Kuih yang menjadi kegemaran ramai dikala berbuka puasa. Memang terbaik! Ketika menghasilkan kuih ini, acuan lompang perlu disapu minyak masak bagi memudahkan kuih dikeluarkan dari acuan apabila masak.
Bahan A:
- 1 biji telur
- 125gm gula kastor
- 250ml santan (125ml santan kotak + 125ml air)
- 145gm tepung gandum
Bahan B:
- 125ml santan
- 125ml air pandan (5 helai daun pandan + 125ml air. Kisar dan tapis airnya)
- 55gm gula halus
- 30gm tepung jagung
- 1/4 sudu teh garam
- Sedikit pewarna hijau epal
- Sedikit pandan emulco ( jika suka)
Bahan C:
- 250ml santan (125ml santan + 125ml air)
- 1 sudu makan tepung gandum
- 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Untuk bahan A, satukan gula, tepung dan santan. Kacau rata.
- Masukkan telur yang dipukul dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul. Ketepikan.
- Bagi bahan B, satukan air pandan dan santan. Campurkan gula, tepung jagung, garam dan pandan emulco. Pukul hingga rata dan sebati.
- Masak adunan hingga berkilat dan sedikit pekat dengan api sederhana.
- Tuangkan adunan A ke dalam adunan B sedikit demi sedikit dan kacau rata hingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.
- Satukan kesemua bahan C dan kacau sebati. Masak sehingga pekat. Tutup api dan sejukkan sedikit sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.
- Panaskan pengukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang.
- Tuangkan 3/4 penuh acuan lompang dengan adunan hijau.
- Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau sehingga adunan naik dan memenuhi acuan lompang.
- Susun di dalam pengukus dan kukus selama 7-10 minit.
- Angkat dan biarkan ia sejuk sebelum dikeluarkan daripada acuan lompang. Sedia dinikmati.