Resipi Kuih Siput Segera, Sangat Mudah Tak Perlu Uli Tepung

Share

Suka makan Kuih Siput tapi tak rajin nak gentel tepung? Ini dia resipi segera terbaik yang anda boleh cuba. Resipi ni memang sesuai untuk mereka suka makan kudapan ini tapi malas nak buat dan nak menggentel.

Anda tiba-tiba terasa teringin nak makan “Kuih Siput” boleh cuba versi pasta shell ni. Memang kreatif! Bahan-bahan pun sangat mudah. Hanya dengan 3 bahan sahaja anda dah boleh menikmatinya dengan berselera. Saudara Are Peace

ada kongsikan resipinya. Jom cuba! Anda sekeluarga pasti sukakannya. Enak ni buat kudap-kudapan.

 

CARA MEMBUAT KUIH SIPUT SEGERA GUNA SHELL PASTA

BAHAN-BAHAN:

Pasta shell beli online disini
Tepung goreng ayam segera beli online disini


Daun kari

CARA MEMASAK:

1.Rebus pasta separuh masak. Kemudian toskan airnya.

2.Gaul pasta yang direbus tadi dengan tepung goreng ayam serbaguna. Tepung jangan banyak. Cukup sekadar pasta agak bersalut sahaja.

3.Goreng dengan minyak yang banyak menggunakan api sederhana sampai garing. Pastika garing ya jika tidak pasta akan jadi liat.

4.Angkat dan toskan minyaknya. Kuih Siput segera siap untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto:  Are Peace

Sedapnya… Ops nanti dulu. Anda nak perbgai lagi resipi yang best? Jom tengok di bawah ini.

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur