Kuih Nekbat adalah salah satu dari kuih tradisional orang Pantai Timur yang sangat popular bila tibanya bulan Ramadan. Bentuk dan rupanya seakan bahulu namun rasanya tawar dan teksturnya lebih keras. Untuk menikmatinya, ia perlu dimasak terlebih dahulu bersama air gula. Sangat sedap malah lebih enak jika dinikmati sejuk. Nak cuba? Saudari Suraya Rahman ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT SIRA KUIH NEKBAT SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Sangai tepung terlebih dahulu kemudian sejukkan.
2. Pukul telur menggunakan mesin pengadun hingga kembang dan gebu.
3. Kemudian masukkan sedikit pewarna kuning telur. Matikan pengadun.
4. Masuk tepung beras sedikit demi sedikit sambil kaup balik adunan hingga sebati.
5. Panaskan acuan kuih cara di dalam ketuhar. Kemudian keluarkan dan oles sedikit minyak.
6. Sudukan adunan ke dalam acuan kuih cara dan bakar pada suhu 150C menggunakan api atas bawah.
7. Bila Nekbat sudah kekuningan, ia menandakan kuih ini telah masak.
8. Keluarkan dan ulang langkah hingga adunan habis.
Untuk menikmatinya, ia perlu disira terlebih dahulu. Begini cara-caranya.
RESIPI SIRA NEKBAT
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan air gula dan masak hingga sedikit pekat.
2. Kemudian masukkan nekbat. Biar nekbat menyerap air gula.
3. Angkat nekbat tadi dan masak lebihan air gula dalam periuk hingga pekat.
4. Setelah pekat, siram air gula ke atas nekbat.
5. Sejukkan dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dinikmati.
6. Nekbat enak dimakan ketika dingin.
Kredit resipi & foto: Suraya Rahman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official