
Kuih Sagu antara kuih yang paling mudah nak buat tapi ramai juga yang tak tahu. Guna resipi ni pasti menjadi. Tak lembik dan nampak elok je. Jom cuba. Hanya guna 3 bahan sahaja.
KUIH SAGU
BAHAN-BAHAN:
Sagu
Gula
Sirap
Kelapa parut – untuk menyalut sagu
(Kuantiti ikut citarasa masing-masing)
CARA MEMASAK:
1. Rendam sagu selama sejam. Dah kembang, toskan sekejap.

2. Masukkan sagu ke dalam loyang. Tambahkan gula (ikut kemanisan yang disukai) dan masukkan sirap pun ikut tahap mana nak. Kalau nak warna terang,letak lebih Gaul rata.

3. Dah siap gaul, sagu akan jadi macam ni. Tak perlu tambah air.

4. Panaskan periuk kukusan dan kukus sagu hingga bijinya menjadi berkaca atau berkilat.

5. Bila dah siap, tutup api dan sejukkan.

6. Potong sagu mengikut saiz yang dikehendaki.

7. Gaul dengan kelapa Jika guna kelapa parut tua, kukus seketika. Jika guna kelapa parut muda, tidak perlu kukus. Hanya gaul kelapa dengan sedikit garam sahaja.

8. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nor Shakinah Md Zainal
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Talam Keladi Lemak Terasa

Ada yang teringin dengan kuih talam keladi? Buat yang teringin dan nak makan puas, min share resipi oleh Puan Nor Wahid. Mungkin dah ramai yang tahu buat..tak apa saya share lagi resipi untuk yang baru nak try buat talam keladi. Ini cara saya sebab talam keladi ni banyak versi membuatnya.
Lapisan Bawah A
220gm tepung beras – BELI DI SINI
50gm tepung ubi – BELI DI SINI
2 sudu teh garam
300 ml santan pekat
550 ml air
Bahan B
300 gm keladi.. buang kulit, potong dadu kecil n kukus n timbang
Cara-cara
Step 1 Bahagian Bawah
keladi dibuang kulit, potong dadu kecil dan kukus dan timbang . Kukus dulu baru timbang. 300gm. Toskan airnya. Biarkan, sementara itu kita siapkan langkah seterusnya
Step 2 Bahagian Bawah
Bancuhkan 220gm tepung beras, 50gm tepung ubi, 300ml santan, 550ml dan 2 sudu teh garam.. kacau sebati, tapis ke dalam periuk
Step 3 Bahagian Bawah
Kacau di atas api sederhana semua bahan tadi. Di sini banyak resepi kata hingga naik wap… naik wap di sini maknanya agak pekat iyer …masa kita kacau tu terasa berat
Step 4 Bahagian Bawah
Bila dah terasa berat adunan tadi, tutup api terus masukkan keladi dan kacau terus.. bab ni tak perlu keladi dengan api menyala, sebabnya keladi sudah masak tadi kita kukus.. sebab itulah sebaik sahaja terasa berat maknanya pekat adunan terus tutup api dan masukkan keladi dan kacau dengan spatula pula.
Step 5 Bahagian Bawah
Curahkan ke dalam loyang 10×10 yg dilapik plastik. Cara melapik ialah dengan basahkan sedikit loyang dengan air, kemudian letakkan plastik 16×16 dan sapukan sedikit minyak dikeliling dinding loyang .Dengan ini plastik melekat atas dengan cantiknya di BELI DI SINI
Kukus selama 30 minit…sementara tunggu lapisan bawah masak, kita terus boleh siapkan bahan untuk lapisan atas
Lapisan Atas-Kepala
140gm tepung gandum – BELI DI SINI
20gm tepung beras
240gm gula halus
2 biji telur grade A (3 biji gred B) – BELI DI SINI
200ml santan pekat
400ml air
sedikit pewarna ungu
1/2 sudu garam
Cara-cara
Step 1 Bahagian Atas
1- Masukkan 240gm gula dan ½ sudu teh garam ke dalam periuk.. di sini saya tidak campurkan dalam adunan gandum + santan sebab gula lambat hancur.
2-Dalam bekas lain, campurkan 140gm gandum , 20gm tepung beras, 200ml santan , 400ml air, 2 biji telur dan sedikit pewarna purple.Kacau rata dan sebati.
Step 2 Bahagian Atas
1- Bila sudah sebati adunan di step 1, tapis ke dalam periuk yang berisi gula dan garam tadi..
2- Kemudian kacau di atas api sederhana hingga naip wap..naik wap di sini maknanya tidak cair dan tidak pekat. Cara saya ialah saya tonggeng sikit periuk dan kalau nampak ada sikit sikit adunan melekat di periuk, terus saya tutup api.
3.Kemudian tuang di atas lapisan keladi dengan perlahan…lapisan keladi tadi jangan lupa cakar manja dengan garpu sebelum tuang bahagian atas, agar ia lekat tidak tanggal nanti. Jangan terus tuang gitu saja tau, biarkan adunan itu jatuh di atas spatula.
Kukus lagi 40 minit …. 30 minit tak berapa nak masak .
Saya tutup loyang dengan aluminium foil sebab saya malas nak lapkan tutup pengukus tiap 5 minit … kalau adik kakak rajin lap tutup pengukus tak payah guna aluminium foil.
Kredit : MrsNor Wahid
#mahn
Dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini
https://www.rasa.my/talam-jagung-coklat-hidangan-minum-petang-yang-sempurna/
https://www.rasa.my/resipi-kuih-seri-muka-mini-sedap-mudah-tak-perlu-kukus-lama/
https://www.rasa.my/resipi-tepung-boko-ubi-kayu-sedap-mudah-tak-guna-banyak-bahan/
Resipi Karipap Ikan Tersohor, Mudah Saja Nak Buat


