
Tidak kira masa, Kuih Siput rangup ni memang laris. Nak buatnya pun mudah je. Lagipun jika buat secara homemade memang lebih sedap, rangup dan puas makan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Cik Lah Pink ni. Berbaloi sangat.
RESIPI KUIH SIPUT RANGUP
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg tepung gandum
- 1 cawan marjerin
- 1 cawan gula halus
- 2 paket serbuk kari kecil
- 1 sudu teh garam
- 1 kotak kecil santan
- 1 biji telur
- Daun kari
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan dan uli hingga sebati.
- Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan cubit doh kuih siput tadi.
- Gelekkan doh pada acuan kuih siput, masukkan ke dalam minyak panas ebrsama daun kari dan goreng hingga garing.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Cik Lah Pink
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kacang Goreng Bawang Putih, Begini Cara Nak Rangup Berlemak

Sedap betul dapat menikmati kacang goreng bawang putih ni. Rasanya yang lemak masin itu buat kita tak boleh berhenti mengunyah. Dalam tak sedar, boleh habis sebalang sekali hadap je.
Dulu-dulu, ibu-ibu kita selalu buat kacang goreng ni sebagai kudapan ketika Hari Raya. Tapi, kalau bukan hari perayaan pun, masih ada juga ibu-ibu yang rajin buat kacang goreng ni sebagai kudap-kudapan.
Kalau ada yang terlupa atau tak sempat nak tulis resipi daripada ibu kita cara-cara nak buat kacang goreng bawang putih ni, bolehlah rujuk resipi hasil perkongsian Norazila Jowail. Nampak sedap hasilnya. Pertama kali goreng pun menjadi, katanya. Rangup, rasa berlemak. Sedap!
BAHAN-BAHAN:
1kg kacang besar (kacang shandong) – Boleh beli online di sini
2 cawan santan pekat
3 cawan air (anggaran terendam semua kacang)
5 ulas bawang putih – Boleh beli online di sini
½ sudu garam
Daun kari – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Pertama sekali, basuh kacang dan toskan.
Kemudian, kacang tadi dimasak dengan santan, bawang putih dan sedikit garam hingga mendidih kira-kira 20 minit.

Selepas itu, angkat dan toskan. Biarkan air santan mengering.

Kemudian, kacang tadi bolehlah digoreng. Masukkan sekali hirisan bawang putih dan juga daun kari.

Goreng sekejap sahaja, jangan lama sangat. Bawang putih dah agak kuning keemasan dan garing, terus angkat.

Semasa menggoreng, balik-balikkan kacang dan kacau tak berhenti, jangan tinggal takut hangit. Anggaran dalam 10 minit untuk dapatkan hasil kacang goreng sebegini.
Kredit: Norazila Jowail
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Nak Keria Rasa Crunchy Di Luar Lembut Di Dalam, Tambah Satu Bahan Ni
Rai Hari Kegembiraan Tanda Syukur Dengan Bubur Merah Bubur Putih
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Sata Sedap & Mudah Boleh Masak Secara Homemade

Sata adalah antara ‘street food’ popular di kalangan orang Pantai Timur. Dihasilkan dari campuran isi ikan, kelapa dan beberapa bahan lain, ia dibungkus menggunakan daun pisang dan dibakar hingga masak. Rasa lemak isi ikan dan kelapa, sedikit pedas dan wangi daun pisang, menjadikan sajian ini sangat enak sekali. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri Sata ni, saudari Sharifah Norfairuz ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
CARA MASAK SATA SEDAP SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 15 ekor ikan sardin/ selayang – buang tuang
- 8 biji bawang merah kecil India
- 5 ulas bawang putih
- 3 biji buah keras
- 1 ½ inci halia
- ½ biji kelapa parut putih
- Cili padi secukupnya – hiris
- 2 biji bawang merah besar – hiris
- 5-7 sudu gula – boleh ubah suai ikut selera masing-masing
- 2-3 sudu garam – boleh ubah suai ikut cita rasa
- Daun pisang secukupnya – dibersihkan
- Lidi atau buluh kebab secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan isi ikan, bawang merah India, bawang putih, buah keras dan halia. Kisar hingga hancur dan sebati. Tuang bahan kisar ke dalam besen.
2. Masukkan kelapa parut, hirisan cili padi, bawang merah. Gaul hingga sebati.
3. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa. Sebatikan.
4. Ambil daun pisang dan jadikan bentuk kon. Isi adunan tadi dan cucuk pada lidi atau buluh kebab. Jika nak bungkus ala Otak-Otak pun boleh.

5. Bakar Sata guna api perlahan selama 2-3 minit sambil dibalik-balikkan supaya tidak rentung.

6. Sedia untuk dinikmati.


Kredit resipi & foto: Sharifah Norfairuz
Buat Sendiri Jeruk Limau Nipis Homemade. Mudah, Sedap, Pelbagai Guna

Pernah cuba Jeruk Limau Nipis? Pelbagai guna tau. Anda boleh menikmatinya sebagai ulam jeruk dengan cara dimakan bersama nasi, boleh dicampur dalam masakan Acar Buah malah boleh juga dicampur ke dalam minuman bersama sedikit madu. Sedap…. Bagi anda yang nak cuba, saudari Ami Sue Haji Sanusi ada kongsikan cara-caranya.
CARA BUAT JERUK LIMAU NIPIS HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
10 biji limau nipis segar – beli online disini
Air
Garam kasar – beli online disini
1 senduk gula pasir – beli online disini
1 cawan air mendidih
1 cawan cuka – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Basuh limau, lenyek-lenyekkan supaya lembut dan belah 4.

2. Panaskan air dalam periuk, rebus sekejap limau sehingga bertukar warna. Kemudian masukkan air baru, rebus sekali lagi, namun jangan rebus lama.
3. Angkat limau tadi dan toskan dulu. Biar sejuk sedikit.
4. Masukkan garam kasar ke dalam limau yang dibelah tadi. Sukatannya anggaran lebih kurang 1/2 sudu kecil untuk setiap biji.

5. Ambil gula pasir, larutkan dengan 1 cawan air mendidih dan biarkan sejuk dahulu.
6. Sediakan juga 1 cawan cuka makan.
7. Masukkan limau yang sudah diisi garam ke dalam balang. Susun elok-elok.
8. Tuang cuka dan air gula yang sudah sejuk ke dalam balang berselang seli sehingga habis.
9. Peram @ jerukkan limau selama 3 minggu hingga 1bulan. Selepas itu, bolehlah dimakan.
10. Selepas 1 bulan boleh simpan Jeruk Limau Nipis dalam peti sejuk supaya ia boleh tahan lama.

INFO:
- Jeruk Limau Nipis ini boleh dibuat ulam jeruk yang dimakan bersama nasi panas, dicampur dalam Acar Buah dan boleh dibuat air yang dicampur dengan ais dan sedikit madu.
- Limau perlu dilenyek bukan sekadar untuk melembutkan tetapi ia juga bagi mengeluarkan air pahit pada kulit limau.
Kredit resipi & foto: Ami Sue Haji Sanusi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Terlajak Mudah, Cookies Coklat Tiktok Ni Paling Best Cicah Susu
Masak Sampai Pecah Minyak, Rahsia Sambal Tempoyak Bilis Petai Jadi Sedap
Sedap, Cepat Masak. Resepi Sotong Masak Hitam Pedas Disukai Ramai
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

