Resipi Kuih Mentega Yang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam

Share

Jika anda mencari resipi kuih yang sedap dan mudah dibuat, cubalah buat Kuih Mentega Goreng ni. Antara kuih tradisional Melayu kegemaran ramai. Rasanya yang berlemak serta rangup di luar dan lembut di dalam pasti buat anda makan tak berhenti.

Kuih Mentega Goreng ni lebih enak apabila menggunakan Mentega Anchor. Ia merupakan mentega tulen yang diperbuat daripada 100% susu segar lembu dari New Zealand ini adalah pilihan terbaik kerana baunya saja sudah mampu menangkap selera. Jom cuba.

KUIH MENTEGA GORENG

Bahan-bahan A:

  • 80gram Anchor Unsalted Butter
  • 360gram tepung gandum
  • 60gram gula
  • 170ml santan pekat
  • 1 sudu teh garam

Cara Memasak:

  1. Campurkan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk lalu adun hingga jadi seperti breadcrumbs. Perlahan-lahan, tuang santan secukupnya. Adun sampai jadi doh yang lembut.
  2. Canaikan doh dan potong memanjang. Kemudian potong kecil mengikut cita rasa.
  3. Goreng doh di dalam minyak yang panas hingga keperang-perangan. Hidangkan panas.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Naqiyatul Uzma