Karipap ikan ni senang jumpa di kampung-kampung kawasan Terengganu. Bila dah lama tak dapat balik sana, kenalah buat sendiri.
Menerusi perkongsian daripada Hajar Mohd ini, proses untuk membuat karipap ikan yang tersohor ini tidaklah terlalu rumit, malah senang sangat.
RESIPI BUAT KARIPAP IKAN

BAHAN UNTUK KULIT:
4 cawan tepung gandum (anggaran ½ kampit) – beli online di sini
½ sudu teh garam – beli online di sini
½ cawan minyak masak – beli online di sini
1 cawan air sejuk (air berais lagi bagus)
TONTON Dapur Rasa – Projek Air Tangan Emas
TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung
CARA-CARA:
1. Masukkan tepung gandum dalam bekas dan letakkan garam. Gaul rata. Kalau tak letak garam nanti tawar pula.

2. Panaskan minyak masak. Panaskan betul-betul. Bila minyak dah panas mendidih, terus tuang dalam bekas tepung gandum tadi. Cepat -cepat gaul minyak panas dengan spatula. Kalau tiada spatula, guna jelah senduk ke sudip ke garpu pun boleh.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


3. Bila tepung tadi dah sejuk sikit, ramas-ramas dengan tangan supaya adunan tak berketul.

4. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh. Tutup doh dan rehatkan sekurangnya 10-15 minit. Tapi saya rehatkan sejam.
[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]

RESIPI INTI IKAN
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan (saya guna ikan Selayang)
1 sudu teh halba – beli online di sini
5 ulas bawang merah | dimayang – beli online di sini
1 inci halia | dimayang halus – beli online di sini
2 cawan santan – beli online di sini
CARA-CARA:
1. Rebus ikan. Saya rebus dengan air jer. Jika anda nak rebus letak asam keping atau garam atau backhoe pun tak apa.

2. Perisi ikan, asing tulang dia betul-betul supaya tak tercekik nanti. Isi ikan ini kemudian ditumbuk. Isi ikan tu tumbuk hancur. Saya tak kisar sebab sengaja nak tekstur ikan tu kasar sikit best masa makan nanti.

3. Masukkan santan dan isi ikan ke dalam kuali. Hidupkan api dapur dan masukkan bahan mayang tadi (bawang,halia dan halba).



4. Part ni kena sabar, lenguh-lenguh juga kaki berdiri nak tunggu kuah santan tu kering. Mujur saya guna santan pekat cepat sikit kering. Tapi kali ini saya nak try inti tu tak kering sangat. Nak rasa yang lembab-lembab.

5. Dah canai kulit karipap jadi leper, masukkan inti dan kelim tepi dengan kemas.

6. Goreng semua karipap tadi. Kalau nak kulit licin, guna api perlahan. Kalau nak kulit jerawat guna api kuat. Kalau malas goreng. Guna jelah air fryer.

Kredit resipi: Hajar Mohd
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Lengkap Roti Naan Cheese, Ayam Tandoori & Keema Daging
Sedapnya Tauhu Bergedil Ketam, Setiap Gigitan Terasa Isi Ketam!
Resipi Chicken Chop Rangup Tanpa Salut Tepung, Tak Guna Minyak
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Buat Sendiri 6 Kuih Inti Manis Lagend Ni Baru Puas Hati.

Teringin makan kuih berinti manis untuk teman secawan kopi di petang hari. Ini RASA bawakan empat jenis kuih muih tempatan berinti manis, mudah disedia dan ringkas bahan-bahannya, Paling penting rasa tidak pernah mengecewakan, memang berbaloi buat sendiri. Tak percaya, cubalah kuih ketayap, bagaikan terasa-rasa di hujung lidah rasa manis intinya dan lembut lapisan tepung yang membungkus inti. Tak berkenan kuih ketayap ada lagi lima yang lain boleh korang cuba buat dan nikmati rasanya.

