Sedapnya Kuih Tepung Gomak ni lebih-lebih lagi kalau makan waktu minum petang. Lembut, sedikit kenyal dan manis intinya buat rasa tidak jemu menikmati kuih tradisional ni. Bagi anda yang nak cuba. Opah Mas Cotek ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
CARA BUAT KUIH TEPUNG GOMAK PALING SEDAP
BAHAN DOH:
CARA ULI :
1. Satukan tepung pulut dan tepung gandum. Gaul rata.
2. Masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan tekstur doh tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras
BAHAN INTI:
CARA MASAK INTI:
1. Masak gula merah, gula pasir bersama air sehingga larut kemudian tapiskan.
2. Masukkan kelapa parut. Masak hingga hampir kering kemudian masukkan bancuhan tepung gandum.
3. Masak inti guna api perlahan dan kacau rata sehingga intinya sedikit lembab. Angkat dan sejukkan.
4. Dalam kuali berasingan, sangai tepung kacang hijau dan ayak. Ketepikan.
CARA MEMASAK KUIH TEPUNG GOMAK:
1. Didihkan air dalam periuk.
2. Ambil sedikit doh, masukkan inti secukupnya dan bulatkan.
3. Masukkan doh ke dalam periuk berisi air mendidih tadi. Rebus hingga doh timbul. Angkat doh dan toskan.
4. Kemudian golekkan dalam bekas berisi tepung kacang hijau tadi sambil tekan perlahan-lahan supaya doh jadi leper.
5. Lakukan hingga habis adunan. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek
ANDA JUGA BOLEH CUBA: