Rupanya ramai yang suka kuih peneram panas-panas kan. Kalau buat kuih ni, goreng je habis. Goreng je habis. Kita pun tak menyempat nak merasa.
Menerusi perkongsian daripada saudari Abby Razy, dia memang menyediakan doh lebih awal kerana apabila nak makan, terus goreng saja sebab sedap makan panas-panas. Umpama rangup dan cair di mulut.
Ada 2 bahan asas iaitu tepung beras dengan gula merah. Kuih ni agak renyah, silap haribulan macam makan batu. Tapi berbaloi kalau buat sendiri.
RESIPI KUIH PENERAM TRADISI
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung beras – beli online di sini
500gm gula merah – beli online di sini
1 sudu kecil garam (sukatan manja-manja)
2 cawan air (cawan nescafe, sukatan manja-manja je, jangan penuh-penuh)
TONTON Makan Di Mana Ep16: Sekali Pekena Gerenti Tersandaq…
TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung
CARA-CARA:
1. Panaskan gula merah dan air. Biar tiga kali menggelegak tau supaya molekul dan partikel dalam gula pecah. Itu rahsia rangup dan rapuh.
2. Masukkan air gula yang panas tu ke dalam tepung. Pastikan ditapis.
3. Kacau sebati sehingga adunan jernih dan cantik.
4. Kemudian wajib peram sekurang-kurangnya 24 jam Rajin-rajinkan menguli ya.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
NOTA UNTUK BAHAGIAN PERAM:
*Doh ni memang tahan lama sebab tu, saya berani buat postage. Paling sedap doh diperam 3 hari dan ke atas pada suhu bilik ya.
*Jangan peram dalam peti ais. Kita nak tepung dan gula sebati serta mesra bersama.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
NOTA:
*P/S: Kalau doh lembik, tambah 1 sudu tepung beras. Kacau sampai adunan bertali. Waktu panas memang adunan agak lembik, tapi bila dah sejuk baru jadi cantik.
*P/S 3 : Tiga kali menggelegak gula tu maksudnya, bila dah gelegak tutup api. Kacau sekejap, nanti buka lagi sampai mnggelegak. Ulang langkap ni sampai 3 kali atau lebih.
*Tepung yang saya guna adalah cap Teratai, bukan 3 teratai tau tapi cap Teratai. Ada yang pernah cuba cap gajah, tapi mendukacitakan.
*Untuk gula merah, saya pernah cuba yang tongkol tu. Orang Terengganu panggil nissang tapi bukan asli sebaliknya yang campur. Hasil dohnya, warna pucat dan bila goreng agak keras. Saya cuba beli gula merah timbang, hasilnya warna cantik sangat dan kuih pun rapuh sedap.
*Orang tua zaman dulu guna daun pisang, kemudian lepas goreng (klik video di sini) letak tempat yang ada angin untuk lembutkan. Tapi saya suka yang rangup.
Kredit resipi: Abby Razy
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
https://www.rasa.my/lain-orang-lain-cara-wanita-ini-kongsi-cara-buat-pau-naik-gebu/
https://www.rasa.my/hanya-uli-guna-tangan-resipi-mudah-roti-manis-gebu/
https://www.rasa.my/ikut-cara-ini-jika-nak-bagi-kuih-bijan-lekat-elok/
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: