Kuih qasidah yang lemak manis dengan taburan bawang goreng di atasnya sememangnya enak. Cumanya tak ramai yang menjual kuih tradisi ini, kalau ada pun hanya di bulan puasa.
Supaya kuih qasidah ini tak lenyap ditelan zaman elok juga jika kita belajar membuatnya. panduan yang dikongsi oleh Cahaya Indah
ini. Sukatan yang digunakan hanya satu cawan tepung jadi memang sesuai untuk yang baru mencuba.
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
2 cawan setengah air
1 sudu teh garam
1 sudu teh air kapur
2 biji bawang merah
1. Campur semua bahan kecuali bawang dalam bekas dan kacau sampai sebati.
2. Kemudian masuk adunan dalam periuk dan masak menggunakan api perlahan. Kacau sampai 15 minit. Jika suka warna kuning bubuh sedikit pewarna kuning ketika ini.
3. Dalam pada itu sapu loyang dengan sedikit minyak masak.
4. Selepas mengacau 15 minit, adunan masak dan jadi berkilat. Bolehlah dituang pada loyang tadi.
5. Potong bawang nipis nipis dan gaul dengan secubit garam (jangan lebih supaya tak masin). Kemudian goreng bawang dengan sedikit minyak sampai garing kekuningan. Tutup api.
6. Tabung bawang goreng tadi di atas kuih qasidah bersama sedikit minyak goreng bawang tadi. Siap! Biarkan sejuk kemudian barulah dipotong.
Sumber: Cahaya Indah