Kuih Tako sememangnya jadi kegemaran ramai di bulan puasa. Pernah cuba Kuih Tako Sagu Jagung? Sama enaknya dengan Kuih Tako biasa tu. Teksturnya yang lembut, manis dan ada rasa ketulan jagung menjadikan ia antara kuih yang mendapat permintaan ramai. Nak cuba buat sendiri Kuih Tako Sagu ni? Jom cuba resipi perkongsian Opah Mas Cotek. Pasti menjadi dan puas hati.
CARA MEMASAK: 1.Didihkan air bersama daun pandan. 2. Masukkan sagu, kacau sebati. 3. Kemudian masukkan jagung. Masak lagi sehingga sagu menjadi jernih. 4. Tuang sagu ke dalam acuan atau kelongsong atau bekas yang bersesuaian. 5. Sejukkan sagu. Ketepikan seketika.
CARA MEMASAK: 1.Dalam periuk, satukan kesemua bahan hingga sebati. Tapis jika perlu. 2. Kemudian masak dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih dan pekat. 3. Tuang ke atas adunan sagu tadi dan sejukkan.4. Kuih Tako Sagu siap untuk dihidangkan.
Kuih dangai sememangnya terkenal di negeri sebelah Utara. Kalau yang biasa makan dangai yang rangup, apa kata kali ini kita cuba kuih dangai kukus gula Melaka pula.
Ikuti perkongsian resipi daripada Nur Aqilah Jufri dalam menghasilkan kuih dangai gula Melaka atau gula merah.
Nikmat tau dapat makan kuih dangai kukus ni suam-suam. Jom cuba buat.
Masukkan kelapa parut, tepung pulut dan garam secukupnya. Tepung pulut tak perlu ayak.
Kelapa parut pun tak perlu dikukus dulu sebab nanti kita nak kukus kuih ni juga.
Setelah semua bahan tersebut digaul sebati, letakkan ke dalam acuan kuih lompang. Acuan tersebut tak perlu disapu minyak. Terus masukkan saja adunan kelapa parut tersebut. Tekan-tekan sikit kelapa parut tu ke dalam acuan.
Kemudian, buat lubang di tengah-tengahnya. Jangan buat lubang dalam sangat, nanti cairan gula Melaka tembus keluar. Boleh buat lubang gunakan batang senduk kayu.
Masukkan satu sudu kecil gula Melaka atau gula merah ke dalam lubang kuih tersebut.
Kukus selama 15 mnit atau sehingga kuih masak. Kelapa parut yang terlebih tu biarkan saja. Tapi, kalau nak kemaskan pun boleh juga.
Air kukus saya letak sehelai daun pandan untuk bagi wangi. Tak letak pun tak apa.
Haaa… yang dalam pengukus tu belum siap lagi. Dalam bekas tu dah siap. Mudah bukan.
Satu adunan boleh dapat antara 25 hingga 30 biji kuih dangai. Bergantung pada berapa banyak kita masukkan adunan ke dalam acuan. Mudah je buat.
Dalam episod Rasa Nostalgia Ramadan hari ini telah memaparkan gelagat pelakon cantik manis, Rita Rudaini bersama Cik Ala. Memang gamat studio dengan aksi spontan Rita. Dengan gelang penuh di tangan, tidak kering gusi dibuatnya.
Rita dan Cik Ala telah berkongsi resipi istimewa untuk berbuka puasa iaitu Gulai Lemak Ikan Kering Nanas. Resipi ini merupakan antara masakan yang sering dimasak oleh ibunya. Terbit rasa rindu di hati untuk menikmati hidangan dari air tangan ibu sendiri.
Tidak lengkap rasanya jika tiada hidangan pencuci mulut ketika berbuka puasa. Jadi, Rita dengan bantuan Cik Ala telah menyediakan Lepat Manis yang sedap dan menyelerakan ini. Memang layan makan ketika berbuka nanti.
Jangan lupa cuba menu yang mereka kongsikan ini. Memang sedap!
1. GULAI LEMAK IKAN KERING NANAS
BAHAN-BAHAN:
½ biji nanas | dipotong kecil
Asam keping
2 inci halia | ditumbuk kasar
4 biji bawang merah | ditumbuk kasar
2 biji bawang putih | ditumbuk kasar
1 kotak santan
300gram ikan talang tulang tengah | rendam dahulu
Minyak masak secukupnya
Rempah Cap O | dibancuh dengan air
CARA MEMASAK:
Masukkan santan ke dalam periuk dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk kasar tadi.
Bancuhkan rempah Cap O dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan juga asam keping. Kacau hingga sebati.
Tambahkan ikan masin. Kacau rata dan tambah air jika perlu.
Akhir sekali, masukkan nanas. Jangan biarkan terlalu lama kerana bimbang nanas menjadi lembik.
Tambahkan sedikit garam jika mahu. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Kuah hendaklah sentiasa dikacau.
Siap dan sedia untuk dinikmati.
2. LEPAT MANIS
BAHAN-BAHAN:
Daun pisang
½ cawan santan
Sedikit garam
1 cawan gula melaka
Tepung beras
2 cawan tepung pulut
Minyak masak
CARA MEMASAK:
Untuk membuat doh, cairkan gula melaka di atas api perlahan terlebih dahulu.
Kemudian, bancuh tepung pulut, gula melaka yang telah dicairkan dan sedikit santan.
Uli dan adun sehingga menjadi sebati. Pastikan doh menjadi lembut dan tidak keras.
Untuk inti, masak santan di atas api. Masukkan sedikit garam, satu sudu tepung beras yang telah dicampur dengan sedikit air. Kacau sehingga santan menjadi pekat.
Untuk membalut kuih, ambil daun pisang dan sapukan sedikit minyak di atas daun pisang supaya tidak melekat.
Kemudian, letakkan adunan di atas daun dan ratakan.
Letakkan inti pada bahagian tengah dan balut denga kemas.
Kukus selama 45 minit.
Kuih lepat manis sedia dimakan.
Memasak dan Menyediakan Minuman Berbuka Dari LG PuriCare™
Setiap hari menyediakan sajian berbuka mahu pun bersahur, pastikan kita menggunakan air yang benar-benar bersih. Penggunaan air yang tidak bersih sangat mudah memberi risiko kesihatan kepada keluarga apa lagi setelah seharian berpuasa.
Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD menyediakan air bersih yang segar untuk anda seisi keluarga. Jadi tidak perlu lagi tangki simpanan air di mana mikroorganisma yang berpotensi berbahaya dan dapat mengelakkan air direbus berulang-ulang bila mahu membuat minuman panas.
Saiznya yang tidak terlalu besar bukan sahaja tidak memakai ruang yang banyak, ia juga mudah dipasang. Muncungnya yang boleh bergerak ke atas dan bawah serta ke kiri dan kanan ini mempercepatkan lagi pergerakan tugas anda di dapur terutama kala mahu mudah memasak hidangan berbuka atau bersahur.
Anak-anak yang besar juga boleh diminta membantu menyediakan air minuman sejuk atau panas tanpa perlu menambah ais atau tanpa menghidupkan api gas untuk memasak air. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)
Tonton Rasa Nostalgia Ramadan Sepanjang Bulan Ramadan Ini
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Kalau pergi ke pasar malam pasti nak mencari murtabak. Tidak kira murtabak daging atau ayam keduanya jadi kegemaran ramai. Sebenarnya buat sendiri murtabak ni lagi puas makan. Jom kita buat murtabak mini menggunakan kulit popia, mudah saja tidak perlu uli dohnya.Boleh cuba membuatnya ikut resipi Dianadiandra Diana. Confirm tak cukup satu.
MURTABAK MINI
Bahan-bahan kulit popia:
3 biji ubi kentang ( potong dadu)
2 biji bawang besar ( saya guna bawang Holland)
1 ulas bawang putih ( di dadu)
3 sudu makan rempah kari ikan
Daun sup/bawang
Isi ayam/daging dicincang
2 biji telur ayam
Cara memasak:
1.Panaskan sedikit minyak,tumis bawang putih dan merah,masukkan rempah dan tuang sedikit air( jangan banyak),lepas rempah pecah minyak,masukkan isi ayam dan kentang, kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati dan masak sampai kering(dengan api sederhana).
2.Pecahkan telur masukkan sedikit garam dan pukul sebati kemudian masukkan bahan inti yang dimasak tadi ke dalam telur gaul sebati.
3.Ini rupa inti setelah digaul bersama telur tadi.
4.Letakkan di atas kulit popia.Lipat seperti bentuk murtabak.
5.Begini hasil setelah dilipat.
6.Goreng dalam periuk ajaib atau kuali yang tidak melekat dengan minyak yang sedikit.Jika mahu garing atau sebaliknya terpulang pada anda.Balik-balikkan kedua-dua belah sehingga masak siap untuk dihidangkan.