Kuih Tepung Pasung atau juga dikenali dengan nama Kuih Tepung Serunai merupakan salah satu kuih tradisional yang digemari ramai. Rasanya sangat enak. Lemak manis, memang sedap dimakan. Bahan serta cara membuatnya pun cukup mudah. Saudari Pn Habsah Ngah ada kongsikan resipinya. Jom cuba! Anda pasti puas hati dengan hasilnya.
BAHAN BAHAGIAN ATAS: 3 sudu makan tepung beras 1 sudu makan tepung gandum 1 1/2 cawan santan sederhana pekat 1 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula
BAHAN LAIN: Daun pisang secukupnya untuk dijadikan kelongsong
CARA MEMASAK:
1. Sediakan kelongsong berbentuk kon menggunakan daun pisang. Kemudian bila sudah siap, masak gula, gula pasir dan daun pandan hingga gula hancur. Sejukkan.
2. Tapis dan satukan dengan bahan-bahan bahagian bawah dan masak atas api sederhana hingga likat dan kental.
3. Sudukan @ paipkan adunan ke dalam kelongsong daun pisang yang telah dibuat dan dirikan kelongsong di dalam lubang-lubang pengukus. Kukus selama 5 minit. Ketepikan.
Ads
4. Seterusnya, satukan semua bahan bahagian atas, tapis dan masak di atas api hingga likat dan kental.
5. Kemudian sudukan @ paipkan ke dalam kelongsong daun pisang yang telah berisi bahagian bawah yang telas dikukus tadi. Lakukan hingga habis adunan.
6. Teruskan mengukus lebih kurang 10 minit dengan api yang kecil. Elakkan kukus guna api besar kerana akan menyebabkan kelongsong daun pisang yang berisi adunan kuih tu tumbang. 7. Biar kuih sejuk barulah dihidangkan.
Gulai 3 isi ini memang padat dengan adanya telur itik, pucuk ubi, dan petai! Fuhhh sedap tak terkatalah kalau makan dengan nasi panas. Resepi yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin ni pastinya membuatkan anda terliur walaupun baru baca resepinya. Jom kita cuba resepi gulai telur itik pucuk ubi dan petai ni!
GULAI TELUR ITIK, PUCUK UBI DAN PETAI
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur itik
5 papan petai dibelah dua
1 keping asam keping
Sejemput ikan bilis *pilihan (biasa orang tak letak)
1 biji setengah santan kelapa
Garam secukup rasa
Bahan tumbuk
Seikat pucuk ubi ditumbuk kasar/separuh lumat
Kunyit hidup/serbuk kunyit secukupnya
Cili api/padi ikut level kepedasan
3 batang serai
CARA MEMASAK:
1.Masukkan bahan tumbuk bersama asam keping,ikan bilis dan santan ke dalam kuali.
2.Biarkan masak sampai mendidih agak-agak pucuk ini dah lembut.
3.Masukkan telur itik dengan perlahan dan berhati-hati.Biarkan api sederhana perlahan agar telur itik masak dengan bentuk yg bulat tidak hancur.
4.Masukkan petai penambah aroma *pilihan
5.Kalau telur itik dah masak atau separuh masak bahagian kuningnya(ini selera saya) bolehlah tutup api.
“Sedap dimakan panas dengan nasi putih,ikan masin,atau ikan goreng kunyit kosong pun dah mencukupi apalagi kalau ada sambal gesek/sambal tuktuk…”
Dakgangjeong bermaksud ayam rangup manis (sweet crispy chicken) yang berasal dari Korea. Resipi ini diperlengkapkan dengan gochujang atau pes cili Korea. Namun pengguna facebook bernama Ilyana Isa ini telah mengolahnya menjadi satu resipi istimewa dengan cita rasa Melayu. Malah turut menarik minat anak-anak untuk menikmatinya.
Jadi, korang pun boleh cuba resipi ini untuk menambah selera anak-anak makan. Jom kita tengok resipi yang Ilyana kongsikan.
DAKGANGJEONG
(SWEET CRISPY CHICKEN)
Bahan Ayam
Ayam bahagian kepak (potong 3)
Garam
Lada hitam
Tepung jagung
Tepung naik sendiri
Tepung beras
* kalau tiada tepung naik sendiri, boleh guna tepung biasa dan sedikit baking powder.
Cara membuat
1. Gaul kepak ayam dengan garam dan lada hitam. Salutkan dengan tepung. Genggam kemas ayam supaya tepung melekat pada ayam. Tepung tidak perlu dibancuh dengan air.
2. Goreng kepak ayam dengan minyak sederhana panas sehingga masak.
3. Toskan kepak ayam. Biarkan sekejap kepak ayam dalam 15 minit supaya jus ayam keluar sikit.
4. Goreng kepak ayam sekali lagi dengan minyak yang betul-betul panas sehingga garing.
Nota: Kepak ayam perlu digoreng dua kali supaya kepak ayam betul-betul rangup. Ini juga menjadikan tepungnya garing dan tidak lembik lepas salut sos nanti.
Bahan sos manis pedas
Minyak masak untuk menumis
Bawang putih (cencang halus)
Cili kering segenggam (buang biji dan potong-potong)
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar gula perang
1 sudu besar cuka
Cara membuat
1. Tumiskan bawang putih dan cili kering.
2. Tambah kicap, sos tomato dan gula perang.
3. Masak sehingga likat berkilat.
4. Masukkan cuka.
5. Gaulkan kepak ayam dengan sos sehingga rata.
6. Angkat dan hidangkan.
7. Tabur sedikit bijan sebagai hiasan.
Penggemar kacang mesti sukakan resipi ni, apa kata beralih arah pulak cuba resipi viral kacang kuda bersira ni, kalau dulu suka buat rebus kan. Nampak menarik, rangup walaupun bersira. Perkongsian dari Zana Mokhtar sangat berbaloi. Selamat mencuba!
KACANG KUDA BERSIRA
Bahan A:
Kacang Kuda rendam semalaman.
Tepung bestari.
Bahan B (kisar):
cili kering
bawang putih
serbuk kunyit
Bahan C:
serbuk jintan manis
serbuk jintan putih
serbuk ketumbar
serbuk kari
garam
gula
Cara cara:
Kacang kuda tu toskan air dia dan salutkan dengan tepung bestari tu ye. Lepas tu gorengkan dan letak tepi dulu hokey.
Tumiskan bahan B sampai wangi. Lepas tu baru masukkan bahan C.
Biarkan masak sampai wangi, garing dan kering. Baru masukkan kacang kuda yang dah goreng tadi.
Gaulkan bagi rata dan biarkan seketika betul betul kering ye.
Angkat dan sejukkan dulu. Lepas tu baru masuk dekat balang ye.
Umum tahu khasiat kacang kuda memang banyak untuk kesihatan kita. Berikut maklumat pemakanan untuk kacang kuda.
Secawan kacang kuda yang telah dimasak mengandungi
269 kalori
45 gram karbohidrat
15 gram protein
13 gram serat
4 gram lemak
0 gram kolesterol
Selain itu, seperti yang dinyatakan di atas, kacang kuda mengadungi vitamin K, folat, fosforus,zink, manganese, choline dan selenium.
Khasiat kacang kuda kepada kesihatan memang banyak. Akan tetapi anda haruslah tidak mengambilnya secara berlebihan untuk mengelak kesan sampingan kepada kesihatan. Pelbagai resepi terdapat di internet yang boleh anda amalkan bagi dimasukkan dalam diet anda. Sekiranya anda mempunyai alahan pada kekacang, anda haruslah berjumpa denga doktor anda untuk rujukan supaya tiada perkara buruk berlaku.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!