Sedap Kuih Tepung Pelita ni. Lemak manis, memang jadi kegemaran ramai. Bagi anda yang sukakan manisan ini dan mahu cuba membuatnya, resipi perkongsian saudari Rozmaliza Omar ni boleh dicuba. Nampak sangat sedap dan membuka selera. Satu sukatan ni dapat dalam 19 biji kuih. Paling penting resipinya sangat mudah. Jomlah cuba.

RESIPI TEPUNG PELITA YANG SEDAP & MUDAH

Resipi Kuih Tepung Pelita Sedap & Mudah Buat Untuk Berbuka

BAHAN-BAHAN:

1 sudu teh gula pasir kisar – masukkan dalam bekas daun pisang atau bekas plastik kecil

Resipi Kuih Tepung Pelita Sedap & Mudah Buat Untuk Berbuka

BAHAN LAPISAN BAWAH (HIJAU):

1 cawan tepung beras – beli online disini
1 cawan gula pasir
1 sudu teh garam
3 cawan air
1 ½ cawan jus pandan
Sedikit pandan emulco

CARA MEMASAK:

1.Campurkan kesemua bahan untuk lapisan bawah (hijau).
2.Masukkan ke dalam kuali, masak hingga mendidih (meletup-letup) dalam 2 – 3 minit. Tutup api.

Ads

Resipi Kuih Tepung Pelita Sedap & Mudah Buat Untuk Berbuka

BAHAN LAPISAN ATAS (PUTIH)

4 cawan santan (kalau santan pekat tambah air)
6 sudu makan tepung beras
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1.Satukan semua bahan-bahan untuk lapisan atas (putih). Kacau hingga rata dan mendidih. Bila campuran kelihatan pekat, tutup api.

CARA MEMBUAT TEPUNG PELITA:

1. Tuang adunan lapisan bawah (hijau) yang masih panas ke dalam bekas daun pisang atau bekas plastik kecil yang telah dibubuh gula.

Resipi Kuih Tepung Pelita Sedap & Mudah Buat Untuk Berbuka2. Kemudian tuangkan lapisan putih yang telah dimasak tadi (panas-panas) atas lapisan hijau.
3.Kukus sekejap kuih dalam 10 minit supaya gula yang ditabur di dasar kuih menjadi cair.
4. Kuih Tepung Pelita siap untuk dihidang. Enak dimakan sejuk.Resipi Kuih Tepung Pelita Sedap & Mudah Buat Untuk Berbuka

Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Ads

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Nasi Kerabu Kuning Sedap. Masak Sendiri Baru Puas Makan.

Resipi Rojak Ayam Sedap. Masak Sendiri Puas Hati & Lebih Jimat

Cara Masak Oden Homemade Ala Family Mart. Sedap & Puas Makan

Ads

Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI