Resipi Kuih Serabai Kuah Manis Yang Sangat Sedap.

Share

Kuih Serabai, berbentuk seakan apam yang dinikmati bersama kuah manis. Ia merupakan salah satu dari kuih tradisional orang dulu-dulu dan popular di kalangan rakyat negeri Kelantan dan Terengganu.

Jika di bandar, susah nak jumpa kuih ni. Sebenarnya nak buat kuih ni pun tak lah susah. Guna nasi sejuk, tepung beras dan beberapa bahan mudah yang lain sahaja. Teringin nak rasa? Jom cuba resipi perkongsian saudari HasnieZa Nor. 

 

CARA MASAK KUIH SERABAI KUAH MANIS

 

BAHAN KUIH SERABAI:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan nasi + 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air suam
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan air suam bersama yis dan biar sekejap dalam 5 minit
  2. Kisar nasi dengan air, garam, gula dan santan cair.
  3. Sudah kisar campurkan tepung beras bersama nasi yang dikisar. Kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan yis. Kacau sebati dan peram dalam 1 atau 2 jam.
  5. Bakar macam biasa. Sapu sedikit minyak pada pan atau acuan. Bakar dalam 10 -15 minit ye. Boleh bakar guna kuali leper atau acuan elektrik. Lebih kurang macam hendak masak lempeng.

BAHAN KUAH MANIS:

  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air + 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 helai daun pandan
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar gula
  • 2 keping gula melaka/nisan

CARA MEMASAK:

  1. Satukan tepung jagung dan air. Kacau rata.
  2. Kisarkan telur bersama santan. Kisar sekejap sahaja bagi sebati
  3. Sudah kisar masukkan semua bahan-bahan kedalam periuk. Bersama air tepung jagung tadi.
  4. Kemudian buka api dan masak macam biasa sampai gula serta gula melaka betul-betul larut.
  5. Masak dengan api perlahan. Jangan masak terlalu lama sebab santan boleh “pecah minyak”. Bila kuah mula pekat sudah kira masak.

INFO: Boleh masukkan isi durian pada kuah untuk tambah rasa durian.

 

Kredit resipi & foto: HasnieZa Nor

Published by
Nur