Kuih tiram yang nipis dan rangup memang sedap. Asyik ulang makan sampai tak sedar nak habis sebalang. Lazimnya, kuih tiram atau dikenali juga dengan kuih lidah buaya ini sering ditemui ketika Hari Raya. Namun kini, kuih tiram lebih mudah ditemui walaupun bukan pada hari perayaan.
Kali ini, kuih tiram yang dikongsikan oleh Asmah Mohamad Ali ini ada dua warna iatu hijau dan kuning. Buat warna merah pun cantik, katanya. Tapi, kalau nak buat yang asli tanpa pewarna pun boleh.
Menurutnya, resipi ini diturunkan daripada arwah ibunya dan ditukar kepada sukatan gram untuk memudahkan kepada yang ingin mengikuti resipi ini. Sebelum ini, ibunya buat jualan kuih tiram yang asli tanpa pewarna. Jom kita cuba buat.
Adunkan sebati kesemua bahan A. Bahagikan 3 bahagian kepada 110g setiap bahagian.
Ads
Kacau sebati pula bahan B. Bahagikan kepada 3 bahagian, kepada 54g setiap satu bahagian. Untuk yang berwarna boleh masukkan 1 atau 2 titis pewarna Starbrand.
Untuk gam tepung, adunkan juga semua bahan sehingga sebati.
Gam tepung yang telah sebati.
Doh yang telah siap.
Ambil 1 doh, leperkan sedikit supaya mudah nak mesin menggunakan mesin pasta.
Mula-mula guna mesin nombor 3 (tebal). Kemudian, potong tengah, dapat 2 keping. Guna pula mesin nombor 9 (nipis).
Ads
Sapukan gam tepung. Tinggalkan sedikit bahagian hujung tak perlu gam supaya masa menggoreng nanti bahagian hujung tidak terbuka.
Boleh mula gulung sampai hujung.
Ulang langkah sampai habis.
Ambil 1 gulung, potong selebar 1 jari telunjuk atau 1cm. Buang sedikit bahagian hujung kanan dan kiri.
Ambil 1 potong, tekan sedikit dengan jari. Kemudian, tekan dengan gelas di tengah dan tolak gelas ke depan dan ke belakang 2 kali. Tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal.
Ads
Siap nipiskan semua, boleh panaskan minyak.
Kemudian, masukkan 1 keping. Dah timbul, terbalikkan. Kemudian, buat seperti dalam gambar menggunakan garfu dan lidi.
Tercari-cari resipi bergedil kentang yang sesuai disajikan dengan hidangan soto dan bihun sup? Resipi perkongsian Puan Nor Ima ni boleh dicuba. Sangat praktikal, mudah dan menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi. Selamat mencuba!
1. Ubi kentang dipotong dadu dan digoreng hingga empuk. Tumbuk hingga lumat dan biarkan sejuk.
2. Isi dada ayam goreng disiat-siat halus. Jika guna daging goreng, tumbuk terlebih dahulu sebelum disiat.
3. Campurkan kesemua bahan kecuali telur dan minyak. Gaul hingga sebati.
4. Bila cukup rasa ( lada sulah dan garam), bentukkan begedil ikut saiz yang disukai.
5. Celupkan bergedil ke dalam bancuhan tekur yang telah dicampur sedikit garam.
6. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng bergedil tadi hingga kekuningan.
7. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Elakkan campur adunan bergedil guna isi ayam/daging kisar yang mentah kerana bergedil boleh jadi hancur semasa digoreng kerana ia basah dan lembik. Malah daging/isi ayam kisar mentah juga mungkin tidak masak kerana bergedil cuma digoreng sekejap.
Menu minum petang atau sesuai juga untuk sajian pagi. Walaupun ianya nampak mudah, resipi kali ini ada istimewanya. Perkongsian dan olahan resipi ini di ambil dari resipi baba dan nyonya dan terhasillah hidangan yang enak ini. Selamat mencuba!
RESIPI CUCUR UDANG GERAGAU
BAHAN-BAHAN:
200g (1 1/3 cawan) tepung serbaguna
2 sdt serbuk penaik (baking powder)
1 sdt serbuk kunyit
1 sdt serbuk cili
1 gelas (230 ml) air
4 sdb udang geragau kering
Sebiji bawang besar (hiris halus)
Setangkai cili merah (buang biji & hiris)
Setangkai cili hijau (buang biji & hiris)
1/2 batang lobak merah (sagat halus)
3 tangkai daun ketumbar/ daun bawang/ daun kucai (hiris halus)
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang geragau kering dari kekotoran. Bilas & tuskan.
Campurkan ke semua bahan ke dalam mangkuk & masukkan air sedikit demi sedikit.
Kacau rata sehingga mendapatkan konsistensi adunan yang baik. Adunan hendaklah tidak terlalu pekat & tidak juga terlalu cair.
Panaskan minyak. Ambil adunan lebih kurang satu sudu besar & goreng dengan menggunakan api sederhana di dalam minyak yang banyak. Balik-balikkan cucur sekali-sekala ketika menggoreng hingga berwarna keemasan & masak. Angkat & tuskan minyak berlebihan sebelum dihidangkan.
Nota: – Udang geragau segar biasanya digunakan untuk membuat cencaluk. Udang geragau kering boleh didapati di pasaraya. Sekiranya tiada, boleh juga digantikan dengan udang kering yang ditumbuk, ikan bilis atau udang segar yang dicincang. – Anda juga boleh tambahkan tauge atau jagung ke dalam adunan cucur.
Biasanya belimbing buluh ni kita guna untuk letak dalam masakan dan juga untuk buat Sambal Hitam. Jangan tak tahu, boleh juga buat jeruk tau. Ala..macam yang anda jeruk mempelam telur tu. Sedap! Dari biarkan buah busuk dan gugur, anda boleh buat macam ni pula. Mudah, jimat dan sedap!
JERUK BELIMBING BULUH
BAHAN-BAHAN:
Buah belimbung buluh
Garam kasar secukupnya
Gula ikut jumlah air & buah
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan buah belimbing dan potong hujung & pangkalnya.
2. Rendam buah dengan air garam selam 1-2 hari. Jumlah garam agak-agak sahaja. Tak nak masin sangat sebab tujuannya hanya nak kurangkan rasa masam belimbing.
3. Toskan air garam dan bilas sedikit buah belimbing dengan air bersih.
4. Masak air gula dan biarkan suam.
5. Susun buah dalam balang dan tuangkan air gula yang hampir sejuk.
6. Letak sedikit cuka dan garam. Nak abiakan pun boleh.
7. Biarkan belimbing mesra dengan air gula anggaran 1-2 hari. Kemudian bolehlah dinikmati. ( empunya resipi peram 1 jam dah boleh makan.)
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.