
Kuih Nagasari Jagung ni memang sedap dan jadi kegemaran ramai. Namun ramai yang tak berani nak cuba kerana menyangkakan ianya susah dan renyah untuk dihasilkan. Bagi peminat Kuih Nagasari Jagung, ini ada resipi yang sangat mudah perkongsian saudari Zura Abdullah yang anda boleh cuba. Tidak perlu kukus. Masak je dalam periuk dan jika tiada daun pisang, boleh cetak guna acuan lompang atau loyang sahaja. Mudah kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya.
CARA MASAK KUIH NAGASARI JAGUNG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
1 paket tepung hon kwee
1 tin jagung whole kernel (tapis buang air)
250ml santan pekat (boleh guna santan kotak)
650ml air
170gm gula
1/2 sudu teh esen pandan
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1.Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali jagung. Kacau hingga agak sedikit pekat.
2. Kemudian masukkan jagung. Kacau lagi hingga pekat dan likat. Tutup api.
3. Untuk mencetaknya, boleh bungkus adunan menggunakan daun pisang atau plastic tahan panas. Untuk lebih mudah, masukkan sahaja ke dalam acuan Kuih Lompang. Boleh juga guna loyang biasa atau apa-apa sahaja cetakan yang sedia ada.


4. Biar kuih sejuk dan bolehlah dinikmati.

Nota: Selain jagung, boleh juga gantikan dengan cendol. Pun rasa sedap.
Kredit resipi & foto: Zura Abdullah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/petua-buat-kuih-kole-kacang-sedap-cepat-masak-resipi-guna-cawan-je/
Resipi Ayam Bakar Mayones Sukatan 1/2 Ekor, Sedap Menjilat Jari
5 Resipi Stok Sambal Homemade Paling Sedap & Petua Supaya Tahan Lama Tak Berkulat
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ini 6 Makanan Gerai Popular Di Thailand, Rasa Sedap & Harga Murah.

Kata orang Thailand syurga makanan kerana makanan terdapat pelbagai makanan yang sedap dan murah serta segar. Oleh itu, kalau anda berpeluang ke Thailand jangan lupa menikmati beberapa makanan streat food yang memang terbaik dan sesuai dengan tekak kita orang Malaysia. Tapi kalau nak buat sendiri takda masalah kerana RASA kongsikan beberapa resipinya di sini.

DAGING SELASIH THAI (PAD GRA PROW)
BAHAN-BAHAN:
- 150gm daging | hiris nipis & gaul dengan 1 sudu teh minyak dan 2 sudu teh tepung jagung
- 4 ulas bawang putih | cincang halus
- Sedikit hirisan cili benggala
- 1/2 biji bawang besar | hiris
- 1 sudu teh kicap cair
- 1 sudu teh kicap pekat
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh gula
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 cawan daun selasih Thai
- Sedikit daun ketumbar | untuk hiasan
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan daging hingga berubah warna. Keluarkan dan ketepikan.
- Masukkan sedikit minyak lagi, kemudian tumiskan bawang putih dengan cili benggala.
- Kacau seketika, masukkan pula bawang besar.
- Tumis hingga wangi dan bawang layu.
- Masukkan semula daging, diikuti kicap, kicap pekat, sos tiram, sos ikan dan gula.
- Apabila bahan sos sebati dengan daging, masukkan daun selasih.
- Gaul lagi hingga daun selasih layu.
- Tutup api dan daging sedia dihidangkan dengan nasi putih.

BOTOK-BOTOK IKAN KARI THAU (HOR MOK PLA)
BAHAN-BAHAN:
- 200 gram isi ikan tenggiri
- 1 sudu makan pes kari merah
- 150 gm santan 2 sudu teh sos ikan
- 1 sudu teh gula1 biji telur3-5 helai daun limau purut | hiris nipis
- 10-15 helai daun selasih Thai 1 biji cili merah |untuk hiasan
- Daun pisang | untuk mangkuk
CARA MEMASAK:
- Masukkan isi ikan tenggiri, telur, pes kari merah, sos ikan, gula dan santan dalam bekas.
- Kacau rata dan sebati.
- Seterusnya masukkan hirisan daun selasih dan sedikit daun limau purut di tapak mangkuk daun pisang.
- Masukkan isi ikan yang telah digaul sebati sehingga 3/4 mangkuk.
- Kukus selama 10-15 minit.
- Sebelum hidang letak sedikit baki santan di atas permukaan Horm Mok Pla dan hias dengan sedikit hirisan daun limau purut dan cili merah di atasnya.

NASI BRIANI THAI (KAO MOK GAI)
BAHAN-BAHAN:
REMPAH RATUS (DI KISAR):
- 2 sudu teh serbuk kari ayam/daging
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula
NASI:
- 5 cawan beras basmathi | rendam 30 minit kemudian tos
- 4 sudu makan minyak sapi
- 4-5 ulas bawang merah | hiris
- 3 cm halia| hiris
- 4 ulas bawang putih | hiris
- 3 batang akar ketumbar
- 2-3 sudu makan rempah Kao Mok Gai
- 200ml susu cair
- 1 ekor ayam | potong lapan
- 8 cawan air
- garam secukup rasa
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 bunga lawang
- 3 biji pelaga
- 4 biji bunga cengkih
CARA MEMASAK:
- Cuci ayam dan toskan dan ketepikan.
- Panaskan minyak sapi dengan api perlahan.
- Tumiskan bahan rampah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
- Masukkan rempah Kao Mok Gai dan terus kaca, setelah garing masukkan akar ketumbar dan air.
- Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
- Tutup api dan angkat ayam kemudian toskannya.
- Gaulkan ayam dengan satu sudu remah Kao Mok Gai, sedikit serbuk kunyit dan garam. Gaul rata dan perapkan seketika.
- Sementara itu sediakan nasi, Masukkan tujuh cawan air rebusan ayam dalam periuk elektrik bersama susu cair, bila mendidih , perasakan dengan garam secukupnya sebelum dimasukkan beras yang telah ditoskan tadi.
- Tutup periuk dan biarkan nasi masak seperti biasa.
- Sementara nasi masak, panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam yang telah diperap tadi menggunakan api sederhana.
- Setelah garing angkat dan hidang bersama nasi Kao Mok Gai bersama hirisan timun, tomato dan sos cili Thai.

LEMPENG TELUR UDANG RANGUP THAI (HOT TOD)
BAHAN-BAHAN:
- 200gm udang | buang kulit
- 1/2 cawan tauge | buang ekor
- 1/2 cawan daun ketumbar | hiris
- 1/2 sudu teh sos ikan
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 1/2 biji bawang besar | dadu halus
- 3 biji telur
- 2 sudu makan tepung ubi
- Garam secukup rasa
- Serbuk lada hitam secukup rasa
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali leper
- Sementara itu campurkan tepung ubi, garam,serbuk lada hitam dan sedikit air.
- Kemudian tuang adunan ke dalam kuali, kemudian letakkan isi udang, sedikit hirisan bawang dan daun ketumbar di atasnya,
- Kemudian tuang bancuhan telur yang telah dikacau dengan sedikit garam, sos ikan di atas dan ratakan
- Tambah lagi isi udang, daun ketumbar, hirisan bawang dan tauge.
- 6 Apabila nampak garing anda boleh balikkan pancake. Untuk rasa lebih ranggup.
- Jika tidak mahu, anda boleh terus hidangkan dengan sos cili Thai.

