Melalui facebook Rasa Share Resipi, Hidayati Hana telah berkongsi resipi kuih permata zamrud. Kuih ini nampak sangat mewah dengan rona hijau putih. Ditambah pula dengan inti kelapa yang dimasak bersama gula merah. Manis-manis lemak gitu. Bolehlah cuba buat nanti ya.

 

KUIH PERMATA ZAMRUD

Resipi Kuih Permata Zamrud Mudah, Guna Sukatan Cawan Saja

BAHAN INTI KELAPA
3/4 cawan gula merah
1 sudu besar gula putih
1/2 cawan air
Sehelai daun pandan (disimpul)
1 biji kelapa parut (ambil yang putih sahaja)
1 sudu besar tepung gandum

CARA MEMASAK INTI KELAPA
1. Dalam kuali, masak gula merah, gula putih dan air. Masukkan daun pandan sehingga gula larut.
2. Selepas gula larut, masukkan kelapa parut dan gaul sebati.
3. Apabila sudah kering, masukkan tepung gandum dan tutup api.
4. Biarkan sejuk. Kemudian bulat-bulatkan. Ketepikan.

IKLAN

Resipi Kuih Permata Zamrud Mudah, Guna Sukatan Cawan Saja

RESIPI ADUNAN HIJAU
1 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1/2 cawan air
Pewarna hijau

CARA BUAT ADUNAN HIJAU
1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
2. Tuang air sedikit demi sedikit. Kemudian letak pewarna hijau. Uli sebati hingga jadi doh.
3. Ambil doh dan bulatkan. Leperkan sedikit untuk senang masukkan inti.
4. Tutup semula dan bentukkan bulat-bulat.
5. Masukkan dalam bekas kuih lompang yang sudah disapu sedikit minyak masak.
6. Sudah siap, ketepikan.

IKLAN

ADUNAN PUTIH
2 cawan santan
1 cawan air
1/2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
Sehelai daun pandan

CARA MEMBUAT ADUNAN PUTIH
1. Untuk adunan putih pula, campurkan semua bahan dalam periuk.
2. Masak sehingga sedikit pekat tapi jangan likat sangat.
3. Apabila siap, tutup api.

CARA MEMASAK
1. Tuangkan adunan putih ke dalam acuan lompang. Jangan isi penuh sangat.
2. Ulangi langkah ini sampai habis adunan.
3. Panaskan pengukus.
4. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana.

IKLAN

Resipi Kuih Permata Zamrud Mudah, Guna Sukatan Cawan Saja

Selamat mencuba!

Kredit: Facebook Hidayati Hana

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan?  Klik sini.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI