Enaknya andai dapat makan Kuih Talam Sagu. Lemak, lembut, manis yang sedang elok, memang tak jemu. Bagi penggemar sajian kuih tradisional, kuih ini merupakan salah satu yang anda perlu cuba. Memang sedap. Saudari Harum Wangiada kongsikan resipinya. Bolehlah cuba nanti.
CARA MEMBUAT KUIH TALAM SAGU
BAHAN LAPISAN BAWAH: Sagu – rendam bagi kembang seketika & buang airnya – beli online disini Gula halus – gaul dalam sagu ikut agak-agak manis + pewarna merah @ sirap – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Oles loyang dengan sedikit minyak dan ratakan sagu tanpa perlu tekan. Ia bertujuan supaya bagi ruang pada sagu untuk mengembang. 2. Boleh tambah sedikit air dalam sagu supaya bila sejuk, sagu tidak liat. 3. Kukus sagu sehingga masak. Masa kukus tidak lama sangat, cukup hingga sagu bertukar rupa. 4. Sebelum letak lapisan atas, cakar-cakar sedikit permukaan sagu supaya lapisan atas senang melekat.
NOTA: Sukatan sagu agak-agak sahaja ikut saiz loyang yang digunakan. Jangan terlalu penuh nanti tiada ruang untuk letak lapisan atas.
BAHAN LAPISAN ATAS: 1 cawan tepung (tepung gandum + 2 sudu makan tepung ubi) – beli online disini 2 sudu makan tepung jagung – beli online disini 3 cawan santan (santan pekat + air. Lemak terpulang. Nak guna santan sama banyak dengan air pun boleh. Empunya resipi tak suka terlalu lemak. Nisbah yang digunakan adalah 1:2) – beli online disini Sedikit garam- untuk menaikkan rasa lemak
1.Satukan semua bahan dan adun hingga larut. Tapis jika tepung berketul. 2. Masak guna api perlahan dan kacau hingga naik wap sedikit. Jangan biarkan tepung berketul. 3. Bila sudah siap, tuang ke atas sagu yang telah dikukus tadi.
4. Kukus sekali lagi dalam 10 minit atau hingga kuih betul-betul masak. Sejukkan sebelum dipotong. 5. Kuih Talam Sagu siap untuk dinikmati.
Pernah makan Kuih Puding Di Raja? Bahan paling penting dalam pembikinan Puding Di Raja ialah Jala Emas.Buatnya pun agak renyah untuk dapatkan hasil yang halus dan menarik. Anda yang teringin bolehlah cuba membuatnya dengan sabar. Nak belajar membuat jala emas, ini caranya.
JALA EMAS
Bahan-bahan:
30 biji telur ayam gred A (asingkan putih & kuning dan dibuang tali pusatnya)
Sedikit pewarna kuning telur
6 cawan gula*
3 cawan air*
1 helai daun pandan disimpul*
Acuan roti jala
Penapis
Cara membuat:
Masukkan bahan bertanda * dalam kuali (pan).
Sambil menunggu air gula mendidih, kacau kuning telur dan tambahkan sedikit pewarna kuning, kemudian tapiskan dan isi ke dalam botol acuan roti jala.
Setelah air mendidih, keluarkan daun pandan. Kemudian boleh la mula menjala. (jangan menjala terlalu banyak).
Tinggikan sedikit acuan roti jala atau untuk mendapatkan urat yang halus. Menjala dari tepi kuali secara bulatan.
Jala emas ni tak lama sangat dalam air gula kemudian tuang tunggu sekejap. Kemudian angkat menggunakan garfu dan toskan air gula tu.
Bila dah siap menjala dan toskan barulah boleh leraikan.
Rendang asam atau ikan masak asam perkongsian Siti Hazneza Abdul Hamid ini merupakan lauk kegemaran keluarganya. Hidangan ini katanya boleh menggunakan apa jua jenis ikan.
Sama ada ikan talang segar, ikan masin, ikan gelama malah ikan bilis pun boleh. Menu ini boleh dikatakan mesra keluarga. Dari orang tua sampai kanak-kanak boleh menikmatinya kerana tidak pedas.
Sesuai juga jadi lauk wanita dalam pantang kerana halia membuang angin. Cuma untuk wanita berpantang tidak diletak santan atau cili. Masakan ini ringan dan tidak mengganggu perut mahupun susu badan.
Cara buat rendang asam
Bahan-bahan
Ikan goreng
4 biji bawang besar – dihiris
7 ulas bawang putih – hiris kasar
2 biji cili hidup (merah) – potong serong
2 biji cili muda (hijau) – potong serong
Air asam jawa secukupnya
2 in halia – potong batang mancis
Cara memasak rendang asam
Tumis semua bahan sehingga bawang layu. Tambah air asam jawa/ pes asam jawa secukup rasa.
2. Tambah ikan yang sudah digoreng.
3. Perasakan dengan bahan perasa (garam dan asam jawa) secukupnya. Gaul rata dan tutup api. Sedia dihidangkan.
TIP
Rendam asam ini sedap dimakan dengan nasi panas. Jika mahu lebih pedas, hidang dengan sambal belacan. Lauk ini akan jadi lebih sedap jika dimasak lebih awal kerana rencahnya akan sebati dengan ikan. Boleh juga masukkan biji sawi dalam hidangan.
Cara buat mi hailam padu ini sukatan untuk masak sekuali terus. Lebih mudah untuk makan sekeluarga, sekali masak saja.
Hidangan mi ini enak dihidangkan panas-panas, memang berselera makan. Untuk jamu tetamu datang beraya waktu petang atau malam pun sesuai.
Cara buat mi hailam, sukatan masak sekuali terus
Bahan-bahan
500g mi kuning (dibilas & toskan)
Hirisan daging (nipis)
Fish ball / fish cake
Udang / sotong (jika suka)
½ sudu teh lada sulah
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Sedikit kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukupnya
2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Sedikit minyak bijan
Garam secukup rasa
1 liter (boleh tambah jika mahu lebih kuah)
Bahan tumis
6 ulas bawang merah kecil (ditumbuk lumat)
4 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
2 sudu besar cili kisar
Minyak masak secukupnya
Sayur- sayuran
1 ikat kecil sayur kailan
1 paket kecil putik jagung (dihiris)
Sedikit kubis bunga
1 batang lobak merah (dihiris nipis)
Cara memasak
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan hirisan daging dan semua jenis sos (sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap pekat, kicap manis). Gaul rata.
3. Tambahkan sedikit air dan masak hingga daging empuk. Masukkan fish ball, fish cake, dan seafood kalau guna. Gaul rata.
4. Tuang dalam 1 liter air (atau lebih jika suka kuah banyak). Masukkan lada sulah dan biar reneh seketika. Tambahkan sayur keras dulu seperti lobak merah, putik jagung dan kubis bunga. Biarkan layu.
5. Kemudian masukkan mi kuning dan kailan. Perasakan dengan garam jika perlu.
6. Tuangkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Akhir sekali, renjiskan sedikit minyak bijan. Gaul sebati dan masak sekejap sahaja supaya mi tidak kembang.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.