Kuih tiram yang nipis dan rangup memang sedap. Asyik ulang makan sampai tak sedar nak habis sebalang. Lazimnya, kuih tiram atau dikenali juga dengan kuih lidah buaya ini sering ditemui ketika Hari Raya. Namun kini, kuih tiram lebih mudah ditemui walaupun bukan pada hari perayaan.
Kali ini, kuih tiram yang dikongsikan oleh Asmah Mohamad Ali ini ada dua warna iatu hijau dan kuning. Buat warna merah pun cantik, katanya. Tapi, kalau nak buat yang asli tanpa pewarna pun boleh.
Menurutnya, resipi ini diturunkan daripada arwah ibunya dan ditukar kepada sukatan gram untuk memudahkan kepada yang ingin mengikuti resipi ini. Sebelum ini, ibunya buat jualan kuih tiram yang asli tanpa pewarna. Jom kita cuba buat.
BAHAN-BAHAN:
(BAHAN A)
300g tepung gandum – Boleh beli online di sini
20g tepung jagung – Boleh beli online di sini
10g marjerin – adun sebati, bahagikan 3 bahagian (110g 1 bahagian)
(BAHAN B)
157g air tapis
5g garam – Boleh beli online di sini
(BAHAN GAM TEPUNG)
50g tepung beras – Boleh beli online di sini
50g tepung jagung
50g minyak
*Adunkan sebati.
CARA MEMASAK:
Adunkan sebati kesemua bahan A. Bahagikan 3 bahagian kepada 110g setiap bahagian.
Kacau sebati pula bahan B. Bahagikan kepada 3 bahagian, kepada 54g setiap satu bahagian. Untuk yang berwarna boleh masukkan 1 atau 2 titis pewarna Starbrand.
Untuk gam tepung, adunkan juga semua bahan sehingga sebati.
Gam tepung yang telah sebati.
Doh yang telah siap.
Ambil 1 doh, leperkan sedikit supaya mudah nak mesin menggunakan mesin pasta.
Mula-mula guna mesin nombor 3 (tebal). Kemudian, potong tengah, dapat 2 keping. Guna pula mesin nombor 9 (nipis).
Sapukan gam tepung. Tinggalkan sedikit bahagian hujung tak perlu gam supaya masa menggoreng nanti bahagian hujung tidak terbuka.
Boleh mula gulung sampai hujung.
Ulang langkah sampai habis.
Ambil 1 gulung, potong selebar 1 jari telunjuk atau 1cm. Buang sedikit bahagian hujung kanan dan kiri.
Ambil 1 potong, tekan sedikit dengan jari. Kemudian, tekan dengan gelas di tengah dan tolak gelas ke depan dan ke belakang 2 kali. Tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal.
Siap nipiskan semua, boleh panaskan minyak.
Kemudian, masukkan 1 keping. Dah timbul, terbalikkan. Kemudian, buat seperti dalam gambar menggunakan garfu dan lidi.
Dah siap.
Kredit: Asmah Mohamad Ali
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official