KUIH IKAN PEDAS THAI (TOP MAN PLA)
BAHAN-BAHAN:
- 300gm isi ikan siakap | asingkan kulit dan hancurkan isinya
- 1 biji telur
- 2 sudu makan hirisan halus kacang panjang
- 3 helai daun limau purut | mayang halus
- 1 sudu teh gula
- 1 sudu teh garam
- 1 1/2 pes kari merah Thai
- 2 cawan minyak masak
ACAR TIMUN:
- 2 sudu makan cuka makan
- 1 sdu makan gula
- 1/2 batang timun | potong dagu atau hiris nipis
- 1 tangkai cili merah
- 1 sudu makan kacang tanah yang telah ditumbuk kasar
CARA MEMASAK:
- Potong dadu isi ikan dan masukkan dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus.
- Keluarkan masukkan dalam mangkuk adunan.
- Campurkan bersamanya telur, hirisan kacang panjang, daun limau purut, garam, gula dan pes kari merah Thai. Adun rata.
- Kemudian panaskan minyak dalam kuali, bentukkan doh ikan bulat-bulat kecil kemudian goreng menggunakan api sederhana.
- Goreng hingga bebola ikan bertukar menjadi keperangan. Angkat dan toskan.
- Sementara itu sediakan acar timun. Campurkan garam, gula dan cuka secukup rasa dan kemudian gaulkan dengan timun, bawang merah dan cili Thai.
- Hidangkan bersama dengan Top Man Pla serta nasi putih.

KUETIAU (PHA THAI)
BAHAN-BAHAN:
- 300gm mi Thai
- 2 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah Thai
- 100 udang dibuang kulit
- 50gm tauge
- 1 sudu teh serbuk cili Thai
- 10gm daun bawang| potong 3 cm
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 1 sudu makan sos ikan
- 2 sudu makan minyak masak
- 2 biji telur
BAHAN PELENGKAP:
- 1 hiris limau nipis
- Sedikit tauge dan daun bawang
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
- Masukkan udang, kacau lagi hingga udang masak.
- Diikuti mi Thai dan jus asam jawa, serbuk cili Thai dan sedikit air gaulkan 2-3 minit.
- Akhir sekali masukkan tauge, daun kucai, gula dan garam secukup rasa.
- Tolakkan ke tep kuali mi Thai, tambah sedikit minyak dan pecahkkan telur di dalamnya.
- Kacau rata, apabila sudah berketul-ketul, gaulkan besama Pha Thai.
- Angkat dan hiaskan dengan bahan pelangkap, taburkan cili flakes, hirisan limau nipis, daun bawang dan tauge sebelum dihidangkan.
Kongsi Idea Sajian Sarapan Timur Dan Barat… Cepat Dan Mudah!

Bosan dengan menu yang sama untuk sarapan, cuba gabungkan pilihan resipi timur dan barat ini. Yang penting cara memasaknya mudah dan cepat. Jika mahu cepat lagi siapkan bahan-bahannya di sebelah malam. Sajian sarapan paling penting untuk memulakan hari anda dan anak-anak. Dengan menu ringkas ini, pasti anda ada masa untuk memasaknya.
POPIA LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:
- 250 gm sengkuang } disagat halus memanjang
- 150 gm lobak merah }disagat halus memanjang
- 5 gm bawang putih
- 25 gm udang kering } disangai dan ditumbuk
- 15 gm serbuk lada hitam
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit minyak untuk menumis
- Sedikit tepung gandum dan air } satukan untuk dijadikan ‘gam’
- Kulit popia secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang putih hingga terbit wangi.
- Masukkan udang kering, garam, gula, serbuk lada hitam dan teruskan menggoreng hingga sebati.
- Masukkan sengkuang dan lobak merah. Gaul sebati dan tutup api.
- Toskan supaya tiada air lebihan di dalam inti tersebut.
- Ambil sekeping kulit popia,letakkan sedikit inti di tengah-tengah kulit popia, tutup penjuru kiri dan kanan.
- Kemudian gulung dari hujung atas ke bawah. Gunakan campuran air dan tepung sebagai gam untuk mengemaskan lipatan gulungan. Ulangi langkah hingga selesai.
- Setelah itu, panaskan minyak di dalam kuali dan bolehlah menggoreng popia. Angkat setelah cukup masak dan kulitnya bertukar kekuningan.
- Toskan dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jangan masak inti terlalu lama setelah memasukkan sengkuang dan lobak merah ke dalam kuali kerana ianya akan melayukan sengkuang dan lobak merah serta tidak rangup.
NASI GORENG TOM YAM

