- 3 biji pisang emas masak di lecek kasar
- 800ml santan
- 1sudu teh garam halus
- Daun pisang secukupnya |layur dahulu
CARA MEMASAK:
- Rebus ubi stelo sekejap, kemudian tos airnya dan ketepikan.
- Campurkan air, santan, tepung beras, garam dan gula.
- Tapis dalam periuk dan masak adunan yg ditapis hingga pekat.
- Campur ubi dan pisang.
- Ambil sesudu besar adunan, letakkan di atas daun pisang dan bungkuskannya.
- Kukus adunan selama 10-15 minit sehingga masak.
DODOL KUKUS
BAHAN-BAHAN:
- 100gm tepung pulut hitam
- 250gm tepung pulut putih
- 200gm gula halus
- Tahi minyak secukupnya
- 5ml minyak masak
- Daun pisang | sebagai alas
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Campurkan tepung pulut putih dan hitam dalam mangkuk adunan rata.
- Kemudian masukkan gula dan santan, kacau rata.
- Tambahkan garam secukup rasa dan kacau rata lagi.
- Sediakan loyang dan sapukan minyak.
- Letakkan daun pisang, masukkan adunan tadi ke dalam loyang.
- Kukus sehingga masak.
- Setelah masak, taburkan tahi minyak dan hidang.
KUIH BADAK KUBANG
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung pulut putih
- 2 cawan tepung pulut hitam
- Gula Melaka | potong dadu kecil
- Sedikit air
- Daun pisang secukupnya
BAHAN KUAH PUTIH:
- 1 cawan tepung beras
- 4 cawan santan
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Campurkan tepung kedua-dua jenis tepung pulut dan campurkan dengan sedikit air.
- Adun menjadi doh seperti kuih Melaka.
- Bulat-bulatkan dan letakkan gula Melaka di tengahnya.
- Susun dalam loyang yang di alas dengan daun pisang yang telah disapu minyak masak.
- Kukus lebih kurang 10 minit.
- Keluarkan dan tuangkan bahan kuah putih yang sudah dicampur dan dikacau rata.
- Kukus lagi selama 10 minit. Angkat dan sejukkan seketika sebelum sedia dihidangkan.
APAM BAGHDAD
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur
- 250gm gula kastor
- 1/2 sudu teh ovelatte
- 170gm tepung naik sendiri
- 1/2 sudu teh esen vanila
- Pewarna kuning
BAHAN SOS SRI KAYA:
- 400ml santan
- 5 sudu makan gula kastor
- 1 biji telur
- 1 sudu makan tepung gandum
- sedikit pewarna hijau
- sehelai daun pandan, dicarik dan disimpul
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat apam,didihkan air dalam periuk pengukus
- Sementara itu pukul telur dalam mangkuk aduan, kacau hingga kembang.
- Masukkan gula kastor, esen vanila dan ovellate. Putar lagi hingga bacuhan menjadi pucat.
- Setelah sebati masukkan pewarna kuning.
- Putar seketika, Masukkan tepung naik sendiri dan putar lagi.
- Oleskan loyang pembakar dengan mentega, kemudian tuangkan adunan.
- Kukus hingga masak lebih kurang 20 minit.
- Untuk topping sos kaya, campurkan semua bahan dalam periuk dan kacau rata supaya tidak berketul.
- Masak sos di atas api sederhana sehingga seri kaya pekat dan menjadi berserawa. Tutup api.
- Tuangkan sos di atas apam terus atau potong apam baru tuang sos, terpulang ikut citarasa.
- Sedia dihidangkan.
KUIH TELIPOK
BAHAN-BAHAN:
BAHAN UNTUK BUNGA TELIPUK
- 300gm tepung pulut
- Air secukupnya
- Sedikit minyak
- Daun pisang
BAHAN KUAH HIJAU:
- 50 gm tepung gandum
- 10 sudu makan gula pasir
- 750ml santan
- 8 helai daun pandan
- Sedikit pewarna hijau
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Untuk bunga telipok putih: Bancuh tepung dengan air sehingga bancuhan tidak lekat ditangan.
- Kemudian bentuk bulat dan empat segi bunga telipot dan lubang di tengah.
- Susun dalam loyang beralaskan daun pisang
- Untuk kuah hijau, satukan semua bahan dan kacau rata.
- Kemudian tapiskannya.
- Tuangkan dalam loyang yang disusun dengan tepung pulut yang dibentuk seperti bunga telipok.
- Kukus lebih kurang 20 minit.
- Setelah masak, angkat dan sedia dihidangkan panas-panas atau sejuk.
TEPEK PISANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg pisang abu | lenyekkan
- 300gm kelapa parut | ambil putih sahaja
- 250gm tepung gandum | jika kurang boleh tambah
- 5 sudu makan gula kabung
- Sedikit garam halus
- Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
- Campurkan kelapa di dalam mangkuk adunan yang berisi pisang yang sudah dilenyek.
- Gaul rata, kemudian tambahkan garam, gula kabung yang telah dihancurkan.
- Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat bancuhan yang diperlukan.
- Panaskan kuali non-stick, letakkan daun pisang di atasnya dan tepekkan adunan lempeng pisang di atasnya dan panggang hingga masak.
- Enak dihidangkan panas-panas.