Ramai yang suka makan Kuih Pulut Sekaya atau juga dikenali dengan nama Kuih Tok Aji Serban tetapi tak berani nak cuba masak sendiri di rumah kerana risau kuih ini sukar untuk dihasilkan. Jangan bimbang, sebenarnya mudah sahaja. Anda boleh rujuk resipi langkah demi langkah perkongsian saudari Faizah Diandra Khalid. Lengkap dengan gambar. Barulah mudah untuk dirujuk. Jom cuba! Hasilnya memang enak dan beliau guna resipi ini untuk jualan juga. Selamat mencuba!

CARA MASAK KUIH PULUT SEKAYA YANG SEDP & MUDAH

Resipi Kuih Pulut Sekaya Sedap, Mudah & Gerenti Jadi
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur
5 ketul gula melaka beli online disini
2-3 sudu gula
1 cawan air
Daun pandan
Sedikit esen vanilla beli online disini
3 pot beras pulut (rendam sekejap)beli online disini
1 cawan santan
Sedikit garam
Air secukupnya
Sedikit tepung gandum beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur dalam bekas dan pukul manja. Ketepikan.
2. Satukan gula melaka, gula, 1 cawan air dan daun pandan. Masak hingga gula cair.
3. Bila larutan gula telah sejuk, campurkan ke dalam bekas berisi telur tadi.
4. Masukkan sedikit esen vanilla. Kacau sebati.
5. Ambil beras pulut yang telah direndam tadi. Masukkan ke dalam loyang.
6. Masukkan santan dan sedikit garam. Masukkan juga air. Sukatannya hingga paras pulut sahaja.
7. Kukus pulut hingga masak sempurna.
8.Bila pulut sudah masak, tekan pulut supaya mampat dan padat dalam loyang.
Resipi Kuih Pulut Sekaya Sedap, Mudah & Gerenti Jadi9. Cucuk permukaan pulut menggunakan garpu dan tabur sedikit tepung. Ia bertujuan supaya adunan melekat pada pulut.
Resipi Kuih Pulut Sekaya Sedap, Mudah & Gerenti Jadi10. Tuang adunan telur tadi dan kukus sekali lagi hingga masak.
Resipi Kuih Pulut Sekaya Sedap, Mudah & Gerenti Jadi11. Sejukkan seketika dan Pulut Sekaya sedia untuk dinikmati.

Resipi Kuih Pulut Sekaya Sedap, Mudah & Gerenti Jadi

Kredit resipi & foto: Faizah Diandra Khalid

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

IKLAN

Suka makan? Dapatkan lebih banyak resipi harian yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Buat Sendiri Risoles Sedap, Mudah & Tak Guna Banyak Bahan

Risoles Ragout Ayam. Sajian Minum Petang Sedap & Simple

IKLAN

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

IKLAN

 

Tonton lebih banyak video masakan terbaru yang mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI