
Kuih lompat tikam terkenal di sebelah Pantai Timur tanah air kita. Selalunya ada dijual di pasar pagi. Boleh dibuat untuk sarapan dan minum petang. Kali ini RASA kongsikan resipi kuih lompat tikam. Bolehlah belajar buat untuk dihidang time bulan puasa yang bakal muncul tak lama lagi ni kan?
KUIH LOMPAT TIKAM

BAHAN YANG HIJAU
2 cawan tepung beras
4 cawan air
1/2 cawan air daun pandan
Sedikit pewarna hijau
CARA MEMBUAT
1. Masak semua bahan di atas sampai warna berkilat.
2. Masukkan dalam bekas. Ketepikan.
BAHAN YANG PUTIH
3 cawan santan
2 cawan tepung beras
Sedikit garam
CARA MEMBUAT
1. Masak semua bahan di atas sampai likat.
2. Masukkan dalam bekas atas warna hijau tadi.
BAHAN AIR GULA
2 keping gula melaka
Air secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Masak atas api perlahan sehingga cair.
CARA PENYEDIAAN
1. Cedok sedikit adunan hijau dan putih.
2. Siramkan sedikit air gula.
3. Sedap dimakan ketika sejuk.
Kredit resipi: Deyana Hatazad
Link fb: https://www.facebook.com/deyanahatazad/posts/2730763616961254
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nah, Ni Langkah Mudah Buat Kuih Kacau Labu. Gerenti Sedap

Bangsa Johor mesti kenal kuih tradisional ni. Kaya dengan rasa labu lemak manis yang cukup berkhasiat. Kuih ni cukup popular di majlis kenduri kendara, jadi manisan untuk hantaran pun boleh. Bahan-bahannya cukup ringkas aje.

Ilmu buat kuih tradisional ni, anak-anak muda elok sangat belajar buat kuih ni. Ni perkongsian cara membuatnya dari Muzzammil Mustafa Sani dari laman webnya dapur.maskulin.com
KUIH KACAU LABU

BAHAN-BAHAN :
- 350 gram gula pasir
- 400 ml santan
- 500 ml air
- 50 gram tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
- 1.5kg labu
- 5 biji telur | dipukul kembang
- 2 helai daun pandan
- Garam
CARA MEMASAK :
1.Masak santan bersama gula dan daun pandan hingga pekat.

2. Kemudian, masukkan telur, labu yang telah dibuang kulit, direbus dan dikisar halus bersama garam.
3. Kacau sebati. Sesudah itu, tuangkan bancuhan air tepung jagung ke dalamnya. Apabila sudah pekat, tuangkan adunan ke dalam loyang. Boleh dibekukan dalam peti sejuk jika suka.

4. Bentukkan kuih mengikut acuan yang digemari. Boleh juga dihias dengan halwa.

Resipi Talam Roti Sedap & Mudah, Guna Loyang Saiz 8 Inci

Jom cuba buat Talam Roti Paun guna resipi perkongsian saudari Dhia Azlinda ni. Resipinya cukup mudah dan nampak sangat sedap. Sesuai bagi anda yang gemarkan Kuih Talam. Jika ada lebihan roti yang hampir tamat tempoh, sesuai sangat cuba resipi yang satu ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK TALAM ROTI PAUN

BAHAN LAPISAN BAWAH:
- 8 keping roti putih- dicarik
- 2 biji telur gred B
- 50gm kismis – boleh abaikan jika tiada – beli online disini
- 1/2 cawan gula
- 1/2 sudu teh garam
- 130ml santan pekat – boleh guna santan kotak – beli online disini
- 300ml air
- Sedikit esen vanilla – beli online disini
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 20 minit atau sehingga lembut.
- Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8″. Sapu minyak terlebih dahulu di sekeliling loyang dan alas plastik.
- Kukus roti selama 25 minit.
- Apabila sudah masak, angkat dan cakar dengan garpu.
- Jika terdapat sedikit air di permukaan kuih, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu. Kemudian barulah dicakar sedikit sebelum tuang adunan lapisan tengah.
BAHAN LAPISAN TENGAH:
- 1/2 cawan tepung gandum – beli online disini
- 1/2 cawan gula
- 1/2 sudu teh garam
- 2 biji telur gred B
- 100ml santan pekat
- 300ml air
- Sedikit pewarna hijau – beli online disini
- Sedikit perisa pandan – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan-bahan diatas. Kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
- Masak hingga naik wap menggunakan api sederhana. Pastikan adunan sentiasa dikacau menggunakan whisk.
- Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Tekstur adunan seolah-olah macam susu pekat sahaja.
- Tuang adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit. Apabila masak, cakar permukaannya dengan garpu.
BAHAN LAPISAN ATAS:
- 1/2 cawan tepung kastard – beli online disini
- 1/2 cawan gula
- 1/4 sudu teh garam
- Sedikit esen vanilla
- 3 biji telur gred B
- 100ml santan pekat
- 300ml air
- Sedikit pewarna kuning/oren (tak letak pun tidak mengapa) – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Langkahnya seperti membuat lapisan tengah. Satukan semua bahan dan tapiskan.
- Masak jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa dikacau supaya adunan tidak berketul.
- Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus lagi selama 25 minit.

TIP BUAT KUIH TALAM
- Apabila lapisan tengah sudah masak, keluarkan dari kukusan.
- Lap guna tisu dapur jika ada air pada permukaan kuih
- Cakar permukaan kuih dengan garpu kemudian tuangkan adunan lapisan atas.
- Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit atau sehingga talam masak dengan sempurna.
- Jika tidak tutup permukaan loyang atau tidak balut tutup kukusan dengan kain, lap tutup kukusan setiap 5 minit untuk menghasilkan permukaan kuih yang kelihatan licin dan rata.
- Setelah kuih masak, sejukkan hingga benar-benar sejuk barulah dikeluarkan dari loyang.
- Potong Kuih Talam dengan menggunakan pisau plastik ini untuk mendapatkan potongan talam yang cantik.

Kredit resipi & foto: Dhia Azlinda
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Aneka Kuih Inti Manis Yang Sedap & Mudah Dibuat

Teringin kuih-muih tradisional yang berinti manis untuk dimakan bersama secawan kopi di petang hari? Kami kongsikan resipi enam jenis kuih-muih tempatan yang mudah untuk disediakan. Bahannya juga ringkas dan rasanya tentu tidak pernah mengecewakan. Boleh juga dibuat hujung minggu ini untuk disantap bersama ahli keluarga yang lain.
1. KUIH KETAYAP

BAHAN-BAHAN:
Kulit:
- 1 cawan tepung gandum – beli online DISINI
- 2 biji telur
- 3 helai daun pandan
- 1 1/2 cawan santan – beli online DISINI
- 1 1/2 sudu teh garam – beli online DISINI
- 2 sudu makan minyak masak
- Beberapa titis pewarna hijau
Bahan Inti:
- 1/2 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
- 3/4 cawan gula merah
- 1/2 sudu teh garam
- 2 helai daun pandan | disimpulkan
- 1/2 cawan air
- 2 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan inti, didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
- Kemudian masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
- Taburkan tepung gandum. Kacau rata. Sejukkan inti.
- Untuk sediakan kulit: Kisar daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
- Seterusnya, campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
- Masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan sebati.
- Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
- Sapukan kuali dengan sedikit minyak.
- Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali. Biarkan kuih masak.
- Ketepikan. Lakukan cara yang sama hingga habis adunan.
- Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
- Ambil sesudu penuh inti, letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.
- Sedia dihidangkan.
2. KUIH KOCI PULUT HITAM

BAHAN-BAHAN:
- 250 g tepung pulut – beli online DISINI
- 1/2 cawan tepung pulut hitam
- 2 sudu besar tepung gandum
- Secubit garam
- 1 1/2 cawan air
- 1 cawan pati santan | dicampur sedikit garam
- Minyak masak secukupnya
- Daun pisang | dilayur atas api kecil
Bahan Inti:
- 1 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
- 1 ketul gula Melaka – beli online DISINI
- 1 cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan |disimpul
- 1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
- Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
- Masak hingga gula hancur.
- Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
- Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit.
- Angkat dan sejukkan.
- Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas.
- Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
- Jika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan.
- Ambil sehelai daun pisang, sapu dengan minyak pada permukaan daun pisang tadi.
- Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu sudu teh inti.
- Tutup inti dengan doh dan letakkan satu sudu teh santan pekat.
- Kemudian lipat seperti biasa.
- Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit.
3. ONDE-ONDE BUAH MELAKA

BAHAN-BAHAN:
- 500 gram tepung pulut
- 4 helai daun pandan | dikisar dengan 1 /2 cawan air
- 1 cawan air
- Gula melaka | dipotong kiub
- Kelapa parut putih secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan air dalam periuk.
- Tepung pulut dimasukkan ke dalam mangkuk adunan.
- Tuang jus daun pandan, gaul rata. Tambah air sedikit demi sedikit dan adun hingga mendapat doh yang tidak melekat di tangan dan mangkuk .
- Sementara itu, gaul kelapa parut dengan sedikit garam atau secukup rasa.
- Letakkan kelapa parut ke dalam loyang dan ratakan.
- Seterusnya, ambil sedikit adunan doh, leperkan dan masukkan satu kiub gula melaka, tutupkan guna melaka dengan doh dan bulat-bulatkan seperti guli.
- Masukkan ke dalam air mendidih. Buat 10 – 15 biji sekali rebus.
- Bila onde-onde timbul pada permukaan air mendidih, biarkan dalam 30 saat lagi, keluarkan dan toskan airnya.
- Masukkan dalam dalam loyang berisi kelapa parut tadi.
- Golek-golekkan agar onde-onde bersalut dengan kelapa. Lakukan cara yang sama sehingga onde-onde habis direbus.
Nak beli PERIUK KUKUSAN ELEKTRIK? Dapatkan DISINI
4. PAU GORENG INTI INTI KACANG MERAH

BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung kuih pau
- 6gm yis segera
- 50gm minyak sayur
- 1/2sudu teh garam
- 100gm gula halus
- 250gm air suam
Bahan Inti:
- 200gm kacang merah
- 100gm gula perang
- 1/2 sudu teh gula merah
- 1/2sudu teh garam
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti pau, rebus kacang merah sehingga separuh kembang.
- Kemudian masukkan kacang ke dalam bekas pengisar bersama sedikit air, kisar sehingga halus.
- Seterusnya, masukkan ke dalam periuk bersama gula perang, gula merah dan garam.
- Kacau rata dan masak sehingga pekat. Angkat dan sejukkan.
- Untuk membuat kulit pau pula. Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
- Selepas itu satukan air, yis, minyak, gula dan garam. Uli adunan ini selama lima minit.
- Bentuk doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 50gm.
- Kemudian simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
- Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.
- Kemudian isikan inti dan bulatkan doh.
- Simpan selama sejam.
- Akhir sekali panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga pau berwarna keperangan.
5. KUIH CARA MANIS

BAHAN-BAHAN:
- cawan tepung gandum
- 3 cawan santan kelapa
- 2 biji telur
- 3 helai daun pandan
- Sedikit pewarna hijau
- Gula pasir secukupnya | untuk dijadikan inti
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan
CARA MEMASAK:
- Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis.
- Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati.
- Tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
- Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima.
- Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan.
- Tuang adunan dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh.
- Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih.
- Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
- Setelah masak keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Lakukan hingga habis adunan.
6. KUIH CEK MEK MOLEK

BAHAN-BAHAN:
- 1 kg ubi keledek
- Tepung gandum
- Sedikit gula
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Rebus ubi keledek bersama sedikit garam hingga empuk.
- Angkat dan toskan, buang kulit dan lenyekkannya panas-panas.
- Gaulkan ubi yang telah dilenyek bersama tepung gandum.
- Agak-agak kelembutannya, jangan terlalu banyak tepung.
- Bentukkan doh bulat seperti bebola.
- Leperkan dan masukkan gula di tengahnya.
- Kemudian bentukkan doh dengan bentuk Cek Mek Molek.
- Panaskan minyak dan goreng kuih dengan api sederhana.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Hanya Guna Sukatan Cawan, Ini Cara Mudah Nak Buat Kuih Kaswi
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

