Resipi Kuih Puteri Mandi Sedap, Mudah & Tak Liat

Share

Anda penggemar sajian kuih muih tradisional? Salah satu yang mudah, sedap dan boleh cuba buat hari ini  adalah Kuih Puteri Mandi ini. Ia merupakan salah satu kuih tradisional popular kegemaran ramai terutamanya penduduk Pantai Timur. Sangat mudah cara pembuatannya. Saudari Aliyaisma Ariffin ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!

 

RESIPI KUIH PUTERI MANDI SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN DOH:
2 1/2 cawan tepung pulutbeli online disini
1/2 cawan tepung beras beli online disini
Air dicampur dengan pewarna hijau secukupnya (kalau nak guna air kisaran daun pandan pun boleh)

BAHAN INTI KELAPA:
1 cawan air
2 ketul gula melaka bersaiz besar beli online disini
2 helai daun pandan
1 cawan parutan kelapa muda

 

Dapatkan MITSUTOYO RECHARGEABLE PERSONAL BLENDER SET dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMASAK:
1.Untuk membuat doh, satukan semua tepung dan masukkan air dengan secukupnya. Sukatan air hanyalah hingga mendapat bentuk doh yang elok dan tidak melekat di tangan.


2. Cubit doh, bulatkan ikut saiz sebesar ibu jari dan tekan dibahagian tengahnya.
3. Didihkan air dalam periuk kemudian masukkan doh-doh tepung yang telah dileperkan tadi.


4. Masak hingga doh timbul di permukaan air. Angkat dan toskan.


5. Untuk hasilkan inti kelapa, masukkan air ke dalam kuali dan didihkan.
6. Masukkan gula melaka. Kacau sehingga hancur sebati.
7. Masukkan juga daun pandan untuk bau yang lebih harum.


8. Seterusnya masukkan parutan kelapa muda dan kacau sebati dalam cairan gula melaka tadi.


9. Bila inti kelihatan sempurna, masukkan adunan pulut yang telah dimasak dan di toskan tadi. Gaul sebati.
10. Kuih Puteri Mandi sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Aliyaisma Ariffin

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Nur