KUIH KETAYAP
BAHAN-BAHAN
Kulit:
- 1 cawan tepung gandum
- 2 biji telur
- 3 helai daun pandan
- 1 1/2 cawan santan
- 1 1/2 sudu teh garam
- 2 sudu makan minyak masak
- Beberapa titis pewarna hijau
Bahan Inti:
- 1/2 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
- 3/4 cawan gula merah
- 1/2 sudu teh garam
- 2 helai daun pandan | disimpulkan
- 1/2 cawan air
- 2 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan inti, didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
- Kemudian masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
- Taburkan tepung gandum. Kacau rata. Sejukkan inti.
- Untuk sediakan kulit: Kisar daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
- Seterusnya, campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
- Masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan sebati.
- Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
- Sapukan kuali dengan sedikit minyak.
- Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali. Biarkan kuih masak.
- Ketepikan. Lakukan cara yang sama hingga habis adunan.
- Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
- Ambil sesudu penuh inti, letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.
- Sedia dihidangkan.

KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 250 g tepung pulut
- 1/2 cawan tepung pulut hitam
- 2 sudu besar tepung gandum
- secubit garam
- 1 1/2 cawan air
- 1 cawan pati santan | dicampur sedikit garam
- Minyak masak secukupnya
- Daun pisang | dilayur atas api kecil
Bahan Inti:
- 1 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
- 1 ketul gula Melaka
- 1 cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan |disimpul
- 1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
- Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
- Masak hingga gula hancur.
- Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
- Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit.
- Angkat dan sejukkan.
- Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas.
- Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
- Jika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan.
- Ambil sehelai daun pisang, sapu dengan minyak pada permukaan daun pisang tadi.
- Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu sudu teh inti.
- Tutup inti dengan doh dan letakkan satu sudu teh santan pekat.
- Kemudian lipat seperti biasa.
- Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit.

ONDE-ONDE BUAH MELAKA
BAHAN-BAHAN:
- 500 gram tepung pulut
- 4 helai daun pandan | dikisar dengan 1 /2 cawan air
- 1 cawan air
- Gula melaka | dipotong kiub
- Kelapa parut putih secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan air dalam periuk., jika suka.
- Tepung pulut dimasukkan ke dalam mangkuk adunan.
- Kemudian tuang jus daun pandan, gaul rata. Tambah air sedikit demi sedikit dan adun hingga mendapat doh yang tidak melekat ditangan dan mangkuk adunan.
- Sementara itu, gaul kelapa parut dengan sedikit garam atau secukup rasa.
- Letakkan kelapa parut ke dalam loyang dan ratakan.
- Seterusnya, ambil sedikit adunan doh, leperkan dan masukkan satu kiub gula melaka, tutupkan guna melaka dengan doh dan bulat-bulatkan seperti guli.
- Masukkan ke dalam air mendidih. Buat 10 – 15 biji sekali rebus.
- Bila onde-onde timbul pada permukaan air mendidih, biarkan dalam 30 saat lagi, keluarkan dan toskan airnya.
- Masukkan dalam dalam loyang berisi kelapa parut tadi.
- Golek-golekkan agar onde-onde bersalut dengan kelapa. Lakukan cara yang sama sehingga onde-onde habis direbus.

PAU GORENG INTI INTI KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung kuih pau
- 6gm yis segera
- 50gm minyak sayur
- 1/2sudu teh garam
- 100gm gula halus
- 250gm air suam
Bahan Inti:
- 200gm kacang merah
- 100gm gula perang
- 1/2 sudu teh gula merah
- 1/2sudu teh garam
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti pau. Rebus kacang merah sehingga separuh kembang.
- Kemudian masukkan kacang ke dalam bekas pengisar bersama sedikit air, kisar sehingga halus.
- Seterusnya, masukkan ke dalam periuk bersama gula perang, gula merah dan garam.
- Kacau rata dan masak sehingga pekat. Angkat dan sejukkan.
- Untuk membuat kulit pau pula. Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
- Selepas itu satukan air, yis, minyak, gula dan garam. Uli adunan ini selama lima minit.
- Bentuk doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 50gm.
- Kemudian simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
- Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.
- Kemudian isikan inti dan bulatkan doh.
- Simpan selama sejam.
- Akhir sekali panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga pau berwarna keperangan.

KUIH CARA MANIS
BAHAN-BAHAN:
- cawan tepung gandum
- 3 cawan santan kelapa
- 2 biji telur
- 3 helai daun pandan
- sedikit pewarna hijau
- Gula pasir secukupnya | untuk dijadikan inti
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan
CARA MEMASAK:
- Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis.
- Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati.
- Tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
- Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima.
- Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan.
- Tuang adunan dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh.
- Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih.
- Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
- Setelah masak keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Lakukan hingga habis adunan.

KUIH CEK MEK MOLEK
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg ubi keledek
- Tepung gandum
- Sedikit gula
- Sedikitgaram
CARA MEMASAK:
- Rebus ubi keledek bersama sedikit garam hingga empuk.
- Angkat dan toskan, buang kulit dan lenyekkannya panas-panas.
- Gaulkan ubi yang telah dilenyek bersama tepung gandum.
- Agak-agak kelembutannya, jangan terlalu banyak tepung.
- Bentukkan doh bulat seperti bebola.
- Leperkan dan masukkan gula di tengahnya.
- Kemudian bentukkan doh dengan bentuk Cek Mek Molek.
- Panaskan minyak dan goreng kuih dengan api sederhana.