BAHAN-BAHAN :
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 biji telur
- 1/4 bawang besar
- 75 g isi ayam
- 5 ekor udang
- 3 sudu besar sayur campuran
- 1/2 sudu besar pes tom yam
- 250 g nasi sejuk
- 1 sudu kecil sos ikan
- Sedikit perahan jus limau
CARA MEMASAK:
- Panaskan ½ sudu minyak dalam kuali dan goreng telur yang dipukul cara dadar.
- Potong telur dadar dalam kepingan kecil. Ketepikan.
- Panaskan baki 1 ½ sudu besar minyak dalam kuali. Masukkan bawang ke dalam kuali dan tumis sehingga wangi.
- Masukkan ayam, udang dan kacau sehingga ia separuh masak, diikuti dengan sayur campuran.
- Masukkan pes tom yam dan kacau sebati sebelum masukkan nasi sejuk.
- Tambah sos ikan dan telur ke dalam kuali. Kacau secara berterusan untuk rasa yang sebati dengan semua bahan-bahan.
- Sendukkan nasi goreng yang telah siap dan masukkan perahan jus limau.
- Siap untuk dihidangkan.
SPAGHETI KEJU

BAHAN-BAHAN :
- 340g spagheti
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 3 ulas bawang putih dicincang
- 200ml krim berat
- 200ml sup ayam
- 300g keju Itali dicincang
- Secubit Garam
- lada hitam secukup rasa
- 2 sudu besar parsley segar dicincang
CARA MEMASAK :
- Didihkan air dalam periuk besar dengan sedikit garam untuk merebus spagheti.
- Buang sebahagian air yang direbus, tinggalkan sedikit dalam anggaran satu cawan air, di dalam periuk.
- Sementara itu, dalam kuali yang lain dengan api yang sederhana, panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum, kemudian tambah krim berat, sup ayam, dan 1/2 cawan air.
- Tambah spagheti dan gaul sebati. Biarkan seketika.
- Padam api dan tambah keju. Kacau atau kiraikan, tambah lebih banyak spagheti sehingga sos mencapai rasa yang diinginkan.
- Perasakan dengan garam dan lada hitam, hiaskan dengan pasli, dan siap untuk dihidangkan.
FRITTATA BERKEJU
BAHAN-BAHAN :
- 5 biji telur
- 30 gram susu segar
- 25 gram cendawan butang (dihiris)
- 25 gram bawang merah (dipotong dadu)
- 25 gram lada benggala merah (dipotong dadu)
- 25 gram lada benggala kuning (dipotong dadu)
- 10 gram daun bawang
- 25 gram keju Cheddar (diparut)
- 25 gram keju Mozzarella (diparut)
- 10 gram mentega
- Garam
- Lada putih
CARA MEMASAK :
- Pukul telur bersama susu segar, garam dan lada putih hingga sebati.
- Kemudian, panaskan kuali dan cairkan mentega. Tumis bawang merah, cendawan, lada benggala merah dan kuning sehingga naik bau.
- Seterusnya, masukkan adunan telur tadi dan kacau bersama bahan tumisan berserta sayuran tadi.
- Apabila sekata, masak campuran telur berisi sayur dan taburkan dengan hirisan daun bawang hingga separa masak.
- Akhir sekali, taburkan parutan keju Cheddar dan Mozzarella di atas permukaan telur dan bakar di dalam ketuhar selama 10 minit dengan suhu 170 darjah Celsius.
- Sedia untuk dihidang.
VOLCANO BEEF CHEEZY ONION

BAHAN-BAHAN:
- 200 gram keju Mozzarella (dipotong dadu kecil)
- 400 gram daging cencang
- 3 biji bawang Holland (dibelah dua)
- 5 helai daun oregano (dicencang halus)
- ½ kg serbuk roti
- 2 biji telur
- 300 gram tepung gandum
- 1 sudu teh paprika
- Serbuk perasa
- Keju krim (untuk sos)
- Minyak masak (untuk menggoreng)
CARA MEMASAK :
- Gaul daging cencang bersama daun oregano, paprika dan serbuk perasa.
- Belah bawang Holland kepada dua bahagian dan leraikan.
- Kemudian, masukkan daging yang telah siap digaul tadi ke dalam bawang dan sumbatkan bersama keju Mozzarella.
- Bulat-bulatkan dan gaul di dalam tepung gandum.
- Sesudah itu, celupkan ke dalam telur dan serbuk roti.
- Akhir sekali, goreng hingga berwarna keemasan.
- Boleh dihidangkan bersama keju krim.
KACANG POOL

BAHAN-BAHAN :
- 1 tin kacang parang
- 300 gram daging cencang
- 1 tin kecil tomato puri
- 3 ulas bawang putih – kisar
- 5 biji bawang merah – kisar
- Satu biji telur – digoreng
- 3 sudu minyak
- Garam dan gula secukup rasa
Hiasan:
- 1 biji limau kasturi – potong dua
- 1 biji cili hijau – hiris
- 1 biji bawang merah – potong kecil
Cara Membuat:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
- Masukkan daging cencang, masak hingga kekuningan
- Kemudian, masukkan tomato puri. Kacau seketika.
- Selepas itu, masukkan kacang parang, garam dan gula secukup rasa.
- Kacau dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
- Angkat dan masukkan ke dalam pinggan.
- Di atas pinggan, letakkan telur mata, kemudian hiaskan dengan hirisan limau kasturi, cili hijau dan bawang merah.
- Boleh dinikmati bersama roti putih.
Resepi: Mingguan Wanita
Foto: Kumpulan Media Karangkraf
Sedap & Puas Makan. Begini Cara Masak Kuah Oden Ala Family Mart

Oden merupakan sejenis makanan musim sejuk bagi masyarakat Jepun yang terdiri dari bahan-bahan seperti telur rebus, lobak putih, kek ikan dan sebagainya yang dimasak di dalam sup. Kiranya lebih kurang macam yong tau fu lah tapi lebih berkuah. Hidangan Oden ni mula popular di Malaysia sejak diperkenalkan di Family Mart hinggakan ramai sanggup beratur panjang demi menikmati semangkuk Oden ni. Bagi yang nak cuba masak sendiri hidangan ni, resipi Oden homemade perkongsian saudari Rosmaliza Omar ni boleh dicuba.
RESIPI ODEN HOMEMADE ALA FAMILY MART

BAHAN-BAHAN:
1 peket perencah Asam Pedas Adabi – beli online disini
1 peket perencah Tom Yum Adabi – beli online disini
Bahan-bahan Yong Tau Foo (fishball, fishcake, filamen ketam dan lain-lain)
2 sudu teh gula
1 kiub pati ayam – beli online disini
Air secukupnya
1 tangkai daun ketumbar – dicincang kasar
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan perencah Asam Pedas dan perencah Tom Yum. Jika nak kuah pekat boleh tambah lebih perencah lagi.
2. Masukkan kiub pati ayam dan gula. Biarkan mendidih sekejap baru masukkan bahan-bahan Yong Tau Foo yang dicucuk dengan lidi sate.
3. Biarkan mendidih dan perencah meresap masuk ke dalam bahan yong tau foo.
4. Tutup api dan taburkan daun ketumbar yg di cincang kasar. Siap bolehlah dihidang panas.

Kredit resipi & foto: Rosmaliza Omar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masak Siakap Kengsom Sedap. Cuba Resipi Ni Tak ‘Try’ Lain Dah
Mudah Masak Pisang Goreng. Tepung Rangup Krup Krap Memang Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

